HOL16: Music camp

1.5K 127 5
                                    

Hadhir's POV

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu hari untuk kitorang sertai Music camp.

"Nanti elok-elok, barang-barang tu jaga, dengar arahan ketua, kalau ada masalah bagitau orang" umi memberi nasihat sebelum aku pergi.

Harini umi yang hantar aku pergi sekolah memandangkan barang yang nak dibawak boleh tahan banyak. Pukul 5 pagi aku dah tercegat depan sekolah.

Aku terus bergerak ke bus stop untuk sertai pelajar yang lain.

Fathiah, Nurin, Roy dan Ari senior Spectra semua dah sampai. Begitu juga dengan Rantipole, Mond, Syasya, Norman dengan Rayyan dah ada. Yang tak adanya Qeen. Mana dia ni tak smpai lagi. Selalunya on time.

Tak lama kemudian, muncullah sebuah kereta yang sangatlah dikenali.

Dia keluar daripada kereta dengan berkaca mata hitam, angin yang tadi macam ada, macam takde pulak tiba-tiba meniup dengan kuat, semua tumpuan beralih kepada dia. Eh wait, hang ingat ni drama Hollywood ke.

Dia mengeluarkan bagasi daripada bonet kereta lalu menuju ke arah tempat kami berkumpul.

"Morning" dia mengucapkan sebelum mengambil tempat duduk di sebelah aku. Makin acah dia ni mentang-mentang tangan dah tak berbalut.

"Morning"

Masing-masing hanya khusyuk main phone sementara menunggu kehadiran bas. Habis bateri padan muka.

"Mond! Nanti dalam bas kita tengok drama sama-sama eh, lepastu kita makan jajan!" kata Syasya dengan teruja.

"Erm, sorry Syasya. Aku nak tidur je nanti dalam bas. Sorry eh" Mond tersenyum nipis. Tengok dia pun dah tau yang dia jenis nak tidur je. Eh, ter-judge pulak, sorry.

"Kau nak tidur nanti dalam bas? Ngam, aku pun. Kau duduk dengan aku" Rayyan bersuara.

"Ha? Habistu? Siapa nak duduk dengan saya?" tanya Syasya yang dah mula muram.

"Sorry Syasya, saya duduk dengan Dhir" balas Norman disebelah aku. Syasya mencebikkan bibirnya.

"Qeen?" Syasya bertanya.

"Haha, yelah. Aku duduk dengan kau nanti" Qeen mengangguk sambil tersenyum manakala Syasya bersorak kegembiraan sebab ada teman nanti.

"Nanti kita makan snek banyak-banyak" sambung Qeen.

Qeen? Duduk dengan Syasya? Huh.

Selepas 45 minit menunggu, bas pun sampai. Janji pukul berapa, sampai pukul berapa. Dasar bas melayu!

Masuk je dalam bas tu, dah ada ramai pelajar dari sekolah lain. Yelah, takkan la kitorang 10 orang je pelajar dalam satu bas tu. Aku dan Norman mencari tempat kosong dan duduk di barisan tengah. Rayyan dengan Mond belakang kitorang. Qeen dengan Syasya pulak duduk dekat barisan kiri dan selang dua seat daripada seat kitorang.

Aku cuba menoleh untuk tengok Qeen. Aku perasan dia pun tengah tengok aku rupanya. Perlahan-lahan aku menoleh kembali ke hadapan.

Sepanjang perjalanan, Norman asyik main game. Masa lalu dekat hutan, takde signal, terus dia lag. Padan muka kau kalah. Aku kat sebelah kau taknak layan.

Sekali-sekala aku menoleh ke belakang dan tengok Qeen dengan Syasya. Bahagia nampak, ketawa-ketawa. Macam berkelah ye, siap ada sandwich. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa meluat tengok dorang berdua.

Aku terus sumbatkan earphone ke dalam telinga aku dan mainkan lagu Wheels On The Bus oleh Melanie Martinez. Aku cuba memejamkan mata, tapi tak boleh. Fikiran aku asyik melayang ke Qeen dengan Syasya je. Serabut la!

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now