BAB 23

1.4K 117 38
                                    

Terkocoh-kocoh Alisa dan Aisyah berlari ke rumah sewa. Pintu pagar dikunci dengan menggunakan mangga sambil kepala menoleh ke kiri dan kanan memandang jika ada kelibat yang mengikuti mereka. Lantas kaki melangkah masuk ke dalam rumah sewa dan Aisyah terus mengunci pintu utama. Alisa berlalu ke ruang dapur untuk mengambil air manakala dia pula melepaskan lelah di atas sofa.

"Nak air?" Alisa menghulurkan segelas air suam kepadanya.

"Terima kasih." Aisyah menyambut gelas air yang dihulur. Air itu diteguk perlahan. Lega rasanya.

"Cuba kau cerita kat aku apa yang dah jadi sebenarnya? Siapa diorang tu? Kenapa sampai nak bunuh? Kau ada pinjam dengan ah long ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya.

"Kau tengok muka aku ni macam sengkek sangat ke sampai nak bahayakan diri meminjam dengan diorang?" tanya Aisyah tidak berpuas hati.

"Tak delah. Kalau bukan ah long habis siapa? Kau ada bermusuh dengan siapa-siapa ke?" Tanya Alisa lagi.

Aisyah menghela nafas perlahan. Hanya ibu dan Syafiq sahaja yang mengetahui siapa dirinya. Pada Tengku Aminah pula, dia cuma mengkhabarkan bahawa dia hanya seorang insan pendosa yang ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

Liur diteguk perlahan. Nafas disedut dan dihembus sekali lagi sebelum menceritakan perkara yang sebenar.

"Alisa, aku tak salahkan kau kalau kau tak nak kawan dengan aku lagi dah lepas ni. Kalau kau nak aku keluar dari rumah ni pun aku sanggup tapi tolong bagi aku masa untuk cari rumah sewa lain." Mukadimah dimulakan terlebih dahulu. Bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan

"Wait, wait...Apa yang kau cuba sampaikan ni? Aku tak faham," soal Alisa sambil mengerutkan kening.

"Kesalahan apa yang kau buat sampai kau ingat yang aku akan suruh kau pindah rumah? Takkan lah kau pernah bunuh orang pulak? Muka baik macam ni kalau cakap pembunuh mana lah ada orang yang percaya," luah Alisa secara tak sengaja.

Dia nampak perubahan pada raut wajah Aisyah. Seperti sedang menanggung beban yang sangat besar.

"Ak...aku pembunuh," ujar Aisyah.

Bicara Aisyah itu ternyata membuatkan Alisa terdiam sendiri.

"Kau apa?" soal Alisa tidak percaya.

Dia menekup mulutnya. Mulut aku masin sangat ke?

"Aku pembunuh. Aku jahat. Ak...aku tak layak pun nak berkaw..." Kata-katanya terhenti sebaik sahaja tubuhnya berada dalam dakapan Alisa.

"Shhh, kalau kau dah bersedia, kau bagitau aku apa yang dah jadi. Stop judge yourself. Aku pun tak baik tapi aku berharap aku boleh ada dengan kau pada waktu susah dan senang kau," pintas Alisa laju.

Tangannya naik mengusap perlahan belakang badan Aisyah. Tidak lama kemudian, dia terdengar ada esakan halus.

"Ya Allah, aku rindukan Dian. Sungguh aku rindukan dia," rintih Aisyah. Kalau dulu waktu mereka berkawan rapat, dia selalu memeluk Dian jika gadis itu berdepan dengan masalah keluarga. Walaupun dia hanyalah seorang pendengar, tapi itulah yang membuatkan persahabatan mereka menjadi semakin akrab.

Sampai ke saat ini, dia tidak tahu di mana tempat Dian dikebumikan. Hanya doa yang dipanjatkan. Semoga sahabatnya itu ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman.



"Weh, dah sejam kita tunggu kat sini. Takkan lah diorang tak habis makan lagi? Datang makan ke masak makanan?" Ihsan menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Kau sabar boleh tak? Aku pun penat jugak." Haidar merenggus geram. Macamlah dia je yang menunggu dari tadi.

"Dah aku nak keluar. Nak pergi tengok ada ke tak lagi perempuan tu. Entah-entah dah berambus pun," putus Ihsan.

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang