Penat. Selesai sahaja mengemas rumah Jungkook ini, aku berbaring di sofa. Pinggang, kaki, tangan semua sakit. Bertambah penat hanya aku seorang sahaja yang mengemasnya. Jungkook? Pagi-pagi lagi sudah keluar. Entah bila mahu balik aku sendiri tidak tahu.
Segenap ruang rumah itu aku perhatikan. Besar, mewah dan aku tidak menafikan saat pertama kali aku menjejakkan kaki ke rumah banglo 3 tingkat ini aku sudah mula merasakan satu perasaan.
Tenang.
Malah nyaman sahaja keadaan rumah ini tambah pula segala kelengkapan sudah tersedia. Gym, perpustakaan mini dan pejabat semuanya berada ditingkat 3.
Sewaktu aku naik ke tingkat 3 ia ibarat pusat beli belah. Semuanya barang keperluan tersedia dengan kemas.
"Woi, Rhea!!"
Tersentak. Dengan pantas aku berlari anak ke muka pintu. Tidak sempat aku membukanya pintu itu sudah dirempuh kasar.
"Kau pergi mana perempuan? Aku dekat luar terjerit-jerit macam orang gila panggil kau!"
Liur aku telan. Wajah bengis Jungkook aku pandang buat seketika.
"Menyusahkan"
Susuk tubuh Jungkook yang sedang memasuki dapur itu aku pandang dengan ekor mata. Setelah itu nafas panjang aku hela. Lebih kepada mengeluh.
♡♡♡♡
Sedang leka aku mengacau kuah sup di dalam periuk itu, satu suara garau menegur dibelakang. Aku memandang sebelum aku terdiam.
"Kau buat apa dekat sini?"
Kepala aku dongak melihat Jungkook yang hanya beberapa langkah sahaja daripada aku.
"Ibu awak ajak makan malam. Saya pun datanglah"
Jungkook mencebik. Lalu dia ke peti sejuk mengambil satu tin coke sebelum bersandar di dinding.
"Sebelum ni aku tak pernah nampak kau pun, kau baru pindah?"
Aku menggeleng. Api dapur di tutup dan kembali menghadap Jungkook. Apron bunga-bunga kecil itu aku buka dan gantung ke tempatnya semula.
"Saya duduk dekat homestay hujung taman sana. Untuk tunggu rumah yang saya beli tu siap renovation."
Bibir aku kemam saat terpandang Jungkook yang sedang meneguk coke itu. Handsome!
"Kau beli rumah apa?"
"Kondo"
Jungkook mencebik sambil kepala terangguk tanda mengerti. Aku menanti soalan yang ingin ditanya lagi tetapi tiada. Jungkook sekadar merenung aku membuatkan aku malu.
"Macam mana kau boleh kenal dengan ibu?"
"Erm..."
"Oi, cakap jelah"
"Aunt Jeon tolong saya daripada... kena kejar anjing"
"Hah?"
YOU ARE READING
[On-going] Done For Me || Jeon Jungkook
RomanceBagi dia, aku penipu. Bagi dia, aku sengaja mahu merosakkan hidupnya. "Then, what!? Apa yang kau dah buat!!?"- Jeon Jungkook "Saya minta maaf, Jungkook. Saya mungkir janji"- Jung Rhea Semuanya kerana janji kami. Janji yang tidak dapat aku tepati se...