03

16 3 0
                                    

11:30 pagi|

Selepas selesai bertekak dengan Uwais and the gang, kami bergerak menuju ke kafeteria.

Flashback

"Asal aku yang kena get lost?", tanya Uwais kepadaku sambil bercekak pinggang. Aku tayang muka poyo.

"Tsk tsk tsk! Salah tu. Bukan kau. Tapi korang. Faham tak?", sampuk Miffaz tiba-tiba sambil memandang ke arah Uwais, Haiqal dan Bonte. Jangan tanya kenapa nama dia Bonte.

Aku memandang Uwais tajam. Pandangan helang. Dia merengus.

"Eh eh eh eh....kau ni.. ", Bonte terus menapak ke hadapan. Miffaz juga mahu melangkah ke hadapan tetapi Nuh dan Adam segera menghalang.

Aku mencelah di depan Bonte. Bonte berhenti serta merta.

"BACK OFF", nada tegas dan marah di keluarkan. Pandangan dingin ku berikan kepada Bonte. Bonte berhenti sejenak dan memandang Uwais.

"Let them go", kata Uwais dingin. Mereka terus berlalu pergi.

"Ceh! Ingat berani sangat. Podaa!", laung Ilyas kasar. Dia tersenyum manis ke arah ku yang sudah berpaling ke arah mereka.

"Kau ni cool lah. Mesti kau pengawas kan kat sekolah ni? Tu yang diorang takut", ujar Ilyas lagi. Nuh pun agak terlihat reaksi kagumnya.

"No, im not", aku segera menoleh ke belakang semula selepas berkata begitu dan segera berjalan pergi. Mereka mengikuti dari belakang.

End of flashback

Dalam perjalanan ke kafeteria, Nuh dan Ilyas sempat bergurau senda anak anak di belakang.

"Dalam banyak banyak telur, telur apa yang warna hijau?", kami yang mendengar teka teki itupun berkerut dahi.

"Orang bijak berkata, kalau dapat jawab teka teki ni memang seorang yang cerdik pandai", tambahnya lagi. Aku berjalan di sebelah Adam sudah mula memikirkan jawapan. Tak tahu kenapa aku pun terjebak sekali. Adam mengurut dagunya yang bersih dari janggut.

Kami semua terdiam.

Luth berjalan sambil merangkul bahu Ilyas. Tengah fikir jawapan jugak ke?

"Ha jawab lah jawab", kening Ilyas diangkat berkali kali. Tangan disilangkan ke dada. Muka tersenyum kambing. Miffaz berfikir jauh sampai nak tersepak tong sampah tapi berjaya di tarik oleh Nuh sebelum perkara itu terjadi.

"Eh tak tahu lah! Mana ada telur warna hijau", kata Adam yang sudah semestinya give up. Aku menggelengkan kepala malas nak layan. Baik fokus dan pergi kafeteria.

"Haaa! Sah korang bodoh. Telur Shrek lah! Kenal shrek?", bagang nak mati. Aku sudah menepuk dahi. Apahal lah aku kena jadi tour guide diorang ni. Nasib baik untuk harini je.

"Bodo siot! Apa punya teka teki ni?", Miffaz sudah geram. Luth segera menarik sedikit rambut Ilyas. Ilyas menggaru kepalanya dek kerana terasa tarikan Luth. Haa, yang tenang dan dingin macam Luth tu pun boleh naik berang dengan teka teki macam ni.

"Entah! Kalau macam tu, jangan kata telur dia, dengan dia tu sekali warna hijau", sampuk Nuh geram.

"Kan. Aku pun tak sangka boleh jadi macam tu", semudah ABCD Ilyas menuturkan kata kata itu. Aku hanya mengabaikan. Kalau ikutkan aku, memang aku cekik si Ilyas ni.

Beberapa ketika, kami berjalan di kawasan kelas yang agak sunyi.

Luth perasan perkara itu dan segera melihat peta.

"Kita salah jalan", katanya tidak bernada.

"Huu? Asal pulak? Apahal tour guide kita boleh sesat ni?", soal Adam. Aku hanya berpeluk tubuh di situ.

ANSWER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang