Ke kiri. Ke kanan dan berulang-ulang sehingga aku terlanggar dinding. Sejuk kaki dan tangan aku menahan rasa gementar. Teragak-agak tangan aku ingin mengetuk pintu bilik Jungkook. Aku sendiri tidak tahu lelaki itu sedang berbuat apa di dalam bilik.
Niat aku mahu mengambil baju kotor sahaja. Memang aku sering basuh pada hari cuti begini. Dan biasanya setiap hujung minggu Jungkook akan keluar tetapi pada hari ini tidak.
Pelik? Sangat. Sudah 3 bulan aku dan dia tinggal sebumbung memang setiap hujung minggu dia akan keluar dan akan pulang sebelum jam ke angka 9 malam.
Tetapi pada hari ini. Sangat musykil.
"Alah, lantaklah"
Segala keberanian aku kumpul dan dengan perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilik Jungkook.
Gelap dan sejuk. Belum bangun mungkin kerana masih pukul 8:30 pagi. Tujuan aku hanya satu. Ambil bakul baju Jungkook dan terus keluar.
Klik!
"ARGH!!"
"Auw!"
Jangan lupa comment dan vote!
Selamat membaca♡
YOU ARE READING
[On-going] Done For Me || Jeon Jungkook
RomanceBagi dia, aku penipu. Bagi dia, aku sengaja mahu merosakkan hidupnya. "Then, what!? Apa yang kau dah buat!!?"- Jeon Jungkook "Saya minta maaf, Jungkook. Saya mungkir janji"- Jung Rhea Semuanya kerana janji kami. Janji yang tidak dapat aku tepati se...