045☁

489 97 9
                                    

BERGEMA keadaan dalam wad itu dengan gelak tawa daripada penghuninya tak lain tak bukan Saera, Younghoon dan Taehyung. Jimin memasang wajah kelat bersama cerlungan tajam kepada setiap seorang daripada mereka.

Huarghh mama! Chimin kena buliii!

"Ala, Jimin. Buruk lah muka kau macam tu." Ujar Kim Taehyung bersama sisa tawanya. Mana tak nya, muka Jimin tadi memang tak boleh bawa bincang. Macam tertelan peria.

Flashback

"K-kau si-siapa?" Kata Saera dalam keadaannya yang masih terbaring. Sebenarnya, dia dah sedar lama. Cuma, terfikir idea mahu mengenakan lelaki ini. Keluar segala tanduk.

"Kau tak ingat aku?" Meluru Jimin lari mendapatkan gadis itu. Jatuh bunga baby breath pada pegangannya. Saera hanya mampu menjerit dalam hati melihat baby breath nya terdampar di lantai wad itu. Hancusss.

Saera diam. Hanya membuat wajah kosong memandang lelaki itu.

"Serius lah kau tak ingat aku?" Soalan itu hanya mendapat gelengan sebagai jawapan.

Park Jimin sudah meraup muka kesal. Kalaulah, dia tidak terlambat mencari gadis itu. Kalaulah, dia sentiasa bersama gadis itu. Tetapi itulah. Kalau.

Tidak sampai beberapa minit, Younghoon dan Taehyung masuk ke dalam wad itu dengan seplastik makanan ringan. Satu-persatu wajah dipandang mereka berdua.

Saera meletakkan jari telunjuknya pada mulut menandakan menyuruh mereka diam dan layankan segala drama tak berbayar ini.

"Kenapa ni, Jimin?" Tanya Younghoon. Saja tanya, walaupun dah tahu. Kekeke.

"She lost her memories." Empat patah perkataan itu cukup membuatkan Taehyung dan Younghoon menghamburkan tawanya kuat. Bergema wad yang dihuni Saera itu.

Jimin sudah membuat muks tidak puas hati. Dah kenapa dua ekor tapir ni?

"Asal korang gelak?" Mendatar sahaja suara Jimin bertanya. Fikir lawak ke?

"Kau memang bodoh ke buat-buat bodoh, Chim?" Tanya Taehyung pula. Tak habis-habis dia ketawa dari tadi. Kelakar la kawan dia sorang ni. Orang dah bagi hint pun tak faham.

"Kau nampak macam dia lost memories ke?" Jimin memandang Saera. Gadis itu hanya membuat muka tak bersalah dan mengangkat bahunya rendah. Masih tak larat mungkin?

"Kau...tipu aku?" Jimin menyoal gadis itu keras. Jahat betul. Fikir hilang ingatan ni boleh bawa main ke?

"Ma-mana ada. Awak yang percaya." Jawab Saera. Mulutnya ditekup kuat. Alamak, kantoi! Itulah, takut sangat dia mendengar suara keras Jimin sampai termengaku. Nasib kau lah Saera. Siapa suruh menipu?

"Kau...kejam!" Nak menangis Jimin dibuatnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati dia bila mendapat tahu yang Saera ni kononnya hilang ingatan. Huwaaaaa!

End flashback

"Okay dah. Cukup. Aku penat nak gelakkan kau." Kata Taehyung sekaligus menghentikan tawa Younghoon.

"By the way, kenapa awak jatuhkan bunga tuuu. Kesian dia." Saera mencebik sambil matanya menjeling memandang bunga baby breath yang berterabur di atas lantai wad itu. Sayangnya!

"Padan muka kau. Siapa suruh tipu aku." Jawab Jimin selamba. Kemudian, dia mengukir senyuman sinis.

"Kalaulah buatnya aku ada sakit jantung, entah-entah mati kejung aku depan pintu tadi. Kau suka lah kan?" Katanya lagi. Namun, tiada siapa pun yang berani bersuara. Ketiga-tiga manusia itu terdiam.

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now