BAB 4

79 6 0
                                    

"Wehh, bangun." Jisung masih lagi lena. Chenle menggeleng kepalanya melihat reaksi Jisung.

"Park Jisung!! Bangun!! Aku tinggal kau kejap lagi kang!!" Marah Chenle. Tapi Jisung masih lena disitu. Macam orang mati. "Ok, takpe kalau kau tak nak bangun."

Pak!!!

"Sakitlah, sengal!!" Jisung bangun apabila punggung flawlessnya kena libas dengan rotan. "Padan muka, cepat siap pergi sekolah. Yang lain dah pergi dah."

Jisung memandang sekeliling bilik. Benar apa yang dikatakan oleh Chenle, bilik itu hanya ada mereka berdua. Jisung segera mencapai tuala dan mandi.

Usai sahaja Jisung mandi, dia mendapati Chenle sudah lesap. "Tak guna punya kawan." Segera Jisung bersiap dan berlari langkah seribu ke sekolah.

+++

Jisung berlari menuju ke kelasnya. Ketika dia berlari...

Buk

Secara tidak sengaja, Jisung melanggar seorang lelaki. "Mian, saya tak sengaja." Jisung menunduk maaf dan berlari kearah kelasnya tanpa memandang orang yang dilanggarnya.

"Siapa lelaki tu, aku tak pernah nampak pun?" Kata lelaki itu atau lebih tepat lagi Park Jimin salah seorang kingka sekolah. Seseorang berlari mendekati Jimin.

"Hyung" panggil si maknae BTS Jeon Jungkook. Jimin memandangnya sebelum bertanya "Jungkook, hyung nak tanya. Ada pelajar baharu ke kat sekolah ni?"

"Ada kot. Kenapa hyung tanya." Jimin hanya menggeleng kepala dan berjalan meninggalkan Jungkook kehairanan.

"Bapak best, semua orang palau aku. Huening Kai pun lesap pas ke mana." rungut Jungkook lalu berjalan ke tandas.

+++

Jisung berlari masuk ke kelas. Kelihatan tiada sesiapa pun disitu. "Mana diorang hilang."

Jisung berjalan ke tempat duduknya lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi. Kelihatan ada orang lain yang duduk di sebelahnya kerana terdapat beg galas yang lain.

"Harap lelaki dan bukan perempuan." Baru sahaja dia hendak mengemas barang, dia terlihat sebuah nota didalam mejanya.

Kalau kau baca, classmate yang lain ada kat library. Library kat bangunan ni tingkat empat. Pandai pandailah kau tanya orang kat sini.

Chenle


"Dia ni kan, aku nak tanya sape" keluh Jisung bersendirian. Dahla datang lambat, pergi perpustakaan pula. Apalah nasib

"Aku tahu mana perpustakan." Muncul Soobin entah dari mana. "Mak kau hijo" terlatah Jisung disitu.

"Kau kan...'' baru sahaja Jisung ingin memarahnya, kelihatan Chan masuk ke kelas terkejut melihat keberadaan Jisung.

"H-hi Chan." Jisung cover mukanya dan memandang Chan. "Apa kau buat kat sini, semua orang kat perpustakaan?" Tanya Chan.

"Aku pun nak pergi sana tapi aku tak tahu kat mana. Mamat tu pun aku tak tahu hilang mana." Kata Jisung apabila mengimbau kembali detik ketika Chenle meninggalkannya di dorm dan nota yang menyuruhnya mencari perpustakaan sendiri. Agak-agaklah, baru masuk sehari.

Mystery Of School Dorm {Malay} [NCT] [SEVENTEEN] [BTS] (Discontinued)Where stories live. Discover now