3:30 tengah hari|
"Senggol senggolan, cubit cubitan, aku menari..kau petik giterrr..nenenene.. Senandungkan cintaaaaa....", aku merengus kasar dan bersiap sedia dengan buku kamus dwibahasa ku. Tunggu masa yang tepat je lagi ni. Kalau kena ni, memang koma terus ni.
Aku menoleh ke belakangan sambil mataku di kecilkan. Aku tengah nak study, mak cik kaki panjang ni buat konsert dangdut dekat dalam bilik. Dengan seluar fit separuh lututnya lagi. Dengan mikrofon speaker warna pink lagi. Menyesal aku bagi benda tu dekat dia. Dengan lengok dangdut nya lagi. Bibir takyah cakap, pergh!! merah semerah bunga rose.
"Selangit, selangit, selangit, selangit selangiiiiit!!!!"
Pak!
"Awwwwwwww", aku menepuk nepuk tanganku. Cun! Kena sasaran. Tepat dekat bontot sebab bahagian tu yang main peranan penting bila kau nak bergelek. Kira okay lah tu aku baling dekat bontot dia dari dekat kepala. Kan?
Astaghfirullahalazim! Buku woi! Ilmu!
Dia diam sambil menggosok punggungnya yang aku yakin, tak adalah sakit sangat. Reseptor sakit tak banyak kan kat situ? Kot.
"Eh, dah habis dah konsert kau?", perli ku sambil tangan di silangkan di dada. Nilah padah satu room mate dengan mesin karaoke.
"Kau ni dah kenapa beruk? Sakit do!", dia segera menggoyangkan pinggulnya ke kiri ke kanan. Renggangan katanya. Tau lah body cantik.
"Beruk tu kau. Aku nak study, kau buat konsert dangdut Mas Idayu kau kat sini, apahal?"
"Muhasabah!", sambungnya. Aku mengetap bibirku. Geram. Dia nak insafkan aku ke? Kau tahu tak tagline tu? Kalau tak tahu, pergi selidik sendiri.
Dia tersengih sengih.
"Bunga, apa kata kau gi tidur", pintaku seraya melihatnya mendaki katil.
"Bunga bunga! Aku ada nama lah. S. A. K. U. R. A", siap dia eja lagi satu persatu.
"Tidur otak kau lah tengah hari buta macam ni. Ni time aku berdangdut okay?", Sakura Miranda nama diberi. Orang putih yang membesar dekat Malaysia. Sebabtu lah dia reti berbahasa melayu. Bukan setakat reti, malah fasih. Siap mengutuk aku lagi.
"So? Kalau kau berdangdut lagi time aku study, aku kurung kau kat luar", aku menoleh semula ke arah meja belajar dan ipad ku yang sudah terpadam tadi ku buka kembali. Terpaparlah nota biologi. Untuk beberapa ketika, si Sakura ni betul betul diam. Aku menghela nafas lega.
Boleh aku study dengan a..
"Eewahhhh!! Seratus posen chentakurrr!!! Eh eh eh hanya untuk mu!!!!", aku menutup telinga untuk seketika sebelum..
Bang!
"Wehhh El!! Bukak lah!! Aku tak buat dah!! El!! Huaaa!!", Sakura meraung dari luar bilik. Tangannya memukul mukul pintu gaya orang kena halau dengan laki. Aku tidak mengedahkan raungan tak berlagunya itu dan segera menyambung tugas ku. Jap gi diamlah dia.
Gelang dia?
Aku dah buka, tu sebab dia tak boleh nak masuk.
Jangan nak risau sangat lah, dia dah biasa. Siap dia buat tawaf satu sekolah lagi. Kadang kadang dia bawa balik bunga, tak pun cengkerik, tak pun bawa balik gossip.
Senyap dari luar. Dah boleh agak dah, mesti dia tengah meronda sekolah. Rutin harian dia.
Sekarang masa untuk aku fokus!
🌹🌹🌹
[Adam POV's]
"Abang pilih yang mana..eeeewwahh..perawan atau janda!! Perawan memang menawan, janda lagi menggoda!", aku menutup telinga dengan bantal. Sumpah aku rasa nak pecah masuk bilik Luth sekarang. Keluar dari kejahanaman ini.
YOU ARE READING
ANSWER
Mystery / Thriller[Start : 15 June 2020 ] Q U E E N E L I Z A B E T H H I G H S C H O O L ● ADAM Thifaz ●MIFFAZ Adma ●Izril LUTH ●NUH Hamza ●Haqram ILYAS Jejaka jejaka yang di utuskan menjadi Pelajar Pertuka...