🔬 12 - Adik 🔬

339 41 3
                                    

Masa: 8.00 pagi
Lokasi: Hospital Pulau Rintis

Di sebuah bangunan lama hospital Pulau Rintis, dapat dilihat darah berlumuran di atas lantai yang buruk itu.

Namun, itu tidak diendahkan oleh pemuda bernama Halilintar ini. Meskipun lelaki tadi berjaya melarikan diri namun setidaknya dia berjaya melempiaskan kemarahannya.

Dia memandang ke arah alat kawalan jauh yang tercampak jauh ke arah sebuah tong sampah. Dia mendekati alat kawalan jauh itu lalu dipijak kuat sehingga hancur berkecai.

Perlahan-lahan, wayar-wayar yang dicucuk pada tubuh badan budak itu mula keluar dari tubuh itu.

Halilintar kemudian menembak tingkap itu sehingga pecah. Dia segera masuk ke dalam bilik di sebalik tingkap itu lalu membuka setiap ikatan yang mengikat tubuh itu.

Dapat dilihat darah mengalir akibat bekas dari wayar-wayar tadi. Kain yang menutupi mata budak itu juga dibuka. Dapat dia rasakan tubuh itu menggeletar hebat.

Kedua-dua belah mata budak itu belum dibuka menandakan dia masih berada dalam ketakutan. Ditambah lagi dengan tubuh badannya yang sakit.

Halilintar tanpa banyak cakap terus mencempung tubuh itu lalu segera menghampiri wad kecemasan.

---------------- » «» « ----------------

"Tolong selamatkan dia!!"

Terus Halilintar memberi arahan kepada jururawat yang bertugas di situ.

Jururawat yang mengenakan kad nama Suzy itu mengangguk laju lalu segera mendapatkan katil pesakit. Halilintar meletakkan tubuh itu di atas katil pesakit sebelum mengikuti katil itu dibawa ke sebuah bilik kecemasan.

"Encik kena tunggu di luar.." ujar Suzy seraya menahan Halilintar daripada memasuki bilik itu.

"Tolong... Tolong selamatkan dia.." Lembut sahaja Halilintar berbicara ketika itu, mengharapkan budak itu selamat.

"Jangan risau.. Kami sedaya upaya cuba selamatkan dia.." Seraya itu, Suzy memasuki bilik itu, meninggalkan Halilintar seorang diri di situ.

Gempa dan Solar yang kebetulan lalu di situ terkejut melihat polis yang telah menolong mereka tempoh hari. Dengan perasaan hairan, mereka mendekati pemuda itu.

"Hali? Apa kau buat kat sini?" soal Solar sambil memegang bahu kanan rakannya itu.

Halilintar memandang Solar dengan mata yang berkaca-kaca. Solar tersentak dengan rakannya itu. Tidak pernah lagi dia lihat rakannya yang dingin itu menangis.

"Em, Solar, dia ni kawan kau ke?" soal Gempa dengan kerutan pada dahinya.

Solar mengangguk. "Kalau kau nak tahu, dialah yang selalu bagi aku maklumat tentang kumpulan penjahat tu.."

"Geng No Humanity tu ke?"

Sekali lagi, Solar mengangguk.

"Solar, kita kena cepat.. Aku risau Taufan diapa-apakan oleh penculik tu.." Wajah Gempa jelas menunjukkan dia risau dengan keadaan pesakitnya.

"Kalau kau nak tahu, orang yang kau nak cari tu, ada dalam bilik ni.."

Kata-kata Halilintar itu membuatkan Gempa dan Solar terkejut. "Macam mana-"

Halilintar segera memotong kata-kata Solar. "Dia diculik oleh salah seorang geng No Humanity.."

Gempa dan Solar berpandangan antara satu sama lain sebelum menoleh semula ke arah Halilintar.

BOBOIBOY: INFECTIONWhere stories live. Discover now