☆ No one will know, if you keep on silence
[Miffaz POV's]
5:15 pagi|
"Ya Allah ya tuhanku, mana Yas ni?! Mati kejung jugak tunggu budak ni", Nuh menarik rambutnya berkali kali dengan posisi mencangkung di sebelah kereta. Adam pula sudah segak berdiri, eee, aku puji dia segak ke? Tapi dia memang segak plus handsome. Tapi yang nombor dua. Sebab nombor satu tu aku. Okay, back to reality.
Adam berdiri di sebelah kereta sambil sebelah tangannya di letakkan di dalam poket, sebelah lagi tengah scroll iphone. Luth pula sudah berada didalam kereta sambil membaca buku. Yang aku pasti novel. Apa kes lelaki baca novel?
Si Ilyas pulak tak sampai-sampai. Mati dalam jamban agaknya. Aku berdiri di sebelah Adam. Mengamati suasana dingin pagi. Ada kelib kelib, kapal terbang yang tiba-tiba melintas atas kepala, roket NASA turun ke bulan dan si Ilyas mengheret bagasi besar gedebak berwarna pink berlambangkan...hello kitty?!
"Yo!!", jeritnya sambil mengheret bagasi yang akan mengundang pelbagai spekulasi antara 'adakah dia perempuan' atau 'di manakah ciri kejantanan dia?' keluar dari kereta pemandunya.
"Yo yo apa? Dah lah datang lambat, tak reti bagi salam pulak tu. Balik neraka jelah kau", Ilyas berhenti mengejut di depan kami dengan muka kecewa. Dadanya dipengang. Mula dahhhh.
"Gue, sakit. Disini. Ngomongnya jangan gitu bang. Gue kagak mau masuk hell", Nuh sudah berdiri sambil melibat lengan bajunya sampai paras siku. Ready nak humban Ilyas ni dalam loji. Nasib baik lah Adam cepat cepat menarik Nuh.
"Broken lah gilo! Yang kau pergi heret bagasi hello kitty ni apahal do? Malu sia aku nak bawa kau", Ilyas sudah tersengih sengih.
"Ni semua adik perempuan aku punya pasal lah. Bagasi aku dia guna pergi Paris dengan Daddy. Tinggallah yang ni", dia buat muka pasrah sepasrah yang mampu.
"Kau kaya nak mati, tapi beg ni jugak yang kau nak guna? Baik pilih yang ada poster Anabelle je terus", tambah Nuh yang sudah masuk ke dalam kereta. Adam menggelengkan kepala.
"Lantak kau lah labi. Bak sini beg tu. Sumbat masuk bonet ni", Adam terus menekan butang di bonet kereta itu, dan terbukalah bonet yang sudah berisi 3 bagasi hitam, biru, dan merah. Dan satu beg sandang bersaiz besar berwarna hitam milik Luth.
"Mana boleh sumbat, muat ke?", aku terus menjenguk ke dalam bonet kereta. Astaga, tak muat ni.
"Alah, baby kitty ni tak mau lah nak duduk dalam tu. Panas katanya", Adam dan aku pandang Ilyas macam nak cekik je dia. Baby kitty ke babi kitty ke, aku tak kisah. Janji kitorang gerak jugak sekarang.
Tapi, tak muat ni.
5 minit kemudian|
"Wehhhhhhh haaaaaa...baby kitty aku bodo, asal kau pergi ikat kat atas", Ilyas meraung meronda seperti shinta gila kerana bagasinya di ikat di atas bumbung kereta. Ini semua kerja Luth. Kami ikut je.
"Diam lah yas, kalau tak kitorang tinggal kau kat sini", Ugut Nuh sambil mata tak lekang dari IPhone nya. Luth pula memandu, sebelahnya Nuh. Kami bertiga pula duduk belakang. Ilyas berada di tengah.
Kerana, dikhuatiri dia mungkin keluar tingkap untuk memanjat bumbung demi babi..eh, baby kitty nya.
Penipuan yang tak makan saman, adik perempuan guna bagasi dia konon. Dah sah sah benda ni dia punya. Cis! Dia mana ada adik perempuan, dia bongsu. Kitorang pun bodoh juga, pergi percayakan dia.
Ilyas mencebik. Dia menyandarkan badannya sambil mata memandang ke atas? Tengok apa? Bumbung kereta?
"Hai kitty, maaflah kerana aku ada sahabat begini. Mereka semua ni hati batu. Tak tak, tiga ekor tu hati batu, Luth je hati tisu macam aku. Aku sayang kau kitty. Rehatlah dengan tenang di atas sana. Aku doakan--"
YOU ARE READING
ANSWER
Misterio / Suspenso[Start : 15 June 2020 ] Q U E E N E L I Z A B E T H H I G H S C H O O L ● ADAM Thifaz ●MIFFAZ Adma ●Izril LUTH ●NUH Hamza ●Haqram ILYAS Jejaka jejaka yang di utuskan menjadi Pelajar Pertuka...