005☁️

726 163 29
                                    


"SO, apa cerita?" Tanya Taehyung sejurus selepas Saera keluar dari bilik muzik itu.

"Apa?" Terjungkit sedikit kening Jimin mendengar pertanyaan rakannya itu.

"Dah kenapa tiba-tiba rapat dengan Saera?" Tanya Taehyung lagi. Kali ini, soalannya lebih jelas.

"Saja."

"Sejak bila kau suka rapat dengan perempuan ni, Park Jimin? Hm?" Nama penuh lelaki disebelahnya itu disebut menandakan dia tidak senang dengan tingkah lelaki itu.

Ya, walaupun Kim Taehyung playboy, namun dia masih ada perasaan kasihan pada gadis innocent seperti Saera itu. Eh ada ke macam tu? Ada. Taehyung lah.

"Aish. Jangan sibuk hal aku lah." Jawab Jimin. Rimas dengan soalan Taehyung itu. Sukahati dialah. Langkahnya terus diatur untuk pulang ke kelas.

Baru sahaja dia hendak melangkah melepasi kelas itu, dia ternampak kelibat Ahn Saera yang sedang tidur itu. Gila. Siapa je berani tidur time Sir Baek ajar. Saera memang cari nahas.

Terangkat hujung bibirnya membentuk senyuman kecil apabila terpandang gadis itu. Baginya, gadis itu agak selamba. Walaupun gadis itu mempunyai perasaan terhadapnya, namun tidaklah dia berasa rimas.

Tidak seperti gadis-gadis lain yang meminatinya. Semua cuba menarik perhatiannya. Coklat, kad, bunga. Semua itu sudah sebati dengan tong sampah.

Langkah diatur semula menuju ke rooftop. Tidak jadi mahu pulang ke kelas. Malas dia mahu belajar.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"JIMIN?"

"Eo? Kau buat apa dekat sini?" Tanya lelaki itu.

"Saja. Lepak. Awak?"

"As you can see. Ponteng kelas. Malas aku nak masuk kelas Sir Baek tu. Garang nak mampus." Tergelak kecil Ahn Saera mendengar bebelan Jimin. Bukan selalu Park Jimin ni cakap panjang-panjang okay.

"Kau kenapa gelak sorang-sorang? Gila?"

"Takde. Saya pelik sebab awak membebel."

"Kenapa? Aku pun manusia." Jawab lelaki itu.

Kemudian, kedua-duanya kembali senyap menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa itu.

Jimin yang melihat Saera sedang memejam matanya itu seperti terpukau. Angin yang meniup rambut gadis itu makin menambah kecantikan semulajadinya. Walaupun dipandang dari tepi.

Ahn Saera yang perasan dirinya ditenung itu mengalihkan pandangan menghadap Jimin. Lelaki itu terkejut dan melarikan pandangannya kehadapan kembali.

"Jimin, awak tahu tak awak lagi handsome kalau senyum?" Tiba-tiba Saera bersuara.

"Really?"

"Yep."

"Then, make me." Cukup tiga patah perkataan itu dituturkan, Saera menjadi segan.

"Kenapa diam?" Tanya Jimin.

"T-takde apa-apa."

"Aku teringin nak tahu. Kenapa kau crush dekat aku eh?" Tanya lelaki itu tiba-tiba. Saera terasa darahnya naik menyerbu ke mukanya. Malu!

"Entahlah. The feelings come naturally." Kata gadis itu. Matanya setia memandang permandangan dihadapannya.

Park Jimin terdiam sebelum dia mula bersuara kembali.

"Balik dengan aku?" tanya lelaki itu.

"Tak boleh. Harini Junhyung oppa ambil saya." Jawab Saera. Sebenarnya, dia agak malu dengan Jimin.

Pergi sekolah, dengan Jimin.

Balik sekolah, pun dengan Jimin.

Gadis itu rasa menyusahkan. Dia tidak suka menyusahkan orang.

"Termenung lagi?"

"Mana ada."

"Jimin." Panggil Saera.

"Hm?"

"Kenapa tiba-tiba awak baik dengan saya?"

Jimin terdiam.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"ARGHH penatnya!" Ahn Saera merebahkan badannya diatas katil miliknya.

Tok! Tok! Tok!

"Boleh oppa masuk?"

"Masuklah." Jawab gadis itu.

"Kenapa?" Tanyanya lagi.

"Saja. Nak spend time dengan adik oppa. Kenapa? Salah?"

"Tak salah pun."

Junhyung meliarkan pandangannya pada bilik adiknya itu. Bersih. Itu yang dapat dia ungkapkan. Ahn Saera memang seorang yang menjaga kebersihan.

 Ahn Saera memang seorang yang menjaga kebersihan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"So, oppa nak tanya. Siapa lelaki dengan Saera tadi?"

"Tch. Dah agak. Dia kawan Saera je lah." Jawab gadis itu. Bukan dia tak tahu, kalau Junghyung masuk biliknya, mesti ada sesuatu. Dah masak dengan perangai abangnya seorang itu.

"Are you sure? You have feelings toward him. Am I right, Ahn Saera?" sengaja mata lelaki itu dikecilkan menunjukkan riak curiga.

"Mana adalah!"

"Liar!"

"Oppa ni tak de kerja ke? Selalu busy memanjang." Tanya gadis itu malas.

"Takde. Sebab tu oppa nak spend time dengan Saera."

Junhyung bangun. Kakinya melangkah melihat sekeliling bilik adiknya itu. Sampai di meja belajar, dia melihat terdapat beberapa keping gambar polaroid.

"Yah! Jangan sentuh!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah! Jangan sentuh!"

Junhyung terus mengambil gambar-gambar itu dan berlari pergi ke dapur di mana ommanya berada.

"AHN JUNHYUNG!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

636 words

Enjoy reading! Keep spamming me with your votes and comments❤✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now