Hujan lebat menyebabkan angin terasa sangat dingin ditambah pula dengan penghawa dingin di dalam bilik tidur Melarnize.
"Akhirnya! Siap jugak novel baru aku ni. Tak sabar nak bagi orang baca ni! Hmm tapi lagi seronok kalau aku bagi Amy baca dulu novel ni. Dia kan suka baca tapi dia ada masa ke nak baca? Biarlah yang penting aku bagi hadiah kat dia. " Melarnize tidak larat lagi untuk menahan matanya yang terlalu letih berjaga semalaman untuk menyiapkan novel terbarunya itu. Dia berkata sambil memejamkan matanya di atas katil yang empuk
~~~
Setelah 8 jam Melarnize melelapkan matanya dia terjaga dari tidurnya.
"Dah pukul 10 pagi ? Ini lah masanya untuk aku pergi terbitkan aku punya novel." Melarnize pergi bersiap untuk menerbitkan novel baharunya sambil tersenyum-senyum.
~~~
Setela memakir keretanya di tempat yang selamat dia masuk ke dalam pejabatnya.
Semasa masuk ke dalam dia melihat seorang rakan sekerjanya tersenyum semasa melihat kelibat Melarnize masuk ke dalam pejabatnya."Ada cerita baru ke tu?"Kata rakan sekerjanya sambil tertawa kecil.
"Yelah, lama aku ambik masa nak siapkan benda ni kau tahu apa? Kau tahu ajak aku keluar makan je." Melarnize berkata sambil sedikit tersenyum.
"Eh! Hari jadi Amy minggu depan kan? Kau mesti bagi dia novel kau lagi. Bosanlah cuba kau buat kek bagi kat dia ke apa ke. Ni kau bagi benda tak boleh makan."Kata rakan sekerjanya yang bernama Rose. Rose memang sangat suka akan makanan. Badannya juga kelihatan tembam.
"Ish kau ni asyik fikir makanan je. Dahlah nanti aku fikir. Lagipun aku tengah busy ni so, bye gurl" Kata Melarnize sambil membuat flying kiss kepada Rose. Rose berpura-pura nak termuntah apabila rakannya itu perasan popular.
~~~
"Tolong berikan fail ni kepada pihak forensik. "Amy berkata dengan tegas dan segera menghulurkan fail.
"Baiklah puan."Seorang polis segera mengambil fail tersebut tanpa berlengah dia terus keluar.
Tok..tok..tok..
"Hmm? Siapa tu"Amy menoleh kearah pintu cermin. Dia melihat Melarnize.
"Masuk!! Wei lama tak jumpa kau!" Mereka berpeluk.
"Kau lah busy sangat. Aku biasa je. Aku datang sini nak bagitahu aku nak publish novel baru cerita pasal zombie."
"Aik, selalunya novel kau cinta cinta sweet sweet kalini kau nak buat lain daripada yang lain lah ni kiranya?"Kata Amy sambil ketawa.
"Kenapa? Aku pun nak try lah benda benda macam ni. Esok kau dah boleh baca. Untuk kau aku bagi free je. Lagipun aku tahu kau suka baca novel aku kan kan kan."
"Aku memang tak sabar dah ni. Tapi aku ambik masa lama sikitlah nak baca sampai habis. Kau pun tahulah kan banyak sangat kes pelik pelik semenjak ni. Aku pun dah pening nak fikir."Amy memicit-micit kepalanya.
"Kau jangan stress sangat. Nah aku buatkan kau cupcake coklat. Ni Rose yang suggest aku bagi kat kau."Melarnize menghulurkan kotak yang berisi cupcake di dalamnya.
"Wah sedapnya. Tapi betul ke ni kau buat. Sejak bila kau pandai masak ni. Menipu je" Amy masih tak yakin dan tidak percaya terhadap Melarnize kerana Melarnize memang tak selalu masuk dapur.
"Hahaha, tapi kalau betul kau mesti bangga kan? Ada kawan pandai masak macam aku." Melarnize tertawa.
"Angan-angan yang takkan berlaku."Amy menggeleng kepala.
"Jahatnya. Mana kau tahu aku boleh masak?" Melarnize memeluk tubuhnya.
"Aku tahulah. Dah banyak kali kau buat tapi.. Hmm satu apa pun takde." Amy menyakat kawan baiknya itu. Mereka bersembang selama 1 jam dan Melarnize pulang kerumahnya.
Bersambung🍰
Thank You for Read 💜
YOU ARE READING
True Dead [ 1 ]
FantasyMelarnize ialah seorang penulis novel horror yang tidak terlalu popular. Tetapi setelah dia menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Mystery of Zombie namanya tidak asing lagi didengar oleh penduduk-penduduk di bandar itu. Namanya melonjak naik setela...