🔬 3 - Geng No Humanity 🔬

371 51 1
                                    

Tarikh: 2 Mac 2060
Masa: 10.30 malam
Lokasi: Bilik Mesyuarat Balai Polis Pulau Rintis

"Jadi, bagaimana dengan usaha dalam menangkap geng No Humanity?" soal seorang lelaki dewasa segak berpakaian kemeja kotak-kotak berwarna hijau gelap sambil menatap satu per satu anak buahnya. Kaca mata hitam yang tergantung pada hidungnya dibetulkan.

"Maaf Komander.. Kami masih dalam pencarian kubu mereka.." jawab seorang lelaki yang berpakaian polis lengkap. Terdapat logo berwarna silver terlekat pada baju bahagian kanannya.

Lelaki yang digelar Komander itu menghela nafas panjang. "Kamu bertiga tahu kan geng ni amat dikehendaki oleh semua pihak.. Dan kita mulakan siasatan ni sejak empat tahun lalu lagi namun masih belum dapat apa-apa maklumat?"

"Kenapa ni Komander Kokoci?"

Komander Kokoci menoleh. Dapat dia lihat seorang lelaki berbadan tegap dan sasa serta berpakaian coat berwarna oren kehitaman sedang menuju ke arahnya.

"Laksamana Tarung! Apa yang laksamana buat kat sini?" soalnya apabila lelaki bernama Laksamana Tarung itu sudah berdiri di sebelahnya.

Laksamana Tarung berpeluk tubuh. "Saya dengar kamu bertiga belum dapatkan maklumat tentang geng No Humanity ini.. Adakah ini benar, Kaizo? Sai? Shielda?"

Nama-nama yang dipanggil sebagai Kaizo, Sai dan Shielda mendiamkan diri. Mereka bertiga tahu yang mereka akan dimarahi oleh tuan ketua mereka sekiranya gagal menangkap kumpulan itu.

Geng No Humanity. Mengikut data yang mereka dapat empat tahun yang lalu, mereka berjaya meletupkan sebuah kilang buku yang terletak tidak jauh daripada balai polis ini.

Mereka semua berjaya melarikan diri tanpa menghilangkan sebarang jejak. Satu klu mengenai mereka pun tidak dapat ditemui.

KREK

Pintu bilik mesyuarat dibuka dan seorang pemuda berjaket merah hitam melangkah masuk ke dalam bilik itu. Semua mata tertumpu ke arahnya yang santai menyeluk tangan kanannya ke dalam poket seluar.

"Oh, Halilintar.. Saya hampir terlupa tentang kamu.. Mari sini.." Laksamana Tarung menggamit pemuda bernama Halilintar itu supaya berdiri di sebelahnya.

Pemuda itu hanya turuti sahaja seraya menatap dingin ke arah Kaizo, Sai dan Shielda.

"Perkenalkan.. Ini Halilintar.. Dia baru sahaja mendaftar bekerja di sini.. Dan dia akan bantu kamu bertiga selesaikan misi ni.." tegas Laksamana Tarung berkata.

Tercengang mereka bertiga mendengarnya. Mereka bertiga seolah tidak percaya dan tidak berpuas hati. Adakah patut orang yang baru sahaja bekerja akan bekerjasama dengan mereka untuk menjalankan misi yang rahsia?

Halilintar tersenyum senget mendengarnya. Dapat dia lihat wajah tidak puas pada ketiga-tiga polis itu.

"Laksamana yakin dia boleh bantu kita dalam siasatan ni?" soal Komander Kokoci seraya menatap Halilintar dari atas ke bawah.

Halilintar berdehem, menarik perhatian mereka semua. "Kalau sesiapa yang tidak berpuas hati, boleh baca maklumat peribadi diri saya.."

Terus sahaja Kaizo berdiri dan hendak keluar dari bilik itu. Namun terhenti apabila Laksamana Tarung bersuara. "Kaizo, duduk balik.."

Kaizo berdecit sebelum duduk semula pada kerusinya. Dia berpeluk tubuh.

Laksamana Tarung menatap satu per satu wajah anak-anak buahnya. "Saya sudah memeriksa maklumat peribadi Halilintar.. Dan pencapaiannya amat memuaskan hati saya.. Disebabkan itulah saya mahu dia berada dalam misi rahsia ini.."

BOBOIBOY: INFECTIONWhere stories live. Discover now