Bab 4

17 3 0
                                    

"Sekarang kita nak buat apa ni?"
Bryant berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku dah call Mika tapi dia tutup fon. Aku tak faham apa masalah dia. Kau gaduh dengan dia ke?"
Amy berkata sambil membalut luka di tangannya.

"Aku takde masalah pun dengan dia. Aku pun tak faham." Bryant mengisi peluru pistolnya.

"Wei aku cakap ni jangan marah pulak tau."Bryant bertanya kepad Amy.

"Apa benda? Cakap jelah"Amy terasa agak pelik.

"Aku syak si Melarnize kawan kau tu yang buat zombie semua ni. Tapi kalau salah aku---"Belum sempat Bryant habiskan kata-katanya Amy menyampuk.

"Kau jangan nak tuduh dia bukan-bukan. Aku tahu lah aku dah kawan dengan dia dah lama. Takkan dia sanggup buat macam tu"Amy mula terasa sangat panas jika orang menuduh kawan baiknya.

"Tak masalahnya lepas dia buat novel pasal zombie tu satu dunia jadi macam ni. Kalau kau tak percaya tengok ni" Bryant menunjukkan cerita-cerita viral tentang Melarnize yang sedang hangat di sosial media.

"Aku tak percaya semua benda ni. Aku tahu dia tak buat kerja tu! "Amy menyimpan barang-barangnya dan berdiri.

"Kau nak pergi mana tu? Kau jangan cakap kau nak bersihkan nama kawan kau."Bryant mengangkat keningnya.

"Kau jangan nak tuduh kawan aku bukan bukan. Aku kenal dia kau jangan nak percaya berita palsu dekat media sosial .Aku nak pergi cari vaksin dekat doktor Bard." Bryant melihat perangai Amy menjadi semakin pelik.

"Bukan dulu kau tak percaya ke dengan doktor tu? Kau sendiri kata dia guna ilmu sihir untuk sembuhkan orang. "Bryant teringat akan kata-kata Amy yang tidak percaya terhadap doktor bard.

"Aku terpaksa. Kalau kau nak ikut-ikutlah. Kalau taknak aku tak paksa."Amy berjalan meninggalkan Bryant.

"Apa-apa jelah"Bryant terpaksa mengikut sahaja Amy.

~~~

"Semua turun sekarang!" Melarnize menjerit dan mengharapkan ada orang yang mendengar.

"Kau tak payah ajak kitaorang mati dengan kau!"Seorang wanita menengking Melarnize.

"Saya nampak bom kat sini lebih baik awak semua turun sekarang."Semua penumpang ketawa. Mereka memikirkan itu hanya sekadar tipu helah Melarnize untuk mengajak mereka mati bersama.

"Kau tak payah nak merepeklah si gila. Kau tu yang patut kena makan dengan zombie bukan orang-orang yang tak bersalah tu semua!" Salah seorang di atas ferri itu berkata sambil diiringi gelak tawa yang lain.

"Ish biarlah diorang ni." Melarnize berenang dengan pantas.

Tiba-tiba terdengar bunyi seperti seseorang sedang terjun daripada ferri. Melarnize tidak menoleh takut mati meletup saja dia di situ.

Sampai dia di pulau yang tidak jauh. Dia menoleh dan melihat Mika sedang berenang dan menuju ke pulau itu juga tetapi jauh daripadanya.

Mika memandang kearah Melarnize dan ketawa.

Melarnize terasa sesuatu yang aneh. Tiba-tiba bunyi letupan yang kuat dari ferri tersebut.
Melarnize sangat kesian terhadap kanak-kanak dan bayi yang tak bersalah yang mati di situ.

Perasaan Melarnize juga bercelaru dan kenapa Mika ketawa? Adakah dia sudah tahu apa yang berlaku? Ataupun dia punca semua ni?

Bersambung 💜

Thankyou for read


True Dead [ 1 ]Where stories live. Discover now