HOL28: Truth

1.4K 124 21
                                    

Asyraf's POV

Matahari dah pergi, bulan dah berganti, tapi alang tak balik-balik lagi.

Mana alang ni, buat orang risau jelah.

Mesti dia murung dengan kes petang tadi. Haih, nampaknya aku terpaksalah jadi hero dekat episode kali ni.

Satu contact ditekan lalu video berdurasi 6 minit dan 14 saat dihantar. Nasib baik line maxis boleh tahan laju. Hehehe.

Flashback

Aku yang berada di dalam kereta vellfire bewarna hitam merenung ke luar tingkap sambil menjilat ais krim vanilla yang baru dibeli dekat pakcik aiskrim depan sekolah rendah.

Entah macam mana tiba-tiba aiskrim tu boleh jatuh tepat-tepat atas seluar aku.

"Omakau!"  Aku menjerit bila aiskrim tadi jatuh. Membazir je seringgit aku!

"Ya Allah, Asyraf! Terkejut Pak Mad!" Ish Pak Mad ni, dia pulak yang terkejut.

"Pak Mad, ada tisu tak dekat depan?" aku menghulurkan tangan aku. Pak Mad yang tengah sibuk memandu, mencari tisu di celah-celah, tapi malangnya tak ada.

"Habistu, nak buat macam mana ni? Takkanlah nak jilat. Dah la dekat bahagian tuew eee eee eee"  aku membebel sendirian. Yela, Pak Mad bukannya nak dengar bebelan berilmiah aku ni.

Semasa lalu dekat depan park, aku ternampak alang yang tengah berseorangan.

"Pak Mad! Berhenti!" Pak Mad betul-betul berhenti mengejut. Hampir aku jatuh tergolek.

"Aduh, kenapa dengan kamu ni Asyraf?"

"Asyraf nampak alang dekat park tu. Asyraf nak mintak tisu dekat alang jap. Tunggu eh, jangan tinggalkan Asyraf pulak. Asyraf tak ingat jalan balik" aku berpesan sebelum keluar daripada kereta.

Sejujurnya Pak Mad pernah tinggalkan aku dekat Fem mi li Mart. Barang yang dibeli dah lah banyak, macam stok untuk setahun pun ada. Keluar je, tengok-tengok Pak Mad dah hilang.

Sampai malam aku bercangkung dekat situ, tapi tak ada siapa pun datang amik aku.

Last-last, ada sorang makcik ni tanya

"Adik ni sesat ke?"

Terima kasih makcik, andalah penyelamat saya.

Dengan perlahan-lahan aku menghampiri alang. Yelah, aku nak buat sesuripris!

Satu langkah

Dua langkah

Tiga langkah

"Qeen" terus aku berhenti bila tiba-tiba ada seorang perempuan yang rambutnya berkarat muncul di belakang alang.

Siapa tu?

Scandal alang ke? Tak boleh jadi ni. Kalau scandal pun biarlah molek sikit.

Aku membongkok lalu bersembunyi di belakang kerusi berdekatan.

Phone Oppo aku dikeluarkan daripada poket. Ehem, aku bukan Apple lover eh. Aku orange lover. Eh, stoplah merepek.

Aku terus bukak kamera dan rakam perbualan mereka.



Hehehe, so, itulah ceritanya.

Bukan niat Asyraf untuk berbuat sebegini, tapi Asyraf terpaksa jadi hero untuk kebaikan alang jugak, huh.

Rasa bangga pulak tiba-tiba.



Dhir's POV

Aku menghempaskan badan aku di katil.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now