BAB 18

1.4K 124 25
                                    

''Apa yang dia pesan pada cik?'' tanya seorang lagi anggota polis yang dari tadi setia mencatat setiap butir maklumat yang dikongsikan.

''Dia cakap ada orang cuba nak bunuh saya tapi orang tu tak nak bunuh saya dengan mudah. Dia nak seksa saya dulu,'' luah Aisyah.

''Perompak tu pesan juga jangan percaya pada orang yang muncul dalam hidup saya,'' sambungnya lagi.

Kedua-dua pegawai polis itu mengangguk tanda faham.

''Apa yang boleh saya simpulkan daripada kes ni ialah diorang ni bukannya perompak tapi penculik. Motif mereka pecah masuk rumah tu cuma nak dapatkan awak, Cik Aisyah. Kalau cik tak keberatan boleh bagitau saya siapa yang awak syak sebagai suspek kes ni? Mungkin musuh awak?'' tanya Inspektor Hanif.

Aisyah menggeleng sambil berkata. ''Saya tak ada musuh pun tuan inspektor. Tapi, petang hari sebelum kejadian tu berlaku, saya ada nampak sebuah kereta proton saga warna merah dekat dengan area rumah majikan saya. Kereta tu nampak macam mencurigakan. Saya ingat itu cuma mainan perasaan saya je. Tapi, malam bila kejadian tu berlaku, naluri saya kuat mengatakan yang kereta tu memang tengah mengintip gerak-geri saya,'' tambah Aisyah lagi. Yang lain masih tekun mendengar.

''Awak sempat tak hafal nombor plate kereta tu?''

Aisyah menggeleng perlahan.

''Tuan. Saya ada letakkan CCTV dekat area pagar depan rumah. Mungkin boleh digunakan untuk membantu siasatan kes ni,'' jawab Rayyan setelah lama berdiam diri.

''Kalau macam tu, nanti serahkan pada pihak saya boleh?'' pinta Inspektor Hanif.

''Boleh inspektor,'' jawab Rayyan sambil mengangguk.

''Tapi tuan, bila saya dengar keterangan dari Cik Aisyah tadi mengenai pesanan yang salah seorang lelaki tu tinggalkan, tuan tak rasa pelik ke kenapa lelaki tu tak culik je Cik Aisyah waktu tu sebaliknya dia cuma tinggalkan pesanan?" Mereka menumpukan perhatian kepada Koperal Hakim pula.

''Ermm inspektor...saya tak rasa  penculik tu jahat.'' Aisyah menyatakan pendapatnya.

''Kalau inspektor nak tahu, malam sebelum mereka melarikan diri, lelaki yang berpesan pada saya tu ada mintak saya tendang dia,'' tambah Aisyah lagi.

Okey, itu memang pelik. Takkan si penculik tu sengaja bagi dia peluang untuk lepaskan diri sedangkan gadis yang dia kehendaki itu sudah berada di depan mata?

"Dia suruh cik tendang dia?" soal inspektor polis itu tidak percaya.

Aisyah mengangguk memberikan jawapan.

''Saya cuma boleh nampak dua kemungkinan je kat sini. Satu, lelaki tu memang baik dan dia cuba nak bantu Cik Aisyah. Motif, tak tahu. Kedua, dia memang jahat dan dia buat macam tu sebab nak takutkan Cik Aisyah," terang Inspektor Hanif.

''Lagi satu. Cik sempat tengok tak muka lelaki tu?'' tanya Inspektor Hanif.

Aisyah menggeleng lemah. ''Tapi, saya sempat nampak mata dia yang bewarna biru dan dia ada parut dekat pipi kanan.'' Dia cuba mengingati semula muka lelaki itu.

Nasib baik malam tu dia buka lampu bilik untuk solat tahajjud.Sempatlah dia perhatikan lelaki itu. Lagipun, dia tak suka berada di dalam gelap melainkan sewaktu hendak tidur.

Koperal Hakim masih setia mencatat semua maklumat yang keluar dari mulut Aisyah.

''Saya rasa cukup untuk itu je setakat harini. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan pihak kami. Kami mintak diri dulu,'' ujar Inspektor Hanif.

Usai memberi salam, kedua-dua pegawai polis keluar dari bilik Tengku Aminah dan diiringi oleh Syafiq.

''Inspektor, saya ada benda sikit nak cakap. Mungkin boleh membantu dalam siasatan pihak polis,'' ujar Syafiq.

Kedua-dua polis itu berpandangan sesama sendiri. Waktu itu mereka sedang berdiri agak jauh dari bilik Tengku Aminah.

''Teruskan,'' jawab inspektor itu.

Dan Syafiq pun mula bercerita.


''Tengku dah makan?'' Tanya Aisyah lembut.

''Dah, Aisyah. Tadi dah ada nurse yang bawakkan makanan tengah hari. Kamu dengan Adib dah makan belum?'' soal Tengku Aminah. Gelengan dari Aisyah sebagai jawapan sudah cukup untuk memberitahu bahawa mereka berdua belum makan.

''Ya Allah, bertuah punya budak. Kalau macam tu, kamu pergi la bawak Adib turun makan. Rayyan, kamu pun belum makan lagi kan? Pergi makan sekali dengan diorang. Mama nak rehat kejap,'' usir Tengku Aminah. Dia tahu mereka risau akan kesihatannya tapi alhamdulillah dia sudah semakin sihat sekarang ni. Nanti tak pasal-pasal mereka pula yang sakit.

''Amboi, mama halau nampak?'' perli Rayyan dengan nada mengusik. Rindu betul nak dengar mama membebel macam dulu-dulu. 

Dia bangun berdiri dari posisi duduk dan membetulkan sendi-sendi yang lenguh.

''Banyaklah kamu punya halau. Adib, pergi ajak ummi dengan papa makan," arah Tengku Aminah kepada Adib yang sedang seronok bermain dinasour di sisinya.

''Okey tok ma. Ummi, papa, jom kita pergi makan,'' ajak Adib sambil turun dari katil Tengku Aminah dan menuju ke arah Aisyah.

Aisyah, Adib dan Rayyan beriringan keluar dari bilik Tengku Aminah. Hendak memberi ruang kepada wanita itu untuk berehat sekaligus ingin mengisi perut yang berkeroncong minta diisi.

Rayyan mendukung Adib. Rindu sungguh dia dengan anak lelakinya ini. Boleh tahan berat juga si Adib ni. Yelah dah enam tahun pun. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam Adib lahir. Macam baru semalam dia azankan Adib.

''Papa, kusutnya rambut papa. Meh Adib betulkan.'' Tangan kecil itu mula melakukan tugas.

Rambut Rayyan yang kusut itu dibetulkan sebelum gaya rambut terpacak dipilihnya. Takdelah terpacak sangat pun kalau tengok. Rayyan hanya membiarkan kelakuan Adib.

Aisyah ketawa kecil. Adib memang pandai menghiburkan hati yang walang. Jujur katakan, dia masih lagi teringat akan pesanan dari lelaki pada malam itu. Dan, dia takut untuk menghadapinya nanti.

''Tadaaa, dah siap,'' ujar Adib ceria sekaligus meyentakkan lamunan Aisyah.

Terhambur terus gelak tawa Aisyah. Nurse yang berada di kaunter tidak jauh dari tempat mereka berada masing-masing menjengulkan kepala dan memandang ke arah mereka.

''Amboi, seronok gelak nampak?'' perli Rayyan. Bukan main bersungguh dia gelak.

Termati terus tawa Aisyah. Nanti tak pasal-pasal kena sembur.

Syafiq yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya memerhatikan dengan wajah yang sayu. Hatinya dipagut cemburu. Sungguh dia cemburu. Tapi, dia sedar dia dan Aisyah hanyalah kawan. Dia seolah-olah boleh melihat batas yang cuba dicipta oleh Aisyah di awal pertemuan mereka.

''Aku cuma berharap kau boleh bahagia Aisyah. Walaupun, mungkin kebahagiaan kau bukan dengan aku,'' luah Syafiq kesedihan.

Jika Rayyan boleh membahagiakan Aisyah, dia rela berundur.

#selamat membaca
#hmm siapa dalang yg sebenarnya
🤨
#jgn lupa vote tau😘

Bahagia Buat Aisyah [COMPLETE]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang