☞ Because, we were not born perfect
[Adam POV's]
12:05 tengah malam.
Kakiku di bawa melangkah menuruni tangga ke arah dapur demi mencari setitik air untuk memuaskan tekak ku yang kini meronta minta di siramkan. Hmm, ayat. Tengah malam kan, aku mengatuk. Jadi, biarkan aku merepek. Sejak pulang dari sekolah tadi aku masih tidak mendapatkan rehat yang cukup. Maklumlah, pengetua jenis yang pelupa yang amat. Ada ke patut, dia lupa nak bagitahu aku tentang pelajar pertukaran sedangkan esoknya sudah berangkat.
Flashback
Cermin mata lelaki yang berusia itu sedikit longgar di batang hidungnya. Matanya pula di kecilkan memandang fail ditangannya. Sekejap sekejap matanya melirik ke arah kami kemudian berpaling semula ke arah fail.
Kami? Ya, kami. Kami berlima. Lima sekawan.
"Adam..thi..faz bin Anuar? 5A?", apa ke susah nya nak sebut. Alahai.
"Ada", kataku sambil mengangkat tangan.
"Mif..faz Adma bin..Khai zalim ali? 5A?", sebutnya perlahan lahan. Aku cuba menahan diri dari mengeluarkan bunyi kecil. Contohnya seperti ketawa. Miffaz menolak anak mata ke atas. Zalim pun boleh.
"Khainuzim Sir. Its Miffaz Adma bin Khainuzim Ali", kata Miffaz sambil menganggkat tinggi tangannya. Macam lah pengetua tak nampak. Dalam bilik pengetua kot. Depan dia lagi.
"Ape kehe nye name bape kamu ni susah sangat nak di sebut? macem macem", pengetua menggelengkan kepalanya.
"Izril Luth bin Hasyim Jiwa, 5A?", tiba tiba suara seorang perempuan datang sambil mengambil tempat di sisi pengetua. Baguslah, Cik kerani dah sampai. Kalau tunggu pengetua yang sebut, sampai ke tahun depan pun tak sudah. Dah lah lambat bagitahu maklumat. Perempuan itu tersenyum sedikit kepada pengetua menandakan dia akan ambil alih kerja ni. Pengetua boleh pergi mamposss. Eh, tak tak, boleh pergi buat kerja lain. Itu maksud dia.
Luth mengangguk kecil tanpa suara. Dengan muka 'I don't care' nya, tangannya masih di silang ke dada.
"Nuh Hamza bin Ilham 5B?"
"Ada", sepatah.
"Haqram Ilyas bin Naufal, 5B?"
"Sayalah tu", Ilyas segera mengangkat tangan. Kerani itu mengangguk sambil menulis sesuatu di atas fail yang telah pengetua serahkan kepadanya. Selesai melakukan perkara itu, dia memandang kami semua.
"Maafkan kami kerana memberitahu kamu semua tentang perkara ini last minute--"
"Haa tulah..seluar pun aku tak sidai lagi. Esok nak bawak seluar apa? Spender aku pun banyak yang belum cuci. Hish, cubalah bagitahu awal awal. Ni tak, tunggu jugak esok nak pergi baru nak bagitahu. Kan susah", kami semua kecuali Luth memandang Ilyas serentak.
"diamlah mangkuk!", bisik Miffaz geram. Aku menggelengkan kepala tak percaya. Dah terbiasa dengan perangai Ilyas yang kuat membebel ni sejak dari darjah 1 lagi. Macam perangai perempuan. Perempuan pun tak kuat membebel macam dia. Kami sekawan dah lama kenal sejak darjah 1 kecuali Miffaz yang kami kenal dari darjah 2.
"Boleh teruskan cik ya", kata Miffaz lagi sambil tersenyum versi pencair hati. Gila! Cik ya pun kau nak ngorat ke? Carilah lah yang muda sikit, ni tak janda anak satu tu jugak yang kau try. Dah nama dia Miffaz Adma.
Cik Ya tersenyum malu melihat senyuman menggoda Miffaz. Kakinya di gesel ke kanan ke kiri di atas lantai. Haa sudah. Nuh sudah menepuk dahi. Baldi mana baldi? Aku nak muntah.
YOU ARE READING
ANSWER
Mystery / Thriller[Start : 15 June 2020 ] Q U E E N E L I Z A B E T H H I G H S C H O O L ● ADAM Thifaz ●MIFFAZ Adma ●Izril LUTH ●NUH Hamza ●Haqram ILYAS Jejaka jejaka yang di utuskan menjadi Pelajar Pertuka...