❝ 스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 16th June 2020 ┘
♡ 전장국 ♡🌟
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER THIRTY NINE 🌟
❛ Letting Go ❜
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
Tiada jalan pulang lagi.Ella Audrey menanggalkan rantai yang diberi oleh Jungkook sebagai hadiah dulu dari leher. Kemudian disimpan ke dalam laci yang turut memuatkan iPod berkembar mereka berdua.
Nama Jeon Jungkook perlahan-lahan dibuang dari perasaannya. Mana mungkin dia akan mengenang lelaki itu lagi. Tidak apabila dia dilukai begini.
Kau bukan dunia dia, El. Sedarlah.
Hari pertama perpisahan berlalu dengan penuh tangisan. Puan Carmela dan Sir Raul telahpun diberitahu segalanya. Kedua mereka hanya mampu menenangkan. Kalau marah nanti, keadaan akan menjadi semakin teruk. Satu-satunya puteri mereka ini harus diberi ruang.
Hari berikutnya, Ella senyap sahaja tentang hal putus itu. Dia menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma telefon sahaja yang tidak lagi dibawa ke mana-mana memandangkan tiada panggilan penting pun akan diterima.
Gadis itu tidak berfikir untuk memadam nombor Jungkook. Tindakan tersebut tak akan membawa sebarang keuntungan atau kerugian. Jadi, dia biarkan saja.
Pagi tadi juga, Ella memberitahu Sir Raul bahawa dia akan menerima tawaran sebelum ini untuk menyertai pementasan balet Swan Lake. Dia cuma mahu melakukan sesuatu untuk menyibukkan diri. Oleh itu dia akan lebih mudah mengopek gambar Jungkook dari kepala.
Adakah dia marah?
Ya, semestinya.
Jungkook tahu dia tidak berapa berminat untuk mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Ia tidak pula bermakna dia sukakan perempuan. Ella Audrey lebih gemar hidup dalam keadaan menjaga tepi kain sendiri. Berkongsi perasaan bukanlah perkara yang dia kisahkan.
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🌟 ─ ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡
Fanfiction© lastsarang | April 2020 ❝ The right one will make you fall in love with yourself, too. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 1 Part I All Rights Reserved Sebuah kisah tragedi pertemuan di antara seorang penari balet dan seorang penjenayah tidak ber...