44 爱 : Hurted

159 34 24
                                    

❝ 스타는 연인을 넘어 ❞┌ 22nd June 2020 ┘♡ 전장국 ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ 스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 22nd June 2020 ┘
♡ 전장국 ♡

🌟





















*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*🌟 CHAPTER FORTY FOUR 🌟❛ Hurted ❜*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER FORTY FOUR 🌟
Hurted
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Langkah Ella Audrey tenang menuju ke luar balai polis. Tali beg yang tersangkut pada bahu dibetulkan. Dia melepaskan helaan nafas lega kerana semuanya sudah selesai.

Roh Rosella sekadar memerhati tingkah gadis itu dari jauh. Ella yang kebetulan pandangannya sedang melilau, ternampak Rosella sedang terapung-apung di tepi sebuah pohon yang rimbun. Ia terlindung sedikit dari terkena cahaya matahari.

"Hei."

Rosella terdiam seketika, memandang wajah Ella dengan renungan yang sukar ditafsirkan. Perlahan-lahan bibir pucat itu mengukir senyuman lebar.

"Terima kasih," ucapnya kedengaran ikhlas. Ella benar-benar rasa lega dan senyuman Rosella pantas sahaja dibalas.

"Lepasni kau nak pergi mana?"

Si hantu Rosella mendongak ke atas untuk memandang langit melalui celahan daun pokok yang lebat.

"Hilangkan diri," jawabnya ringkas lalu bertentang mata semula dengan Ella, "aku ni roh yang mahu membalas dendam saja. Jadi lepas semua selesai, aku perlu balik 'sana'."

Gadis itu mengangguk perlahan. Entah kenapa dia dapat rasakan yang Rosella sedang bersedih. Tapi...mestilah sedih, kan? Tiada sesiapa yang hidup tahu bagaimana keadaannya di 'sana'.

"Tapi sebelum aku pergi," Rosella menyambung, "aku nak minta tolong kau lagi."

Kening Ella terjungkit.

❪ COMPLETED ❫  🌟 ─  ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡Where stories live. Discover now