034☁️

471 102 4
                                    

'NI lah perempuan tu kan?'

'Tak malu ke still nak datang sekolah lagi?'

'Perempuan murah.'

Dan macam-macam lagi cemuhan serta makian yang dilontarkan pada Ahn Saera semasa dirinya melalui koridor sekolah untuk menuju ke kelasnya.

Gadis itu hairan. Apa yang berlaku?

Bip! Bip!

Telefonnya vibrate menandakan ada notifikasi masuk. Lantas, telefon pintar itu dikeluarkan dari kocek blazernya.

Apabila sudah diunlock dan menuju ke laman web sekolah, terbuntang mata gadis itu. Rasa mahu terkeluar segala ususnya. Bodoh! Siapa yang buat kerja tak siasat dulu ni?!

"What the fucek?!" Automatik, carutan dilontarkan dari ulas bibirnya. Terkejut beruk dirinya apabila mendapati gambarnya bersama Kim Taehyung di studio semalam tersebar di laman web rasmi sekolah.

Diulangi, RASMI.

Sudahlah gambar itu nampak agak erm, intim. Dimana, Taehyung menyandarkan kepalanya pada bahu gadis itu. Sekali pandang, mereka seperti sedang ehem ehem.

"So, Ahn Saera. Wanna play with me?" Sedang hatinya menggelegak, datang pula seekor syaitonnirojim hendak mencari pasal.

"Oh kau ke yang sebarkan segala binatang ni?" tanya gadis itu selamba. Kukunya dibelek-belek sengaja. Makin panas hati Kang Raena melihatnya.

"And kau fikir aku takut? Tsk, kau bermain dengan orang yang salah, Kang Raena-ssi." Sejurus itu, Ahn Saera terus berlalu ke kelasnya dan mengabaikan ejekan serta makian dari pelajar-pelajar lain.

"Arghh!!" Syaitonnirojim sudah menggelegak memang cenggitu.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

PENSEL di tangannya diputar-putarkan sambil kepalanya sarat memikirkan kejadian yang baru berlaku.

"Psst. Nara, kau percaya ke aku buat semua tu?"

Nara diam. Langsung tidak melayan rakan baiknya itu.

"Oi perempuan." Tidak betah lagi, Saera mencucuk-cucuk lengan Nara menggunakan pensel.

"Diam. Aku tak nak kawan dengan perampas macam kau." Sejurus itu, Nara menghentakkan mejanya dan meminta izin ke tandas.

"Cikgu, saya nak ke tandas juga!" Tanpa menunggu jawapan guru itu, Saera terus memecut ke tandas yang dituju Nara.

Pantas Saera mengejar rakannya itu dari belakang. Amboi, ni dah lebih! Takkan Nara juga tak percaya pada dirinya?

Tahu-tahu saja dia sudah memintas Nara. Lantas lengan rakannya itu direntap kuat. Ha ambik kau. Nak sangat main dengan api. Let's make it real, bebeh!

"Apa masalah kau hah?! Aku cakap aku tak nak kawan dengan perampas macam kau kan?! Part mana lagi yang kau tak faham?!" Berderau darah Ahn Saera menerima tengkingan daripada insan yang digelar 'sahabat' itu.

Manakala Nara pula cuba untuk mencari nafas setelah mengeluarkan suara yang lantang tadi. Ah, mampuslah semua orang nak pandang pun.

"Ka-kau lagi percaya cakap orang lain daripada kawan baik kau sendiri? Sebab fitnah semata ni kau nak putus kawan dengan aku? Kawan jenis apa kau ni?" Kali ini, sindiran padu pula dilemparkan Saera.

"Kalau ya pun kau benci perampas, patutnya kau dengar dulu penjelasan dari aku. Bukan main tuduh membabi buta macam ni. Aku fikir, kau ada akal untuk fikir apa yang jadi based on gambar tu. Tapi aku silap. Kau dengan yang lain sama je!" Berjuraian air mata Saera mengalir apabila melontarkan ayat-ayat itu.

Nara terkedu melihat rakan baiknya itu. Beserta air mata yang jatuh berjuraian. Tetapi, ditepis dan diusir semua perasaan kesian yang mula bertandang.

Tidak betah lagi, Ahn Saera berlari menuju ke rooftop sekolahnya. Air mata yang mengalir tanpa henti dilap menggunakan belakang telapak tangannya.

Argh! Kenapa kau lemah?!

Sesampainya di rooftop, dilepaskan segala yang terkandung dalam hatinya.

"Arghh! Bodoh! Semua bodoh tak nak dengar apa aku cakap! Wae?! Hiks. Kenapa semua jadi dekat aku?!" Laungnya sekuat hati.

Tidak lama kemudian, gadis itu jatuh terduduk. Matanya masih mengalirkan air mata yang lebat. Kesian gadis ini.

Mukanya disembamkan pada lutut. Menangisi nasib yang menimpa dirinya. Tidak tahu mengapa tiba-tiba dia menjadi lemah.

Ahn Saera bukanlah gadis yang cepat mengalah. Bahkan, gadis ini tidak pernah menangis sebelum ini. Hmmmm.

"Lap air mata kau. Aku tak suka kau menangis."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

612 words

Hai guys! Another update. Maaf kalau hambar. Sesungguhnya, Liya dan kehambaran mmg tak boleh dipisahkan.

Apapun, enjoy reading!❤️🕊️

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now