"Kenapa termenung ni?"
Aku memandang Haena yang berada di hadapan aku. Jujur aku kata aku cemburu akan kebahagiaan Haena bersama Jimin. Semuanya sempurna pada mereka.
"Kau fikir Jungkook?"
Tiada kata putus daripada aku. Menggeleng tidak. Mengangguk juga tidak.
"Bagi dia masa, Rhea. Kita tak boleh nak baca fikiran orang. Apa yang dia tengah fikir."
Aku memandang ke sekeliling kawasan café milik aku dan Haena ini. Senang melihat pelanggan menjamu selera tanpa sebarang gangguan.
"Kau duduk je lah sini dulu. Aku nak ke library."
Pemergian Haena aku hantar dengan ekor mata. Nafas panjang aku hela bersama mata yang dipejam seketika.
Malas mahu melayan perasaan ini aku bergerak ke arah kaunter bayaran. Terlihat Haena daripada sini sedang menyusun buku di bahagian perpustakaan.
Membuka café dan perpustakaan bukanlah senang. Ia perlukan ketekunan dan kesungguhan untuk membukanya. Tambah pula aku dan Haena mengambil keputusan untuk menyatukan café dan perpustakaan.
Banyak langkah yang perlu kami jaga. Seperti keselesaan, keselamatan dan ketenteraman supaya pengunjung di sini berasa nyaman dan boleh menenangkan fikiran.
Telefon pintar yang berada di poket baju aku ambil dan terbuka sahaja skrin telefon itu jelas terpampang wajah Jungkook. Tanpa sedar senyuman aku terukir.
♡♡♡♡
"Awak nak ajak saya keluar sebenarnya untuk apa?"soal aku kepada Jungkook yang berada di sebelah.
Lelaki itu tersandar pada kerusi kereta sambil memandang ke hadapan. Melihat keindahan alam semulajadi. Laut. Ombak.
"Aku stress"
"Kenapa?"
"Nothing. Pasal kerja"
Kepala aku angguk tanda mengerti. Pintu kereta aku buka dan baru sahaja kaki mahu cecah ke jalan, Jungkook menahan.
"Kau nak pergi mana?" Berkerut dahi lelaki itu memandang aku. Aku?
Tersenyum manis dan terus berlari ke arah pokok kelapa. Sandal yang tersarung aku letak di bawah pokok sementara aku berjalan di pesisiran pantai.
"Rhea!"
Aku berhenti dan melihat Jungkook yang sedang berjalan ke arah aku. Idea nakal mula menyerap masuk ke dalam otak.
"Ya!" Aku berlari tetapi bukan ke arah Jungkook tetapi berlari ke hadapan supaya lelaki itu mengejar.
"Kau ingat ni drama!?"
Larian aku terhenti. Aku bertindak berpusing dan aku menyeringai sakit. Dahi aku usap.
"Cepatnya awak lari!" Sakit. Terlanggar dada bidang Jungkook sangat menguji iman aku.
"See the leg lah"
Aku menunduk memandang kaki lelaki itu. Not bad. Aku kembali memandang wajah kacak itu. Mahu sahaja aku peluk tetapi aku sedar dimana kedudukan aku.
"Seumur hidup aku.."
Aku berundur apabila Jungkook merapatkan kedudukan aku dan dia.
"Tak pernah aku jumpa perempuan macam kau"
"ARGH! Jungkook!!"
Aku silap kerana tidak melarikan diri. Tidak semena-mena tubuh aku dicempung oleh lelaki itu.
Jantung usah di kata. Sangat tidak membantu. Sering berdegup kuat membuatkan aku gementar tetapi bahagia.
YOU ARE READING
[On-going] Done For Me || Jeon Jungkook
RomanceBagi dia, aku penipu. Bagi dia, aku sengaja mahu merosakkan hidupnya. "Then, what!? Apa yang kau dah buat!!?"- Jeon Jungkook "Saya minta maaf, Jungkook. Saya mungkir janji"- Jung Rhea Semuanya kerana janji kami. Janji yang tidak dapat aku tepati se...