- - -
"Coconut head !!"
Langkah aku serta merta terhenti tatkala telinga aku menangkap suara yang sangat tidak asing di telinga aku. Siapa je tak kenal suara garau dan dalam milik lelaki itu. Siapa lagi kalau suara itu bukan milik lelaki itu , Kim Taehyung.
Aku perlahan lahan memusingkan badan ke belakang dan memandang tepat ke arah mereka. Siapa lagi kalau bukan kumpulan pembuli yang suka membuli aku. Ada enam orang semuanya. Dan mereka semua dari kelas aku.
"Kau nak pergi mana , hm ?" Jimin menyoal sinis.
Mereka semua serentak menghampiri aku membuatkan aku terus menundukkan pandangan dan berundur ke belakang buat beberapa langkah. Takut. Itu yang aku rasakan ketika ini. Takut dipukul dan dibelasah dengan mereka lagi.
"Bukan kau janji nak lepak sama sama dengan kitorang ke ha conut ?" Jimin menghampiri aku dan memandang wajah aku sinis.
Kepala aku masih setia ditundukkan ke bawah hanya memandang kasut sekolah yang aku tersarung di kakiku. Tak berani langsung nak bertentang mata dengan mereka semua apatah lagi membalas teguran mereka semua. Mati hidup balik agaknya baru aku boleh seberani macam tu.
"Hey conut , aku tanya kau ni kau jawab lah bodoh." Jimin memberikan pandangan tajam kepada aku. Tangannya laju menampar pipiku kuat.
Aku ketap bibir rapat. Walaupun dia dah buat macam macam dekat aku. Aku masih tiada keberanian pun untuk membalas balik dekat dia.
Walaupun hakikatnya dia lebih rendah dari aku , tapi aku masih gentar dan takut dengannya. Siapa sahaja yang tak takut dengan orang yang buli dia sendiri.
Enam orang semuanya. Terdiri daripada Park Jimin , Kim Taehyung , Jung Hoseok , Min Yoongi , Kim Namjoon dan Kim Seokjin.
Keenam enam mereka dah buli aku sejak akhir tahun lepas lagi. Bukan sahaja di dalam sekolah aku dibuli malahan di luar sekolah juga. Sebab itu aku takut sangat sangat.
Jimin tersenyum sinis. Dia menarik tubuh aku perlahan dan mula merangkul leherku laju membuatkan jarak antara aku dan dia semakin dekat. Perlahan lahan aku menoleh untuk memandang wajahnya. Dia hanya memberikan aku pandangan sinis sahaja.
Dan aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati.
"Hey Jeon Jungkook , kau tak bagitahu aku pun yang kau ada adik perempuan yang lawa."
Aku tersentak. Terasa bagaikan seluruh anggota badan aku kaku buat seketika tatkala kata kata sinis Jimin menerjah masuk ke dalam gegendang telinga aku. Bibir aku sudah mula bergetar.
Aku pandang wajah Jimin yang tak henti henti tersenyum sinis kepada aku itu. Dapat aku rasakan mereka semua ingin melakukan sesuatu yang di luar jangkaan aku. Walaupun perkara ini sudah pun jelas di hadapan aku , tapi aku tetap tak mahu terima hakikat.
Mereka takkan lakukan apa yang aku fikirkan sekarang ni bukan ?
"Siapa nama dia ? Jeon... Sunmi kan ?" Jimin ketawa kecil.
Aku mengetap gigi erat membuatkan rahang aku mula mengeras. Aku takkan sesekali benarkan mereka semua untuk sentuh adik perempuan aku yang hanya merupakan middle school student. Lagi lagi lelaki di hadapan aku ini. Park Jimin. Kaki perempuan yang sangat terkenal dengan aura playboynya.
Perempuan tu dianggap baju sepertinya. Lepas pakai dia buka , lepas pakai dia buka. Hanya bercinta dengan perempuan hanya disebabkan rupa paras dan bentuk badan perempuan tu yang lawa.
Lepas dia dah dapat apa yang dia nak daripada perempuan tu , dia akan tinggalkan perempuan tu macam sisa makanan yang dibuang ke dalam tong sampah.
"Kau jangan...." aku ketap bibir rapat. Dia tersenyum sinis melihat aku yang kelihatan marah dengannya ini.
"Kenapa ? Kau takut aku akan apa apakan adik perempuan kau ke , hm ? Kalau kau nak tahu aku memang ada niat pun hehehe."
Mata aku membulat. Refleks , aku menolak tubuhnya kuat membuatkan dia terundur beberapa langkah ke belakang daripada aku. Dada aku berombak naik dan turun dengan laju. Deruan nafas aku kedengaran begitu berat sekali. Tipulah kalau aku cakap aku tak marah.
Melihatkan sahaja reaksi aku kepadnya itu , Jimin ketawa kuat. Bukan sahaja dia , malahan kelima lima kawannya yang lain juga. Mungkin mereka rasa melihat aku dalam keadaan begini nampak lucu.
"Kau nampak comel marah marah macam tu lah , conut." Jimin ketawa kecil. "Nak join kitorang pergi melawat adik kau dekat sekolah dia ?" tambahnya lagi. Mata aku membulat.
Sebelah tangan aku sudah pun menggenggam tangan aku erat sehingga membentuk penumbuk. Bila bila masa sahaja aku boleh lepaskan tumbukan kuat di wajahnya. Tu pun kalau aku berani lah. Tapi aku tahu aku takkan dapat....
Kerana aku hanyalah Jeon Jungkook. Si lembap coconut head.
H
I
M
BY
-A
H
N
E
U
L
[ C O M I N G S O O N ]
original story -ahneul
YOU ARE READING
[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑯𝑰𝑴 + taekook
Gizem / Gerilim𝗧𝘄𝗶𝗻𝗸𝗹𝗲 𝘁𝘄𝗶𝗻𝗸𝗹𝗲 𝗹𝗶𝘁𝘁𝗹𝗲 𝘀𝘁𝗮𝗿 , 𝗜 𝘄𝗮𝗻𝗻𝗮 𝗵𝗶𝘁 𝘆𝗼𝘂 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗰𝗮𝗿 , 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘄 𝘆𝗼𝘂 𝗼𝗳𝗳 𝗮 𝘁𝗿𝗲𝗲 𝘀𝗼 𝗵𝗶𝗴𝗵 , 𝗛𝗼𝘄 𝘆𝗼𝘂 𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸 𝘆𝗼𝘂𝗿 𝗻𝗲𝗰𝗸 𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗶𝗲 . "𝘬𝘢𝘶 𝘺𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘬𝘢𝘶 𝘵�...