HOL20: sleep

1.7K 128 7
                                    

Qeen's POV

Malam ni, aku dan Dhir sertai pelajar yang lain untuk aktiviti malam kebudayaan. Kaki Dhir dah makin ok, demam aku pun dah makin surut. Jangan risau, aku ni bila demam, sekejap je. Makan ubat, rehat, sihat.

Lagipun, untuk malam kebudayaan ni semua kena buat persembahan mengikut sekolah masing-masing. Dah penat berlatih, lepastu tak join? Membazir jelah.

"Dhir! Qeen! Sini" Norman memanggil kami dari tempat duduk yang dah ditetapkan.

Aku dan Dhir mengambil tempat duduk disebelah Norman.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.." abang Udin memulakan ucapan di atas pentas. Maka, bermulalah aktiviti malam kebudayaan yang ditunggu-tunggu.

Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari berbilang sekolah. Ada yang menari, menyanyi, main instrument, yang berlakon sambil menyanyi pun ada.

Kami menonton persembahan kumpulan Spectra yang memang aku kagumi sejak dulu. Walaupun dorang semua sebaya aku, tapi aku tetap hormat dan pandang tinggi terhadap dorang.

"Wooo!!" kami menjerit dan berikan tepukan gemuruh selepas kumpulan Spectra selesai membuat persembahan.

Akhirnya, tiba masa untuk Rantipole pula membuat persembahan. Kalini aku dan Dhir main gitar sambil duduk. Nanti karang aku pitam susah pulak.

"1..2..3..4" aku membuat kiraan.

"What you do to me is indescribable
Got me sparkling just like an emerald
Set my soul on fire and make me wild like the deep blue see"

Norman menyanyikan lagu Queen of disaster oleh Lana Del Rey dengan merdu sekali.


"Got me spining like a ballerina
Feeling gangster everytime i see ya
You're the queen and baby i'm the king of
Disaster, disaster"

Walaupun lyrics dia ditukar atas dasar gender, ok jela. Tetap best.

Untuk persembahan yang kedua, kami memainkan lagu Jampi oleh Hael Husaini. Memang mantul gila lah vocal Norman kalini.

"Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hatiku kembali
Ternyata, hanya kau harus aku cintai"

Kami diberikan tepukan gemuruh selepas persembahan tamat. Ahli band Rantipole terus duduk di tempat masing-masing.

Aku ternampak Roy mencuit bahu Norman yang sedang duduk di sebelah Dhir. Norman berpaling untuk mencari gerangan orang yang mencuit bahunya tadi.

"Mantap ah suara kau" puji Roy.

"Eh, terima kasih" Norman mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.

Selepas tamat aktiviti malam kebudayaan, kami semua pulang ke bilik masing-masing.

Tak sia-sia aku join malam kebudayaan tu. Best!

Sampai sahaja di bilik, aku menukar baju kepada baju yang lebih selesa untuk dibuat tidur.

Aku memandang ke arah Dhir yang nampak muram.

Hater Or Lover?Where stories live. Discover now