Known as: DEGIL AMARAN KERAS! Bab 1-22: anda akan berasa bosan kerana bahasa dan plot yang kurang matang. Bab 23-epiloge: tatabahasa dan plot mula diimprove dan matang Selamat membaca! ___________________ Sylvester Marc Handley Lelaki yang berjaya dengan kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan. Namun kejayaannya hanya dapat dilihat pada namanya sahaja kerana jasadnya tidak pernah melangkah keluar bertemu dunia luar. Dia seorang lelaki yang lumpuh kerana kejadiaan 3 tahun lalu. Lumpuh kerana manusia. Tiada apa yang harus difikirkan seorang Marc kecuali hanya kerja-kerja-kerja di dalam buah minda. Puteri Fiona Megat Rudin Gadis askar yang mempunyai semangat juang dalam dirinya. Apa yang dilarang, itulah yang dilakukannya. Degil. Sikap Sylvester sentiasa menguji kesabarannya. Namun lelaki itu jualah menjadi pilihannya untuk dia dapatkan apa yang dia inginkan. Dia mampu runtuhkan pendirian Marc. Walaupun Marc cacat fizikal, ia bukanlah penghalang untuk dia menemani hayat Marc. Namun, pernikahan Fiona dan Marc tidaklah seindah taman bunga kerana ia hanyalah ikatan yang menguntungkan diri Fiona. Tidak bermakna Fiona seorang yang kejam buat sang suami. Marc pula cuba menjadi yang terbaik. "Antara nusyuz atau tinggalkan kerjaya?"- Marc Handley. "Giler!"-Fiona "Mama nak Fiona berhenti!"- Engku Zaidah. "Pencen awal jer. Cuba dengar cakap sikit"-Megat Rudin Tiada siapa. Tiada siapa cuba untuk memahami kemahuan Fiona. Menjadi seorang askar tidak mudah apabila keluarganya dan suami mula meminta dia meninggalkan kerjayanya. Penat lelah dia berkhidmat selama ini seolah debu yang tidak kelihatan. "Korang takkan faham, pengorbanan itu untuk apa. Korang takkan pernah faham"- Fiona. Fiona tahu tiada cara untuk memujuk si suami kecuali dengan cara halus agar membenarkannya kekal berkhidmat dalam tentera. Pujuk rayu. Goda. *"*"*"*"*"*" ____________________