Prologue

35 5 0
                                    

"Jungkook.."

Jungkook yang baru sahaja mahu melepaskan lelah itu membuka mata separuh sebelum dia menjeling tajam.

"What?"

"Saya.. nak minta maaf. Saya tak sampai hati nak tolak permintaan ibu awak"

Lelaki itu mendengus kasar. Dia mendekati Rhea yang berdiri statik di tengah bilik hotel itu. Daripada bawah hingga atas diperhatikan gadis yang masih memakai gaun pengantin berwarna putih salju dengan pandangan sinis. Di dalam hati tidak putus carutan dilontarkan kepada dia.

"Sepatutnya gaun ni, bukan kau yang pakai."

"Jungkook, saya.."

"Kau tak layak langsung untuk sarung dress ni. Tak layak!"

Terhinjut bahu Rhea akibat tempikan Jungkook itu. Kepala ditundukkan tidak mahu bertentang mata.

"Kau lupa janji kau dulu? Apa yang kau cakap!? Apa yang kau janji!! Lupa!!?"

Ditarik pinggang Rhea kasar sehingga badan mereka bersentuhan. Anak mata Jungkook tajam menikam anak mata Rhea. Perasaan benci dan meluat semakin membuak-buak.

"T..tak! Saya tak lupa"

"Then, what!? Apa yang kau dah buat!"

"Saya minta maaf, Jungkook. Saya mungkir janji"

Sedaya upaya air mata yang mahu menitis itu ditahan. Hancur hatinya saat ditengking dan diherdik sebegitu. Bukan dia tidak mahu menghalang tetapi dia serba salah.

"Aku.. benci orang hipokrit macam kau! Benci!"

Seraya itu tubuh Rhea ditolak kasar lalu Jungkook melangkah memasuki bilik air. Pintu dihempas kuat membuatkan Rhea terdiam seribu bahasa.

"Janji dengan aku, kita kekal macam ni. Sampai bila-bila"

"Janji"

Perlahan Rhea bergerak ke arah cermin. Pantulan dirinya diperhatikan daripada atas hingga bawah bersama titisan air mata.

"Kau teruk, Rhea. Kau teruk"

"Kenapa kau mungkir janji.."

♡♡♡♡

"Mana Aunt Jeon ni.."

"Ehem!"

Tersentak seketika sebelum aku bertindak untuk berpaling ke belakang. Hampir sahaja kotak pada pegangan aku ini terlepas sangat melihat seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi  itu. Satu perkataan terlintas di fikiran aku. Handsome.

"Cari siapa?"

"Aunt Jeon tapi daripada tadi panggil takda orang menyahut"

"Ibu keluar. Ada hal dekat butik dia."

Aku mengangguk tanda mengerti. Liur aku telan beberapa kali. Gugup apabila berhadapan dengan lelaki ini. Baru pertama kali aku bercakap dengannya. Dan pertama kali juga aku berdiri sedekat ini dengan anak Aunt Jeon.

"Kau bawa apa tu?"

"Makanan. Saya ada masak lebih. Untuk ibu awak dengan.. awak sekali"

Entah mengapa seperti mahu gugur jantung aku saat bertentang mata dengan lelaki ini.

"Okay." Kotak yang berada di pegangan aku diambilnya.

"Thank you"

Aku sekadar tersenyum sebelum membuka langkah untuk kembali ke rumah.

"Aku rasa kau tahu nama aku. Cuma aku tak tahu nama kau."

Langkah aku terhenti. Aku berpaling menghadap lelaki itu dengan 1001 perasaan.

"Jung Rhea"



Hai! Ini pertama kali saya publish cerita dekat Wattpad. Sebelum ni cuma tulis dan tak publish pun. Jika jalan fanfic ini clishé saya minta maaf. Dan fanfic ni 100% daripada saya sendiri. Jika ada scene yang macam sama dengan fanfic lain mungkin ia kebetulan dan saya minta maaf.

Happy reading okay?

Jangan lupa vote dan comment

[On-going] Done For Me || Jeon JungkookWhere stories live. Discover now