032☁️

547 109 11
                                    


"HUFF! Huff!" Gadis itu mengeluh kepenatan. Nafasnya ditarik panjang. Kelibat si lelaki sudah tidak kelihatan.

Ahn Saera berjalan perlahan tanpa arah tuju. Tahu-tahu sahaja dia sudah berada di hadapan pejabat.

Kreak!

Pintu pejabat itu dibuka dari dalam.

"Eh, Saera. Apa kamu buat dekat depan pejabat ni? Nak jumpa Sir Baek eh?" Guru bernama Bae Soojin itu menegur si gadis.

"Eh tak adalah cikgu. Saja je jalan-jalan." Gadis itu tersengih kambing. Namun, bukan itu yang menarik perhatiannya, tetapi...budak di sebelah cikgu itu.

"Hah! Alang-alang awak ada dekat sini, bolehlah tolong saya tunjukkan student baru ni kelas dia. She's your classmate." Sejurus itu, cikgu Soojin terus masuk ke dalam pejabatnya kembali. Meninggalkan Saera bersama budak baru itu.

Saera mendengus janggal. Belakang lehernya digosok lembut.

"Jom." Pelajar baharu itu hanya mengangguk dan mengikuti langkah Saera.

"Siapa nama kau? Kau dari mana? Asal pindah sini?" tanya Saera, ramah.

"Park Minji, Busan, sebab ayah aku dapat kerja sini." Jawab Minji, ringkas tetapi padat.

"Ouu, i see. Okay, ni kelas kau...dan aku." Saera melangkah selamba memasuki kelasnya. Semua mata-mata kini tertumpu terhadapnya.

"Awek mana kau bawa ni weh?" Kata Boo Seungkwan sambil matanya ralit meneliti gadis di sebelah Saera itu.

"Awek kepala hotak kau."

"Ehem! Ehem! Attention class! Kita ada student baru. So, intro yourself girl." Sejurus itu, gadis itu terus menuju ke tempat duduknya. Minji yang berada di hadapan kelas itu masih termanggu-manggu kerana ditinggalkan.

"Intro la cepat. Kau fikir kitaorang ada masa ke nak tercongok tengok kau." Itu dia, Moon Nahyun. Pelajar paling diva dalam tingkatan mereka.

Sementara itu, Minji masih lagi blur. Nak start dari mana eh?

"A-annyeonghaseyo. Naneun, Park Minji imnida. Saya sepupu Park Jimin." Gadis itu membongkokkan tubuhnya sebagai salam perkenalan.

Suasana di dalam kelas itu sangat janggal. Semua terkejut tidak terkecuali Ahn Saera yang sedang menguap pada waktu itu. Sepupu Jimin?!

"Tch. Sepupu aje pun. Bukan girlfriend dia." Bidas Nahyun. Perempuan ni, memang jealous dengan semua perempuan yang lebih cantik darinya. Nak nak lagi yang lebih popular darinya.

Tidak dinafikan lagi, Park Minji memang cantik dari segi rupa. Hati? I don't know nan molla.

"Sinilah duduk sebelah aku! Eh kau tepi." Kata Seungkwan sambil menghalau tablematenya itu. Species tak guna.

"Ah kau! Pantang nampak perempuan cun!" Tablematenya, Jung Jaehyun pula membidas.

Moon Nahyun yang geram melihat pertelingkahan itu pantas mencelah.

"Pasal perempuan ni pun nak berebut ke? Pergi je lah duduk dekat sebelah Nayeon tu. Kosong kan? Tch." Katanya sambil melibas rambutnya kebelakang.

Akhirnya, apabila mendapat persepakatan semua orang, Park Minji ditempatkan di sebelah Im Nayeon. Inilah yang jadi bila kelas tak ada cikgu.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"WEH Sir Baek datang! Sir Baek datang!" Kelam-kabut keadaan kelas itu jadinya.

Tidak lupa juga, gadis-gadis yang sedang menyendeng di meja Jimin. Bertempiaran mereka lari ke tempat duduk masing-masing.

Maklumlah, kalau kena jerkah dengan cikgu singa tu sia-sia hidup.

"Banguunnn." Choi Soobin, selaku presiden kelas itu mengarahkan rakan-rakannya bangun bagi menghormati guru muda dan tegas itu.

"No need. Duduk aje. Saya just nak bagitahu yang kamu semua akan join camping." Rata-rata pelajar di dalam kelas itu sudah teruja. Namun, tidak bagi Jimin. Lelaki itu hanya menayang wajah bosan.

"Kelas kamu dan kelas sebelah akan bergabung dekat camp nanti." Kata guru muda itu lagi.

Mata Jimin membulat. Kelas Saera dengan Minji siot!

"No excuses. Semua kena join. Saya keluar dulu." Sejurus itu, Sir Baekhyun terus keluar dari kelas itu bersama rotan yang setia ditangan kanannya.

"Weh, Jimin. Kau nak join ke?" Lenggan Jimin disenggol oleh tablemate sebelahnya tak lain tak bukan si Kim Taehyung.

"Sir kata no excuses kan? Pekak ke pekak?" Bidas lelaki itu. Taehyung pula menayang poker face.

Ceh, padahal Jimin nak join camp tu sebab ada Saera je. Hek!

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"WEH aku malas nak join camping!" Gadis itu merungut malas. Bangs nya dikuak kebelakang acah-acah Jimin BTS.

"Apahal pula? Jimin join. Takkan kau tak nak?" Nara cuba memancing rakannya.

"Jjinja?! Serious lah weh?!"

"Function aku menipu?"

Saera terdiam. Akalnya masih lagi mempertimbangkan sama ada mahu join atau tidak. Tapi ada Jimin. Kalau tak join, rugi!

"Amacam?" Nara menjongketkan keningnya.

"K fine. Aku join." Akhirnya gadis itu memberi kata putus.

"Hai." Saera dan Nara menoleh apabila merasakan ada suara memanggilnya.

"Kau panggil kitaorang ke?" soal Nara.

"Yep. Actually, saya dengar awak rapat dengan cousin saya. Jadi, memandangkan saya still new dekat sini, can we be friends?"

Nara dan Saera memandang sesama sendiri. Dari mana pula datang kata mereka rapat dengan Jimin? Kalau Saera tu, iyalah kot. Tapi Nara...erm.

Dalam teragak-agak, Saera mengangguk. Anggukan itu menerbitkan senyuman pada dua ulas bibir seorang Park Minji.

"Saera, boleh saya cakap dengan awak sekejap? Just the two of us."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

838 words

Maaf hambar. Huwarghh sejak dah lama tak update ni  otuck aku blur gila jsjsjsjsjs maaflah ya. Btw, enjoy reading!✨❤ sumpah liya kata, ff ni punya ending unexpected. Baru dapat idea tadi. Tiba-tiba dapat idea nak buat ending cenggitu🌚🤡 astu, storyline ff ni dh complete hagagaga tashabar haku nak complete kan.

Doakan liya rajin update okies?✨❤ me <3 you guys!🍡✨







✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now