BAB 5

84 6 6
                                    

"Kau macam tak ada life je duduk sini." Jungkook memandang empunya suara yang menegurnya. Dia mengambil tempat di sebelah Jungkook lalu menghulurkan biskut. Ternyata namja itu ialah Huening Kai.

"Kau curi ke?" Tanya Jungkook. Huening Kai menggeleng. "Walaupun aku ni roh, aku takkan mencurilah."Jungkook mengangkat keningnya dengan pandangan boleh-caya-ke-tak-ni.

"Aku ambil dan tinggalkan duit di kaunter. So kiranya aku BELI, BUKAN CURI." Jungkook sudah tertawa kecil melihat gelagat roh itu.

*Roh boleh memegang barang atau orang. Roh pun ada duit. Hebat betul roh dalam story ni.

"Kenapa kau duduk sini? Orang lain semua ada kat kantin." Jungkook membuka biskutnya lalu memakannya tanda dia tak nak dengar dan jawab soalan itu. Huening Kai yang perasan bahawa Jungkook memalaunya mula mendapat idea.

"Kau nak aku kacau budak baru tu ke?" Jungkook berhenti mengunyah dan memandang wajah Huening Kai. Dia sudah ada rancangan nakal dalam otaknya. "Kau nak budak tu histeria. Lepastu belaka ingat dia kena kacau ngan Taehyun." Huening Kai ketawa kecil akan ayat yang dikeluarkan Jungkook.

"Kalau ya. Kenapa?"

"Yah!!! Janganlah!!! Nanti dia jadi sasaran Taehyun macam mana?!! Dia tu dahla budak baru!!! Mana tahu apa-apa!!!" Marah Jungkook. "Gurau je. Janganlah ambil series. Aku sebenarnya nak cakap yang hyung kau cari kau. Lepastu member Seventeen nak lepak dengan korang untuk bincang pasal kematian Sana petang karang."

Jungkook berasa lega. Setelah dia berdiam dengan agak lama. Dia mula berkata, "kenapa setiap kali aku pergi perjumpaan dengan Seventeen, kau hilang. Bila aku buat perjumpaan dengan hyung aku, muncul je kau?"

Huening Kai mati kata. Dia mula mencari alasan untuk melarikan diri. "Erm... aku... aku..."

"Aku apa?" Jungkook mula berasa ingin tahu. Dia mencapai tangan roh itu kerana tahu dia akan melarikan diri. Benda biasa yang akan dilakukan olehnya apabila Jungkook tanya soalan itu.

"Jeon Jungkook. Kau buat apa kat belakang ni?"

Jungkook memandang tuan punya suara dan terkejut apabila mendapati Seungcheol sedang memandang kearahnya. Nampak seperti dia baru sahaja keluar dari makmal komputer. Huening Kai yang mendapati peluang keemasan ini, terus menepis pergelangan Jungkook dan menghilangkan diri.

Jungkook dan Huening Kai sebenarnya berada di belakang Bangunan Melur kerana Jungkook malas nak masuk perpustakaan. So dia duduk diam kat sini dan tidur. Ni mesti ikut perangai Yoongi hyung. Tidur je memanjang.

"Hyung tahu kau ponteng kelas." Jungkook mengetap bibirnya apabila Seungcheol berkata kemudian. "Tapi jangan risau, hyung tak beritahu hyung BTS yang lain."

Jungkook mengeluh lega. "Thanks hyung."

Seungcheol mula beredar meninggalkan Jungkook dan sambung meronda. Jungkook menepuk dahinya. "Aduh macam mana aku boleh lupa Seungcheol pengawas dan dia bertugas hari ini. Aku pun satu, patutnya pergi tengok jadual Taehyung hyung yang Joshua hyung bagi."

Jungkook bangun dari duduknya dan mencari sekeliling. 'Ish. Terlepas lagi aku nak korek rahsia si Huening Kai.'

Jungkook meninggalkan tempat itu dan bergerak ke kantin. Setelah hilang kelibat Jungkook, Huening Kai kembali ke situ dan mandapati Jungkook sudah lesap. Dia tersenyum kecil dan berkata, "mianhei. Aku ada sebab untuk buat macam ni. Belum masa lagi untuk kau tahu." Akhirnya Huening Kai pun hilang dari tempat tersebut.

Di satu sudut, seseorang melihat dengan jelas dari pertemuan Jungkook dan Huening Kai sehingga Seungcheol datang dan Huening Kai hilang tak tahu ke mana. Dia tersenyum lebar. Senang kata dia nampak dari A hingga Z.

Mystery Of School Dorm {Malay} [NCT] [SEVENTEEN] [BTS] (Discontinued)Where stories live. Discover now