Seorang jejaka menghampiri sebuah blilik. Pintu dibuka menyebabkan 3 pasang mata memandangnya. Iaitu Felix, Seungmin dan Rowoon. "Kau hilang mana, Mingyu?" Tanya Rowoon yang bermain phone di depan bilik air. Tunggu giliran agaknya.
"Aku hantar budak baru gi dorm tadi. Penat giler weh." Mingyu pun menghempas badanya ke katil kesayangannya. Baru sahaja dia hendak memejamkan matanya.
"Aku ada berita hangat." Muncul sesosok roh di sebelahnya yang menyebabkan Mingyu terkejut lalu terjatuh dari katil, mujur katil bawah.
Semua memandang Mingyu dan ketawa. "Beomgyu oh Beomgyu, walaupun kitorang tak nampak kau, tapi kitorang sentiasa terhibur bila kau kat sini." Kata Felix. Seungmin dan Rowoon setuju akan perkara itu membuatkan Beomgyu tersenyum kecil.
"Boleh tak kau jangan muncul mengejut, aku boleh kena heart attack tahu tak?!" Mingyu mengusap punggungnya yang sakit akibat jatuh. Beomgyu cuma menjelirkan lidahnya.
Dalam member Seventeen takde siapa tahu Mingyu ada sixsense, tetapi semua dormmatenya tahu akan kelebihan Mingyu. Dalam dormnya pun bukan ada member Seventeen.
"Pahal ni, aku baru keluar bilik mandi, tapi korang ketawa macam langsuir." Kelihatan Chani yang baru keluar dengan baju t-shirt dan seluar track hairan melihat mereka.
"Takde apalah, lagi satu bapak lama kau mandi, hyung ingat kau tidur lah tadi." Rowoon masuk ke dalam bilik mandi membuatkan Chani semakin keliru. Maaflah ye IQnya rendah.
Keadaan yang riuh itu mula senyap apabila semua memandang whiteboard yang tertulis
Korang tahu kan pasal kematian seorang ahli Twice?
Note-Mingyu letak whiteboard supaya dormmate yang lain tahu apa yang Beomgyu nak cakap. Mana tahu takut-takut Mingyu takde dalam bilik. Beomgyu kan roh.
Semua memandang Mingyu memintanya memberi penjelasan. "Apa?" Tanya Mingyu datar. "Hyung takkan tak tahu pasal ni." Tanya Felix curiga.
"Tahu, so hyung nak korang semua berhati-hati." Mereka memberi anggukan kecil.
"Beomgyu, kau dah siasat ke belum pasal Sana ni?" Tanya Mingyu kepada Beomgyu. "Dah tapi ada perkara peliklah." Mingyu mengangkat kening tidak mengerti maksudnya.
"Aku syak ada spy budak tu masa kau jumpa Cikgu Lee tadi."
Flashback dimana Seventeen jumpa Cikgu Lee ketika waktu rehat
"Ada kes baru tetapi kali ni tidak dihebohkan sangat tentang kematian Minatozaki Sana." Kata Cikgu Lee lalu mengeluarkan flash drive berwarna merah.
"Flashdrive ni cikgu nak kamu buka esok sebab harini ada pelajar baru" Cikgu Lee menghulurkan flashdrive itu kepada Seungcheol.
Member Seventeen ada yang mengangguk faham, ada yang menggaru kepala tanda tak faham, dan ada yang buat-buat faham padahal hakikatnya tidak. "Pelajar baru, sape?" Tanya Minghou pelik.
"Chan dah jumpa dia, nama dia Park Jisung dia sama kelas ngan Chan. Jun hyung pun dah jumpa dia." Kata Chan walaupun matanya masih melekat dengan skrin phone. Minghou mengangguk faham.
"So, cikgu nak kamu semua berhati hati dan tengok pelajar baru itu. Mana tahu takut dia ada kaitan dengan orang penting."
Seventeen mengangguk faham dan menunduk hormat kepada Cikgu Lee sebelum keluar dari pejabatnya.End flashback
"Macam mana kau tahu ada spy? Lagi satu, kenapa Cikgu Lee cakap budak baru tu ada kaitan dengan orang penting?" Tanya Mingyu pelik.

YOU ARE READING
Mystery Of School Dorm {Malay} [NCT] [SEVENTEEN] [BTS] (Discontinued)
Misterio / SuspensoSiapa sangka dorm yang nampak biasa pada waktu siang akan nampak menakutkan pada waktu malam. Seorang pelajar pertukaran (Park Jisung) yang mempunyai sixsense ingin mencungkil rahsia disebalik dorm asramanya bersama bantuan Choi Soobin (Roh). Malah...