Wala gholib ilallah . Dan tiada penakluk selain Allah .
Penuh dinding - dinding di Istana Alhambra dengan ukiran - ukiran tersebut . Memukau . Hanya mata - mata yang pernah melihatnya dari dekat sahaja yang dapat menghargai keindahan dan keunikan Istana Alhambra .
Dan sepasang mata yang satu ini , sejak menjejakkan kaki ke dalam Alhambra , hampir - hampir tidak berkelip , menikmati setiap inci daripada ukiran yang cukup mempesonakan itu .
Lidah Ieka juga tidak henti - henti mengucapkan syukur dan tasbih memuji kebesaran Allah . Binaan ratusan tahun itu cukup memukau dirinya . Dia yang sememangnya minat pada seni fotografi tidak henti - henti menekan punat kamera Nikon D5000 miliknya . Entah pelbagai sudut dan bermacam sisi yang telah diabdikan dalam kameranya .
Farina hanya tersenyum melihat gelagat Ieka . Lebih tersenyum apabila memikirkan Ieka yang pada mulanya enggan menyertai jaulah ke Sepanyol itu . Segan ; alasan yang diberikan Ieka .
Farina faham benar dengan alasan Ieka itu . Kalau dia berada di dalam kasut Ieka , sudah tentu dia juga akan segan . Masakan tidak . Baru sebulan lebih Ieka menyertai geng - geng usrah . Ieka masih bertatih lagi dalam mengenal erti tarbiah . Dia masih merangkak lagi dalam memaut tali ukhuwah .
Benarlah hidayah itu milik Allah Namun ia perlu dicari . Syukur sekali Ieka telah membuka pintu untuk hidayah masuk dan menyantuni hatinya . Siapa sangka , Airin Syafieka binti Dato' Ahmad Shamsul , suatu ketika dahulu ketua kumpulan anti - usrah , kini bersama - sama dengan gerabak tarbiah dan dakwah . Semuanya tidak dirancang dan berlaku dengan tidak sengaja . Tidak dirancang dan tidak sengaja pada pandangan manusia .
Wala gholib ilallah . Benarlah tiada penakluk selain Allah . Dan kini , hati Ieka berjaya ditakluki dengan hidayah - Nya .
Farina kagum dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Ieka . Kesungguhannya dalam mahu berubah . Semangatnya dalam mempelajari ilmi dan perkara - perkara baharu . Kesanggupannya meninggalkan jahiliah yang berkarat di hati . Sungguh , kalau bukan kekuatan hidayah yang mendorongnya untuk melaksanakan pengorbanan sebegitu rupa , Farina tidak tahu dari mana Ieka memperoleh kemahuan yang sebegitu kuat untuk berubah . Subhanallah !
Yang lebih mengejutkan Farina adalah keputusan Ieka untuk memakai tudung . Semenjak Ieka menyertai usrah yang dibawa Farina , seingatnya , tidak pernah sekali pun dia menyebut tentang tudung atau kewajipan menutup aurat ; semata - mata mahu meraikan Ieka yang masih amat baru dengan usrah dan tarbiah . Maka apabila suatu hari Ieka datang ke usrah dan memakai tudung , semuanya terkedu , terpesona dengan bidadari dunia yang menyertai taman - taman syurga mereka . Farina masih ingat , betapa hari itu , bibirnya tidak henti - henti mengucap syukur dek terharu dengan hadiah agung yang Allah kurniakan kepadanya . Berkali - kali dia terpaksa mengesat matanya yang basah , terlalu gembira dengan insan baharu yang mendakap dalam ukhuwah fillah .
Ahli - ahli usrah yang lain turut terharu dan gembira dengan perubahan yang ditunjukkan Ieka . Masing - masing tahu akan latar belakang Ieka dan siapa dia sewaktu sewaktu di kolej dahulu ; sama ada melalui pengalaman sendiri atau gosip - gosip liar yang didengari mereka . Semacam sudah ada poster yang tergantung di lehernya untuk memberitahu seluruh dunia siapa dirinya sebelum ini .
Maka perubahan Ieka adalah sesuatu yang cukup bermakna pada mereka semua . Ieka adalah manifestasi betapa sentuhan rabbani yang membasahkan hati , hati menundukkan sesiapa sahaja yang bergelar manusia . Ieka adalah bukti bahawa sejahat atau sekeji mana pun seseorang itu , namun apabila dia mahu dan sudi menerima hidayah yang datang menyapa hati , dia bisa sahaja menjadi sebaik - baik manusia .
Farina terus memerhatikan gelagat Ieka yang tidak habis - habis menekan punat kameranya . Dia tersenyum .
" Faa , jom tangkap gambar sama - sama . " ajak Ieka .
Farina tersentak . Kemudian dia tersenyum dan mengangguk - angguk tanda setuju .
Apabila rakan - rakan lain turut mahu menyertai mereka , Ieka menghalangnya .
" Okey , saya tahu kau orang semua ni fotogedik . Eh . . . fotogenik . Tapi tolong beri peluang saya nak tangkap gambar dua orang aje dengan Farina ! Haha . "
Farina hanya tertawa melihat telatah Ieka . Kedengaran rakan - rakan lain merungut dengan permintaan Ieka itu . Masakan tidak , ada sahaja peluang bergambar , mereka pasti tidak mahu melepaskannya . Sudahlah Ieka pandai pula menangkap gambar . Mana boleh lepas peluang ! Tipikal .
Klik . Klikkk .
Ieka dan Farina merangkul mesra , tersenyum gembira . Dalam dakapan ukhuwah . Ukhuwah fillah . Gambar itulah yang akan sentiasa menjadi bukti pada persahabatan mereka yang abadi . Dan Alhambra menjadi saksi pada persahabatan yang terjalin hanya kerana - Nya .
Wala gholib ilallah .
" Ieka , jom ! " Farina mengajak .
" Jom mana . . . ? "
" Generalife . "
" Generalife ? Apa tu . . . ? "
Berkerut - kerut dahi Ieka mendengar ajakan Farina .
" Taman syurga . Dibina oleh Sultan Muhammad III . Baginda nak tiru kebun - kebun syurga yang disebut dalam al - Quran . " jawab Farina .
" Wah ! " Ieka teruja .
" Yep . Dan saya nak duduk di bawah bayangan pohonan di taman syurga tu dengan awak , Ieka . Supaya kita sama - sama tanam impian untuk sama - sama masuk syurga yang sebenar nanti . " Farina terseyum . Matanya sedikit berkaca . Dia menggenggam erat tangan Ieka . Ieka cepat - cepat mengesat matanya . Dia mengangguk . Tersenyum .
Wala gholib ilallah !
- yowww ! huhuhuuu~~~ sorry for daa late pub . sumpah aku cakap ! aku langsung tak ingat kat acc wp aku 😂 aku post ni pon kira nasib baik sebab kawan aku yang ingatkan . HAHAHA ! yes ! memang tak dinafikan , AUTHOR NI MEMANG GILA ! 😂 ukeh , byeee !
YOU ARE READING
Lyubov Matrosyhka ❤
Krótkie OpowiadaniaL Y U B O V M A T R O Y S H K A . √ Airin Syafieka seorang yang freehair , brutal dan sukakan perkara yang ekstrem berbeza dengan Farina Humaira yang bertudung litup , sopan santun dan lemah lembut . tapi apakan daya , dengan kuasa Allah , siapa san...