BAB 33

1.8K 78 11
                                    


I got the best feeling in the world when you say hi to me or even smile at me.

⛅⛅⛅

ADEERA menyangkut hanger bajunya di ampaian yang tersedia. Tu kalau Tengku Zafril tahu, sudah tentu mengamuk. Sejak-sejak Adeera mengandung, Tengku Zafril tidak mengizinkan sikit pun untuk Adeera menyelesaikan tugas harian. Namun siapa tidak kenal Adeera, makin dilarang makin dibuat.

"Hai cik adik! Siapa nama?" tegur seorang lelaki dari rumah sebelah, kepalanya diletakkan di atas tembok pemisah rumah mereka.

"Tch, bini orang" bakul baju diangkat, jirannya itu langsung tidak dipandang. Pagi-pagi buta dah nak usha bini orang, kau tak tahu ke suami aku tengku? Kena daulat kau nanti baru tahu.

"Let me guess, Mawar Adeera Dato' Ismail?" ujar lelaki itu lagi, Adeera yang mahu masuk ke dalam rumah itu terus menoleh.

"Daus!!!" jerit Adeera, teruja memandang Firdaus di tembok itu. Bakul bajunya dicampak, laju dia berlari ke arah sepupunya itu semula.

"Ye saya?" jawab Firdaus, dia tinggal di rumah rakannya dahulu sebelum dia pulang ke Maldives. Tidak dia sangka, rumah rakannya bersebelahan dengan rumah Tengku Zafril dan Adeera.

"Weh kau buat apa kat sini weh?!" soal Adeera, Firdaus tergelak.

"Rileks lah, kau ni gelabah nau! Ni rumah kawan aku lah, aku duduk sini dulu sebelum balik sana"

"Lah ahahah! Dah lama ke kau duduk sini?"

"Eh tak lah, baru semalam. Aku ada cakap dekat maklong dengan paklong yang rumah kawan aku kat taman ni, lepas tu diorang cakap rumah kau dengan Aril pun kat sini. Aku fikir nanti aku nak chat kau lah singgah rumah, sekali sebelah je. Aku dah nampak kau dah kat balkoni tadi, malas je nak tegur" terang Firdaus panjang lebar, Adeera tergelak.

"Alahai, duduk je lah sini. Kau nak pindah sana balik buat apa?"

"Ada hal sikit lah" jawab Firdaus, Adeera hanya mencebik dan mengangguk faham.

"Weh Dee, jom keluar. Aku bosan lah, kita lepak Starbucks ke. Kau ajak lah member kau sekali, siapa tu Qila ea ha" Firdaus memberi cadangan, Adeera mengangguk setuju.

"Boleh ar, aku pun bosan ni! Aku tanya Aril sekejap, kau pergi siap dulu ar" arah Adeera, bakul baju diambil semula.

"Ha ok ok, kau jangan siap lama sangat"

"Ye!" jawab Adeera, Firdaus tersenyum. Adeera masuk ke dalam rumah, telefon pintarnya dicapai. Nombor telefon Tengku Zafril didail, panggilan disambungkan.

"Hello assalamualaikum biy" ujar Adeera terlebih dahulu, Tengku Zafril di pejabat juga tersenyum sendiri sebaik saja suara Adeera, sejuk je hati dengar.

"Walaikumsalam sayang, ada apa call biy ni yang?"

"Urm biy, saya nak mintak izin keluar dengan Firdaus boleh tak?" soal Adeera, bibir digigit. Risau kalau Tengku Zafril tak izinkan walaupun bersama Aqila.

"Dee, you know my answer" jawab Tengku Zafril, terkejut dia mendengar permintaan Adeera. Nak beri Adeera keluar berdua dengan Firdaus? Lambet lagi, entah apa yang orang bakal umpat tentangnya.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now