BAB 55: WAR: THE CONCLUSION

4.7K 191 27
                                    




• • •

Sedia?

Yang pasti dalam kegembiraan,

Ada dukanya...

• • •


"Kali ini kita jangan bagi muka, kita tamatkan semua benda ni" tegas Kapten Sahrul mengenggam tangannya menahan kemarahan terhadap tentera zionis.

Berani-beraninya mereka membunuh rakyat Syria dan anggota tentera mereka tanpa perasaan bersalah.

Berani-beraninya mereka melancar peluru berpandu untuk mengebom mereka.

Berani-beraninya mereka membuat onar kepada mereka.

Sudah tiba masanya kita tamatkan peperangan yang hampir 103 tahun ini.

Sudah tiba masanya mereka diberi pengajaran dan mendapat balasan di atas tindakan mereka selama ini.

Mereka sudah melampau!

"Banyak kerosakan dan kemusnahan berlaku. Anggota kita ramai terkorban. Bagaimana Kapten?" soal Kapten Ahmed risau apabila melihat pasukan mereka mula lemah kerana sudah hampir 2 jam mereka saling berbalas serangan tanpa henti. Semestinya anggota mula penat dan lemah. Sudahlah mereka diserang mengejut dipagi hari.

Anggota tentera pula ramai terkorban sejak pengeboman pada jam 3 pagi tadi. Beberapa orang dari mereka meninggal kerana ditembak dan dibom. Serangan pihak musuh kali ini memang agresif. Mereka nampaknya tekad ingin menghapuskan warga Syria dan merampas tanah ini.

"Aku nak kita terus bertahan. Bantuan akan tiba tidak lama lagi." Ujar Kapten Sahrul mula risau apabila melihat anak buahnya mula kepenatan. Namun mereka masih teguh berdiri di posisi masing-masing melawan musuh. Tiada tanda ingin berundur. Dia sebagai ketua pasukan anggota Malaysia tidak mahu kelihatan tidak bersemangat. Dia seharusnya lebih kuat agar anak buahnya juga kuat.

Suasana di tanah Syria masih riuh dengan bunyi tembakan dan bom yang dilepaskan umpama hujan. Pasukan tentera Arab Saudi, Malaysia, Brunei dan Iran turut membalas serangan tanpa henti walaupun mereka tunggu masa untuk kalah memandangkan peluru mereka sudah mahu habis.

Fiona yang berada di posisi bahagian kedua terus melepaskan tembakan kepada pihak musuh yang berada 2 kilometer dari kedudukannya. Walaupun 2 kilometer itu jauh jaraknya namun pelurunya mampu bergerak sejauh 3 kilometer. Terdapat askar-askar Israel mula bergerak mendekati kawasan mereka perlahan-lahan. Seolah ingin mengepung kawasan mereka. Walaupun pelbagai perkara tidak baik yang difikirkan namun semuanya ditepis agar tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

Namun pihak musuh semakin mendekati mereka sehingga jarak mereka kurang dari 1 kilometer. Keadaan mula tegang apabila pihak musuh semakin agresif menyerang mereka dan kereta kebal milik tentera Arab Saudi turut musnah apabila dibedil dengan peluru berpandu. Sekali lagi anggota tentera didalamnya maut tidak sempat keluar.

"TUAN! PELURU TINGGAL SATU BEG!" jerit Sergeant Firus cemas melihat bekalan peluru senapang dan pistol mereka. Mereka kehabisan peluru dan ini sememangnya perkara yang tidak baik sedangkan pihak musuh makin mara ke arah mereka.

Semua anggota yang mendengar laporan Sergeant Firus terdiam dan hilang kata-kata. Dalam kepala mula berfikir sesuatu yang negatif. Peluru sudah habis namun musuh makin mara? Mata mereka tajam memandang ke hadapan. Musuh mereka dihadapan. Mampukah mereka bertahan?

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now