Keesokkan harinya Melarnize pulang kerumahnya apabila selesai dinner di sebuah restoran.
Melarnize berjalan pulang sambil mendengar lagu menggunakan airpodsnya.
"Woah penatnya. Tak sabar nak baring atas katil kesayanganku"
Melarnize berkata sambil memeluk tubuhnya.Tiba-tiba dia melihat seseorang yang sedang memakan sesuatu sambil mengeluarkan bunyi yang aneh. Manusia tersebut kelihatan sangat lapar dan gelojoh.
Melarnize memberanikan dirinya untuk datang dan menegur manusia aneh tersebut.
"Err, encik tak apa-apa?"Melarnize menyentuh bahu lelaki yang sedang makan sesuatu.
"Grusavajdh"Lelaki itu memandang kearah Melarnize sambil mengeluarkan bunyi anehnya.
Melarnize terkejut dan mukanya menjadi pucat setelah melihat lelaki tersebut memakan manusia yang sedang menggelupur kesakitan. Mulut lelaki tersebut dipenuhi daging-daging mangsanya.
Tanpa berfikir panjang dia berlari dengan sepantas kilat balik kerumahnya.
~~~
"A...apa yang aku tengok tadi?"
Melarnize sangat penat dan dia terasa sangat semput."Aku harap ni cuma mimpi aku je!" Melarnize menampar-nampar pipinya.
Tiba-tiba jeritan yang sangat riuh daripada jiran-jirannya membuatkan dirinya menjadi lebih risau.
"Tolong!!Lari!!"Itulah jeritan yang berulang kali didengarinya. Bunyi-bunyi aneh seperti manusia memakan daging manusia yang lain juga didengari olehnya.
Bulu romanya menegak. Dia sangat panik dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia melihat manusia manusia tersebut seperti zombie yang ditulis olehnya didalam buku novel yang direka olehnya.
Tiba-tiba satu das tembakan berbunyi di luar rumahnya.
"Melarnize! Melarnize!" Amy rakannya mengetuk pintu sambil memegang pistol.
"Amy!"Melarnize bergegas keluar dari rumahnya manakala Amy melindunginya dengan menembak zombie zombie yang mendekati mereka.
"Ikut aku"Melarnize terpaksa akur dan mengikuti rakannya itu. Jika tidak pasti dia akan mati.
~~~
"Bryant kita gerak jelah dah lama sangat ni kalau lama lagi semua orang kat sini mati sia-sia je." Mika seorang anggota polis dan merupakan kawan kepada Amy memberikan cadangan kepadanya.
"Kita tunggu Amy dulu"Bryant berkata dengan sangat serious.
"Ahh! Lama sangat"Mika menggerakkan ferri tersebut dan ferri tersebut bergerak dan secara serentak Amy dan Melarnize datang.
Bryant sangat terekejut dengan kelakuan Mika. Dia terus menarik tangan Melarnize naik ke atas. Manakala Amy berada sedikit jauh dari ferri tersebut. Amy sedang fokus menembak zombie yan mendekatinya. Dia tanpa berfikir panjang melompat keluar dari ferri tersebut.
"Bryant!" Mika berkata dengan agak kuat kerana melihat rakannya sanggup keluar dari ferri semata-mata untuk menyelamatkan Amy?
Melarnize terdiam dia tak sanggup lagi untuk meneruskan hidupnya. Keluarganya juga sudah pasti tidak selamat. Dia hanya menekup mukanya dengan tangan. Tanpa disedari dia sudah tertidur dengan agak lama.
"Woi bangun! Kau ingat ni rumah kau ke?"
Bersambung 💜
Tq for read☺
YOU ARE READING
True Dead [ 1 ]
FantasyMelarnize ialah seorang penulis novel horror yang tidak terlalu popular. Tetapi setelah dia menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Mystery of Zombie namanya tidak asing lagi didengar oleh penduduk-penduduk di bandar itu. Namanya melonjak naik setela...