02

18 3 0
                                    

● Just then, go.

Ting!

Lif terbuka luas dan aku segera berjalan keluar bersama mereka yang lain. Mamat mamat tu lah. Nasib baik sekarang waktu pdp. Tak akan ada pelajar lelaki dekat sini.

Sampai di depan sebuah bilik aku memandang ke arah mereka semua. Mata mereka tak lepas pandang aku.

"Kau ni creepy lah", ujar Adam kepadaku.

"Bilik ni, itu dan itu..", aku menunjuk ke arah dua lagi bilik di sebelahnya.

"Adalah bilik korang. Boleh masuk sekarang", aku mengabaikan kata kata Adam.

"Kunci?", soalan biasa pelajar baru akan tanya. Aku menggelengkan kepala kepada Ilyas.

"Sekuriti sistem kat sini tak perlukan kunci", aku segera melipat sedikit lengan bajuku sehingga menampakkan gelang di tanganku. Gelang itu terus di halakan ke arah scanner.

Bim!

Pintu itu terbuka dengan sendiri.

"Fuyooo! Canggih bhai. Sekolah kita pun guna password je", Ilyas terus menyatakan keterujaannya. Miffaz dan Nuh pun tergamam.

"Masuklah. Dalam tu ada dua gelang macam ni", aku menunjukkan gelang hitam ditanganku yang dialiskan dengan corak rose.

"Aku cop sini", Nuh terus melulu masuk.

"Wehh, aku nak jugak!", Miffaz terus menerjah masuk dengan bagasinya. Tinggallah mereka bertiga.

"Nuh!! Aku nak tido dengan siapa?", merengek lah Si Ilyas ni. Adam terus bergerak ke arah bilik sebelah dengan pantas.

"Bukaklah cepat", gesanya kepadaku. Aku terus membuka pintu itu dengan gelangnya. Adam terus masuk dan cuba mencari gelang untuk mengunci bilik itu semua sebelum..

"Wewooo!!!", jerit Ilyas yang sudah jadi monyet tak cukup pisang di atas katil. Adam menunjukkan muka pasrahnya. Satu biliklah dengan Ilyas.

Aku memandang ke arah Luth yang masih dengan earphone nya yang tinggal sebelah sahaja di telinga. Dia memandang ku tanpa reaksi. Dingin.

Aku terus berjalan ke arah bilik ketiga dan membukakan pintu bilik itu. Dia masuk bersama beg sandang hitamnya. Aku menyandarkan badanku di bingkai pintu.

"You guys akan tinggal kat sini for 2 month. Rasa cukup ke baju yang kau bawa?", tanyaku kepadanya yang sudah melabuhkan punggung ke atas tilam empuk putih itu. Dia senyum kecil dan mengangguk sahaja.

Kami berdiam sekejap. Bilik sebelah macam tengah buat konsert. Meriah sungguh. Nasib baik tak ada orang. Luth memakai gelang yang di sediakan di atas meja.

"Kalau dah ready, jumpa aku kat bawah. Aku tunjuk sekitar sekolah", aku terus berlalu pergi dari bilik Luth.

"El... "

Belum sempat aku menuju ke lif aku berhenti kerana terdengar seperti namaku di panggil. Tanganku sudah disilangkan ke dada. Berhenti betul betul depan bilik Adam dan Ilyas. Aku menoleh ke arah belakang.

No one

Bilik yang lain semua sudah tertutup. Aku menggelengkan kepala dan meneruskan semula perjalanan sebelum

"El?", aku terdengar semula namaku dipanggil. Aku sekali menoleh ke arah belakang dengan nafas di tahan daripada marah.

"El? Nama kau El ke?", Aku melihat Ilyas sudah mengeluarkan kepalanya dari celah pintu. Walaupun aku boleh nampak bahunya terdedah. Tak pakai bajulah tu. Aku mengangguk.

"Haa betullah. Okaylah, itu je nak tanya", dia menutup semula biliknya. Aku menghembuskan nafas panjang dan menyambung semula perjalanan ke tingkat bawah.

ANSWER Where stories live. Discover now