- second .

16 2 8
                                    

Ieka memandang foto di dalam bingkai kayu berukir itu dengan mata yang berkaca . Gambarnya bersama Farina merangkul mesra di tepi dinding Alhambra di Sepanyol ditatap dengan penuh rasa .

          Itu tiga tahun yang lalu , ketika itu musim sejuk . Ieka , Farina dan beberapa orang lagi rakan - rakan mereka telah mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada cuaca maha sejuk di Rusia dengan pergi berjaulah ke Sepanyol yang cuacanya tidaklah terlalu kejam .

         Jaulah . Jalan - jalan . Perkataan yang masih asing buat Ieka ketika itu .

          Persahabatannya dengan Farina bukanlah suatu persahabatan yang sengaja . Bukan juga dirancang .

          Mereka sudah berkenalan sejak di bangku kolej lagi . Ketika itu mereka menuntut di Kolej Pricelton , sebuah kolej persediaan ke luar negara . Namun kedua - duanya ibarat langit petala ketujuh dengan kerak bumi lapisan ketiga . Farina yang sememangnya berasal dari sekolah agama , bertudung labuh , sentiasa berjubah , lembut dan sopan santun percakapannya memang kelihatan amat berbeza sekali dengan Ieka . Ieka yang berasal dan dibesarkan di bandar besar , amat ranggi orangnya . Rambut lepas menggerbang , suka berbaju - T sendat dan berseluar jean . Mana - mana lelaki yang melintasi Ieka pasti tidak gagal untuk memandangnya buat kali kedua . Orangnya cantik dan manis sekali .

          Ketika di kolej dahulu , mereka ibarat kenalan apabila perlu sahaja . Maknanya , apabila ada urusan - urusan tertentu yang memerlukan mereka berhubungan , barulah mereka akan bertegur sapa . Selebihnya , mereka adalah dua orang yang punya kehidupan dan urusan yang tersediri . Masakan tidak , Farina yang sering sibuk dengan program - program keagamaannya . Hampir setiap malam pasti ada aktiviti atau liqa' yang perlu dihadirinya . Hujung minggu pula pasti dipenuhi dengan daurah atau rehlah .

          Ieka ? Malamnya akan dipenuhi dengan lepak - lepak di kafe bersama rakan - rakan sekepala atau sekali - sekala dia akan bertemu janji dengan kekasih hatinya , Azwad . Hujung minggunya , sama ada ayahnya akan datang mengambilnya dengan Audi Q5 berwarna perak keputihan itu untuk pulang ke rumah , atau dia akan keluar ke bandar bersama rakan - rakannya .

          Tahun akhir mereka di kolej itu , berlaku sesuatu yang kurang enak yamg menyebabkan berlaku perang dingin antara geng usrah dengan geng freehair . Kisahnya bermula apabila Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) yang ingin menganjurkan Majlis Makan Malam Perpisahan untuk para senior tahun itu . MPP berhasrat untuk meletakkan kod pemakaian dalam memberi panduan kepada para pelajar agar tidak memakai pakaian yang menjolok mata atau yang pelik - pelik . Hal ini telah mendapat tentangan yang hebat daripada segelintir pelajar , lebih - lebih lagi geng freehair . Antara kepalanya adalah Ieka .

          Mereka yang aktif dengan program - program agama pula telah mengugut untuk memboikot majlis itu seandainya MPP tunduk kepada tekanan geng freehair . Akibatnya , huru - hara satu kolej dengan insiden tersebut . Ieka merasakan geng usrah ini terlalu kolot . Farina bersama rakan - rakannya yang lain pula pening memikirkan keekstreman Ieka dan rakan - rakannya .

          Akhirnya , selepas campur tangan pihak atasan kolej , MPP terpaksa menarik semula kod pemakaian yang telah dikeluarkan . Ieka dan rakan - rakannya merasakan satu kemenangan manis buat mereka . Geng usrah bertekad untuk tidak menghadiri Majlis Makan Malam tersebut walaupun ia dianjurkan untuk mereka juga . Ieka tidak peduli , yang penting dia dapat berseronok dan bergaya pada malam itu nanti . Puas !

          Selepas insiden tersebut , seolah - olahnya ada dua aliran di kolej tersebut ; sekurang - kurangnya dalam kalangan para pelajar perempuan . Sama ada mereka bersama dengan geng usrah atau dengan geng freehair . Tiada antara tengahnya . Hubungan antara dua kumpulan ini kadangkala boleh menjadi sangat tegang , sehinggakan diblok asrama juga mereka mengasingkan bilik mengikut ideologi masing - masing . Masing - masing keras kepala . Masing - masing mahu mempertahankan ego dan kepentingan bersama . Kononnya .

          Akhirnya masing - masing bersetuju untuk membawa urusan dan hal masing - masing tanpa menjaga kain , seluar mahupun tudung orang lain . Para pelajar lelaki hanya tertawa geli hati melihatkan kerenah dan perangai rakan - rakan perempuan mereka . Macam budak - budak , kata mereka . Hal ini berterusan sehinggalah semuanya habis belajar di Kolej Pricelton itu . Tiada majlis bermaaf - maafan . Tiada bersalam tangan atau berpeluk cium tanda tiada lagi simpan perasaan . Tiada .

          Ketika keputusan penempatan universiti diumumkan , Ieka terasa seperti hendak pengsan apabila megetahui dia adalah satu - satunya daripada rakan - rakan baiknya yang akan melanjutkan pelajaran ke Rusia . Moscow Medical Academy . Lebih mengharu - birukan apabila dia mendapat tahu yang Farina juga mendapat tempat yang sama .

          Bertungkus - lumus dia turun naik pejabat MARA untuk merayu agar permohonannya untuk menukar universiti diterima . Dia ingin ke United Kingdom bersama girlfriends forevernya yang lain . Puas juga dipujuk - rayu ayahnya , seorang ahli perniagaan berpangkat Dato' untuk menggunakan kabel yang ada untuk memudahkan urusan pertukaran universiti . Mujurlah ayahnya enggan bermain kotor . Mujur juga MARA tidak meluluskan permohonannya .

          Mujur . Kerana bukan kebetulan Ieka dan Farina akan bersahabat di bawah teduhan pohon - pohon syurga . Bukan kebetulan , tetapi sudah suratan .







: yowww ! so , how's that ? okey ii , takyah komen lebih ii , buatnya aku sentap nanti , tak pasal ii citer ni tergantung . eheh ? hahaha , ukeh , seperti biasa . diharapkan anda untuk vote kalau nak vote , and komen kalau nak komen . keyh . bhaiii . . .

Lyubov Matrosyhka ❤Where stories live. Discover now