Syafiq dan Alisa bergegas masuk ke dalam lobi hospital. Wad yang menempatkan Aisyah dituju. Baru tadi, mereka mendapat panggilan telefon daripada Rayyan bahawa Aisyah dah sedar. Betapa gembiranya rasa hati apabila berita gembira itu sampai ke pengetahuan mereka.
"Apasal kau kat luar?" Alisa menyoal pelik Rayyan yang sedang menunggu di kerusi yang disediakan di luar wad.
"Eh dah sampai? Pergilah masuk. Mama aku dengan mak Aisyah ada kat dalam," ujarnya sambil mempelawa mereka masuk.
"Kau okey tak?" Tanya Syafiq prihatin. Nampak macam Rayyan tengah dilanda masalah besar.
"Aku okey. Pergilah jenguk dia. Nanti aku masuk," jawabnya menyembunyikan rasa di hati. Macam mana agaknya reaksi Aisyah nanti? Agak-agak apa jawapan dia? Yes? Ke no? Aduh, rumitlah. Rambut yang tadinya kemas sudah nampak sedikit serabut.
Aisyah ralit melayan Adib yang bersandar di dadanya yang sedang bermain dengan patung dinasour yang tak bernyawa itu. Sesekali dia tersenyum. Rindunya dengan Adib. Bibirnya mengucup ubun-ubun Adib.
"Adib, jom ikut tok ma dengan nenek balik. Kita bagi ummi rehat dulu. Nanti kita datang lagi," pujuk Tengku Aminah.
Adib pantas menggeleng laju.
"Tak nak. Nanti ummi tidur lagi. Lama pulak tu. Nanti Adib rindu," luah Adib. Bibirnya sudah memuncung. Aisyah tergelak kecil. Adib, Adib, kenapa lah comel sangat.
"Aisyah, saya balik dulu lah. Kak nak temankan Aisyah ke?" Tanya Tengku Aminah pada Mak Temah.
"Haah. Kamu baliklah dulu." Balas Mak Temah.
"Iyalah." Tengku Aminah bersalam dengan Mak Temah dan Aisyah. Pintu dibuka dari luar dan wajah Syafiq dan Alisa menyapa mereka.
"Kau dah sedar?" Jerit Alisa teruja dan memeluk erat sahabatnya itu sampai lemas Aisyah dibuatnya.
"Aku tak boleh bernafas," gurau Aisyah sambil menepis lembut tangan Alisa yang memeluknya dengan erat.
"Eh, sorry sorry. Hehe." Alisa sudah tersengih seperti kerang busuk. Alisa melepaskan pelukan.
"Hai, Aisyah. Kau okey? Ada sakit kat mana-mana tak?" Soal Syafiq bertubi-tubi. Punyalah risau dengan Aisyah.
Aisyah menghamburkan gelak. "Aku gurau je lah. Korang nak tahu tak? Aku sayang kat korang. Thank you sebab jadi kawan aku. Selalu ada dengan aku," puji Aisyah kepada mereka berdua sambil memeluk badan Alisa yang sedang berdiri. Nak peluk Syafiq tak boleh. Haram.
Bunyi gelak tawa yang bergema dari dalam wad yang dihuni Aisyah membuatkan Rayyan tersenyum lega. Dia berharap bahagia akan menjadi milik gadis itu suatu hari nanti.
Haidar memandang Aisyah yang sedang nyenyak tidur dari luar bilik. Hari ini, bermulalah tugasnya untuk menjaga dan melindungi gadis itu. Tengkuknya dahaga inginkan minuman sejuk. Lantas kaki berjalan ingin mencari vending machine. Kalau tak salah di tingkat bawah ada tadi.
Alisa dari jauh khusyuk memerhatikan seseorang yang sedang berpakaian hoodie hitam dan seluar jeans dari jauh. Disebabkan hari ini tadika cuti, bolehlah dia melawat Aisyah. Dan, paling tak disangka ada penjahat yang sedang memerhatikan gadis itu. Telefon ditekan dan aplikasi Whatsapp ditekan. Dia menaip sesuatu di ruangan mesej.
Penjahat tu ada kat hospital
Dia tengah perhatikan Aisyah
Dia pakai hoodie blue black dengan seluar jeans
Korang kat mana?
Matanya kembali memerhatikan figura itu. Nampak dari jauh macam seorang lelaki sebab nampak macam sado lah jugak. Pembunuh upahan kot.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]
RomanceBeautiful and gorgeous cover by @peanurts😘😘 Aisyah seorang gadis yang baru keluar dari Sekolah Henry Gurney. Dilabel 'budak jahat' merupakan takdir yang perlu dia tempuhi. Tidak cukup dengan itu, dia dihalau oleh ibunya. 'Anak aku dah lama mati...