CD{BAB 2}

13 0 0
                                    

HARI ini aku ke sini lagi .Tangan kiri ku masih setia memegang payung pemberian dari 'si dia'.Aku meninjau keadaan sekeliling mana tahu kalau dia datang ke sini lagi.Namun tiada langsung kelibat dia yang bertubuh tegap dan tinggi itu.Sudah hampir satu taman ni aku menjelajah!Tetap tak jumpa.

Agak penat menjelajah aku berhenti seketika mahu menghilangkan rasa lelah.Ni sebab banyak lemak lah ni Husna oi!

"Aiskrim ,aiskrim!"

Mendengarkan perkataan itu aku terus berpaling ke arah kanan.Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 60 an memakai topi sambil memegang loceng .Dan di situ juga ramai kanak kanak sudah berkumpul mengelilingi lelaki tua itu.

Serta merta kaki ini melangkah pergi ke arah lelaki tua itu.Senyuman sudah melebar di pipi aku.Petang petang macam ni kalau makan ais-krim memang terangkat habis.

"Ha adik nak ais-krim?" Lelaki tua itu mula bertanya ke arah aku.Panggilan adik itu aku endahkan mungkin kerana aku yang tinggi tak cukup zat ini membuatkan panggilan itu yang dipanggil oleh dia.

Aku mengangguk sambil tersenyum.Memang itulah tujuan aku ke sini.

"Ada perisa apa ye pakcik?"

"Ha ada perisa strawberry, chocolate, vanila,red velvet and brownies."

Wuish hambek kau sekali pakcik ni boleh speaking.Eh eh jap dua perisa akhir yang disebut oleh pakcik ni menarik perhatian aku.

"Saya nak perisa red velvet and brownies tu ."

"Campur ye?"

"Ha a ye pakcik."

Dan dengan tangkasnya pakcik itu mula mengeluarkan kon aiskrim.Sejujurnya aku kagum dengan lelaki tua di hadapan aku ini,walaupun dalam usia begitu tetap kudratnya masih kuat mencari rezeki halal di usia seperti ini.

"Pakcik letakkan strawberry atas tu ."

"Terima kasih pakcik.Macam tahu tahu ja saya suka buah tu.Sekejap ye saya nak ambil duit."

Dan tangan ini segera mengeluarkan dompet dari dalam beg sandang ku.Apabila aku ingin menghulurkan duit berharga rm5 itu dengan pantas terlebih dahulu ada tangan lain yang menolak tanganku.

"Saya yang bayar untuk dia pakcik."

Eh what.wait the minute,suara tu memang suara tu!!Dengan segera aku berpaling ke arah 'si dia 'yang bertubuh tinggi.

"Kau?"

Dan kini aku dengan dia duduk berdua di bangku setelah berperang mulut dengan dia sebentar sahaja tadi.Yelah aku tolak pelawaan dia nak belanja bagai tapi dia tetap nak bayarkan walaupun ais krim tu berharga rm5 sahaja tetap aku tak suka berhutang budi bagai.

Keadaan agak janggal kerana kami berdua berdiam diri seketika kerana menikmati ais krim yang dibeli sebentar tadi.

"Sedap?"

Aku toleh ke arah dia yang berada di sebelah namun agak jauh kerana mengekalkan jarak di antara kami berdua.Hurm kalau tak sedap dah lama tak habis ais krim ni.

"Kau rasa?"

Dia ketawa melihat aku,habis pipi itu berona kemerah-merahan.Dan yang aku terpegun melihatkan senyum pipit itu.Uish kau Husna sampai ke situ.

Dan seketika kemudian dia melihat ke atas langit.Mata biru gelap itu terlihat sedih sekali.

"Hidup ni memang  penuh ujian kan? Kadang kadang saya tak mampu nak teruskan hidupni bila dah macam ni.Saya tak mampu hidup dalam kepuraan seperti ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta DirgahayuWhere stories live. Discover now