Sudah seminggu Chan kembali ceria dan gembira seperti selalu.Dia kembali aktif dan bergaul seperti biasa dengan semua orang.
Tiada lagi mimpi ngeri dan bisikan suara pelik seperti sebelumnya.
"Good morning omma!Good morning appa!"Chan menegur ibu bapanya sebelum duduk di meja makan untuk bersarapan.
"Morning"ujar omma dan appanya serentak.
"Appa,boleh tak cuti nanti Chan nak pergi bercuti dengan Sebong?"Chan menyoal sambil tangannya ligat menyapu jem pada roti.
"Boleh.Nak pergi mana?"soal appanya.
Hari ini ialah hari terakhir persekolahan sebelum mereka bercuti panjang dan Chan serta gengnya dah rancang nak pergi berholiday.
"Tak sure lagilah appa.Hehe"
"Bercuti baik baik.Jangan nakal sangat"ujar appanya yang sudah mula bangkit dari kerusi.
"Bye appa!"laung Chan pada appanya yang sudah ada di muka pintu.
Seketika kemudian,Chan pula beransur ke sekolah setelah memeluk ommanya.
"Belajar elok elok!Jangan tahu ngorat je!"laungan Puan Lee membuatkan Chan tersengih.Ha!Kantoi ngorat anak dara orang!
Sampai sahaja di sekolah,motosikalnya diparkir dan dia terus meluru masuk ke dalam kelas.
"Yow Chan!"Seungkwan menegur Chan.
"Yow Kwan!"Chan menyahut dan mereka main tepuk tampar sebelum duduk di meja masing masing.
"Mana Benon?"Chan memerhati kelasnya yang mula dipenuhi pelajar namun kelibat seketul Chwe Hansol tiada.
"Dia dating dengan Minghao hyung kat tangga tadi"jawab Seungkwan tersengih.
"Ouh.."
Bam!
"Heyyo guys!I'm back!"Hansol selamba menepuk meja membuatkan beberapa orang pelajar melatah.
"Kau pehal?Dah lama hidup?"soal Chan sedikit geram.Nasibla member kalau tak memang dia baling ikut tingkap.
"Aku dah bincang dengan hyung hyung kita tadi!"Hansol mengahayunkan lengan Seungkwan excited tanpa menghiraukan pertanyaan Chan.Seungkwan pulak dah redi nak bagi penampor tapi dia tahan je.
"Bincang pebenda?"Seungkwan menjauhkan tangannya yang hampir kebas.Boleh patah kalau biar lama lama.
"Pasal holi-holi-holi-holiday kita tu lah!" Hansol masih excited.Sempat dia berjoget.
"Tak masalahnya sekarang ni boleh tak kau berhenti jerit?Sakit telinga aku!"Chan mencubit lengan rakan seusianya yang terlebih hyper.
"Yelah.Cuti nanti kita pergi berkemah kat tepi air terjun!Wuhuu!"Hansol terus ke tempatnya dan duduk versi slow mo.
"Dia sakit ke?"Seungkwan menatap ngeri perangai Hansol yang semacam.
"Biarlah dia.Happy sangat tu kot"Chan menggeleng dan memerhati Hansol yang elok tayang gigi kat belakang dia. Maklumlah tempat Hansol tu belakang dia je.Pusing pun dah nampak.
Seungkwan hanya mengangkat bahu.Seketika kemudian,guru memasuki kelas dan pembelajaran pun bermula.
"Kau akan terima akibatnya Lee Chan!"
Chan tersentak.
"Suara siapa tu?"Chan menoleh ke tepi dan kelihatan Seungkwan yang fokus memberi tumpuan kepada guru dihadapan.
Jadi siapa yang bercakap?Pelajar lain pun semuanya diam.Langsung tak buka mulut.
"Aku salah dengar...kot"Chan mengangkat bahu sebelum dia kembali fokus pada guru dihapan kelas.
YOU ARE READING
[ C ] dream ⦂ 𝙡𝙚𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙣
Fiksi Penggemar❝ It's just a dream, isn't it? ❞ + kiyowo cover by Pinterest + lee chan fan fiction + svtbbuing's storyline 2O2O start : 11O72O end : 3OO72O