Prolog

58 8 9
                                    

Aku berjalan dengan perlahan lahan di taman ini.Kadang kala mata ini akan melihat pengunjung lain yang berada di sini jua.Ada yang bersama dengan pasangan,keluarga dan ada juga yang bersendirian.Dengan kesempatan ini juga ,aku mengambil gambar di sini dengan iPhone 8 yang dihadiahkan oleh umi.

Agak lama berjalan,aku akhirnya membuat keputusan untuk melabuhkan punggung di kerusi kayu yang berhampiran dengan pokok bunga mawar ini.Nasib hari ini aku mengenakan baju kemeja hitam merah dan berseluar jeans panjang serta tudung berwarna nude menjadi pilihan aku.Agak ringkas dan boleh dikatakan seperti gaya lelaki saja.Biarlah aku tak kisah pun asalkan aku selesa dengan pakaian macam ni pun dah cukup.

Aku tahu yang kadang nama aku ni tak sesuai dengan aku yang gayanya lebih casual tak ayu langsung kan?Nak buat macam mana abi dengan umi yang pilihkan nama Saffiya Nasuha.Entahlah aku rasa macam aku ni lelaki tapi tersesat masuk dalam jasad perempuan eh?

Sebenarnya seminggu lebih ni aku suka ke sini if memory yang sebelum ni datang kembali.Em..perit nak diceritakan pun.Hampir separuh memory aku lost.Aku rasa dengan datang sini boleh buatkan aku ingat balik sebab tempat ni cantik tenang rasa macam sebelum ni pun aku pernah ke sini.

"Aduh hujan ka ?Alamak macam mana ni ." Kata aku yang menyedari air hujan mulai turun sedikit demi sedikit.Silap hari bulan basah kuyup aku di sini boleh kena marah dengan umi ni!

Jadinya aku cepat cepat berlari ingin mencari tempat untuk berteduh.Fuh!Nasib menyebelahi aku , terdapat sebuah bas stop yang tak jauh dari taman ni.Dengan pantas aku mempercepatkan langkah ,boleh demam ni kalau lama lama kena hujan!

Dan betul sangkaan aku hujan semakin lebat membasahi bumi .Huh apalah nasib kau Husna~

"Seorang diri ka?"

Aku terus menoleh ke kiri kerana seakan akan suara itu datang dari arah itu.Kelihatan seorang lelaki berbaju merah seperti aku namun tingginya mengalahkan aku.Ye aku memang pendek aku mengaku tu, dapat aku rasakan yang aku hanya bawah dari bahu nya sahaja.Aku masih berteka teki ingin menjawab persoalan 'si dia',mata lelaki itu masih memandang di hadapan tidak langsung memandang aku.

"Saya cakap dengan awak lah ."

Dia bersuara lagi seakan akan tahu yang aku keliru.Namun masih tetap sama,matanya tetap memandang ke hadapan.

"Hurm yelah aku seorang lah di sini,mana ada hantu or apa apa dekat sebelah ni kan."

Sengaja aku gelarkan diri sebagai "aku" dengan dia tak mahulah aku berlembut sangat entah entah dia orang jahatkan?

"Em..hujan lebat ni."

Aku lihat dia menadah tangan merasa air hujan itu .Dan kemudian dia datang ke arah aku yang berada tidak jauh dari dia.Aku tergamam melihat mata itu,mata berwarna biru gelap.Takkanlah 'si dia ' ini berbangsa asing ?Kalau lihat dengan dekat wajahnya memang lain sedikit ,mungkin dia berdarah kacukkan?Arh kenapa sampai situ aku fikir!

"Ehem..awak boleh gunakan payung saya ni." Disuakan payung itu ke arah aku.

Aku terus tersedar dari lamunan,arh malu sudah mesti dia perasaan yang aku tenung dia!

Aku masih berpeluk tubuh ,tidak tahu mahu menerima pelawaan itu atau menolak.Tapi hujan memang lebat sangat kalau nak balik erm...

"Ambillah .Saya orang baik baik jangan lah risau."Disuakan lagi payung itu ke arah aku tapi kali ini dengan lebih mendesak untuk aku terimanya.

Kini payung itu sudah bertukar tangan.'Si dia ' mengukirkan senyuman di wajah mungkin gembira kerana aku akhirnya menerima pelawaan dia?

"Terima kasih.Tapi aku tak boleh jamin nak jumpa kau bagi payung ni balik.Jangan menyesal pulak."

Aku berkata kasar tidak takut kalau dia terguris hati bagai.Jangan harap aku nak baik dengan dia ,ini Safiyya Husna lah anak bekas ketua polis Kuala Lumpur!Mestilah kena garang dan tegas.

Aku lihat dia sedikit pun tidak tergugat melihat aku seperti itu.Malah dia seperti membisikkan sesuatu yang aku tak dapat dengar dengan jelas.

"Kau bisik apa hah?" Tanya aku bimbang,takut juga kalau orang depan aku ni sewel ke nanti masuk berita and tajuk dia 'Anak bekas ketua polis bercakap dengan orang gila '!Pergh mintak simpanglah.

"Tak ada apa lah.Payung tu janganlah risau,saya tak kisah pun kalau awak nak ambil simpan selamanya pun boleh .Saya pergi dulu kalau ditakdirkan akan berjumpa,kita tetap akan bertemu.Take care yourself and assalamualaikum."

Aku terpana sebentar terdiam mencerna kata kata yang aku gelar sebagai 'si dia'.Lalu dia menghilangkan diri di sebalik titisan hujan yang semakin lebat.

Bertemu kembali?

Maksudnya?






Hai assalamualaikum saya kembali lagi dan untuk pembaca baru haii selamat datang .Lagu di atas saya ambil sebagai lagu untuk cerita baru saya dan inspirasi ni datang dari lagu tu sendiri.

Selamat membaca semua disarankan dengar lagu tu selepas membaca ye hihi baru feel sikit .

Cinta DirgahayuWhere stories live. Discover now