- - -
SOMEONE POV
Aku mengunyah chewing gum di dalam mulut dengan selambanya. Sesekali langit yang gelap di atas aku pandang buat seketika sebelum pandangan aku jatuh semula ke arah rumah kecil dan buruk yang berada di hadapan aku ketika ini.
Ianya rumah si coconut head tu. Jungkook lah siapa lagi. Dia ada mesej aku tadi ajak nak jumpa so aku on jelah. Lagipun aku bukannya nak cari masalah ke apa ke dengan dia malam malam macam ni. Elok jugak aku dapat hirup udara segar dalam waktu macam ni.
Aku angkat tangan dan pandang jam yang dililit di pergelangan tangan kiriku ini. Dah hampir 15 minit aku tunggu budak ni , batang hidung dia pun tak nampak nampak dah kenapa siot. Ke dia scam aku ni ? Saje nak prank aku ke apa coconut tu.
Sedang aku menunggu lama di hadapan rumahnya tiba tiba seorang lelaki dengan tshirt berwarna hitam tersarung di tubuhnya menghampiri aku sambil tak lepas memandang wajah aku. Siapa lagi kalau bukan si coconut head ni.
"Woi , kau tahu tak lama aku tunggu kau ni. Kau pergi mana ?" aku menyoalnya kasar. Pandangan menjengkelkan aku berikan kepada dia.
Dia hanya diam. Tidak langsung menjawab apa apa kepada aku. Macam biasa lah , budak lembap dan bodoh macam dia ni tahu kunci mulut je. Ada emas gamaknya dalam mulut dia tu sampai tak boleh langsung nak buka mulut dan bersuara dekat aku ni ha.
Aku menggulingkan mata ke atas. Rasa menyampah lah pulak bila dia palau aku macam ni. Nasib mood aku malam ni baik sikit takde lah barai sangat. Kalau tak , memang aku sumbat coconut ni dalam lubang jamban lepastu flush. Serabut je muka dia ni.
"Kau nak buat apa ajak aku datang rumah kau ni ?" aku soal malas.
"Ka-kalau ye pun.... Ma-masuklah dulu..." tergagap gagap coconut head ni berkata kata kepada aku membuatkan aku tergelak. Bodoh tak sudah.
"Kau fikir aku ada selera ke nak masuk rumah kau yang kotor dan busuk tu ? Kau fikir aku ni apa ? Adik kau ? Eh tolonglah , aku lebih rela bercakap dengan kau dekat luar ni dari masuk dekat dalam tu." Aku berkata angkuh.
Jungkook terdiam buat seketika. Pandangannya diturunkan ke bawah memandang ke tanah. Mungkin dia terasa dengan apa yang aku baru sahaja cakap dekat dia tadi. Ala , aku main main sikit pun nak terasa. Bitter gila coconut ni siot.
"Fine , aku masuk. Kau tak payah nak buat muka mintak penyepak tu. Ada yang aku bagi sebijik malam ni karang."
Dengan selambanya , aku terus buka pagar rumahnya dan melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya. Rumahnya memang kelihatan kecil dan buruk yang membuatkan aku rasa takde selera nak jejak ke dalam rumah dia tu.
Aku dengan geng aku yang lain semuanya dari keluarga yang kaya raya. Jadi rumah kecil dan buruk si coconut ni memang bukan level kitorang berenam. Memang patut pun kitorang semua buli dia. Tunggu dia plan nak bunuh diri je ni bila tertekan.
"Adik kau mana ? Nak jugak aku usha budak tu jap sebelum aku tidur malam ni. Mana tahu dapat sweet dream ke." Aku ketawa kecil.
Aku menolak daun pintu rumah Jungkook perlahan. Masuk sahaja ke dalam rumah budak lembap tu , suasana gelap gelita dan sunyi sepi menyambut kedatangan aku di dalam rumah ini. Aku mengerutkan dahi memandang sekeliling. Dah kenapa pulak ni ?
"Tapi aku tak tahu.... Kau sempat tidur ke tak malam ni. Nampaknya macam tak ?" suara garau yang kedengaran cukup menggerunkan dari belakang serta merta membuatkan bulu roma aku berdiri tegak.
Serentak itu kedengaran kuat pintu rumah ini ditutup kuat membuatkan bahu aku terhinjut laju. Dan kini aku berdiri betul betul di dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Jantung aku tak henti henti berdegup laju. Takut dan gentar.
Entah apa yang sedang berlaku sekarang ni aku sendiri tidak tahu. Sehinggakan aku tak mampu lagi ingin bersuara. Mulut aku terasa bagaikan dikunci begitu juga dengan tubuh badan aku. Seluruh anggota badan aku serta merta kaku.
"Ju-Jungkook...." Suara aku mula kedengaran berketar ketar.
Dapat aku rasakan ada satu tangan menyentuh bahu aku perlahan. Jantung aku terasa bagaikan berhenti berdegup buat seketika tatkala aku merasakan hembusan panas betul betul di belakang leher aku. Aku ketap gigi erat.
"Nampaknya malam ni kau akan tidur buat selama-lamanya , selamat malam...." Suara sinisnya kedengaran betul betul di telinga aku.
Sebelum aku rebah di atas lantai , aku dapat rasakan kepala aku dihentak dengan suatu alat yang keras. Seperti sesuatu yang diperbuat daripada besi kerana rasanya begitu sakit dan kuat sekali tatkala diketuk di kepala aku.
"Argh !" aku menjerit sakit dan memejam mata aku rapat serentak tatkala merasakan kesakitan di kepala aku.
Serentak itu aku jatuh rebah di atas lantai rumah Jungkook. Kedua dua belah tangan aku menyentuh belakang kepala aku erat. Rasa sakit dan pedih di kepala aku rasa seperti berdenyut denyut kuat.
Seluruh anggota badan aku serta merta kaku tatkala telinga aku menangkap bunyi yang sangat aku kenal. Dan bunyi itulah yang aku selalu dengar daripada mana mana filem horror yang aku selalu tonton di rumah aku.
Pisau.
Dan selepas itu , semuanya menjadi gelap gelita. Cecair merah pekat yang mengalir daripada tubuh badan aku terasa begitu laju sekali. Mata aku terbeliak luas memandang kegelapan yang berada di hadapan aku.
Tubuh aku dicucuk berkali kali dengan pisau itu. Dan apa yang aku dapat dengar di saat saat nafas terakhir aku menghembuskan nafas terakhir itu hanyalah suara garau Jungkook yang menyanyikan aku lagu Twinkle Twinkle Little Star.
"Twinkle twinkle little star. I wanna hit you with my car. Throw you off a tree so high. How you break your neck and die ~ "
Untuk membenarkan aku tidur buat selama-lamanya.
H
I
M
BY
-A
H
N
E
U
L
[ C O M I N G S O O N ]
original story by -ahneul
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑯𝑰𝑴 + taekook
Misterio / Suspenso𝗧𝘄𝗶𝗻𝗸𝗹𝗲 𝘁𝘄𝗶𝗻𝗸𝗹𝗲 𝗹𝗶𝘁𝘁𝗹𝗲 𝘀𝘁𝗮𝗿 , 𝗜 𝘄𝗮𝗻𝗻𝗮 𝗵𝗶𝘁 𝘆𝗼𝘂 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗰𝗮𝗿 , 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘄 𝘆𝗼𝘂 𝗼𝗳𝗳 𝗮 𝘁𝗿𝗲𝗲 𝘀𝗼 𝗵𝗶𝗴𝗵 , 𝗛𝗼𝘄 𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗻𝗲𝗰𝗸 𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗶𝗲 . "𝘬𝘢𝘶 𝘺𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘵�...