35 爱 : Jeon Mansion

170 33 5
                                    

스타는 연인을 넘어 ❞┌ 12th June 2020 ┘♡ 전장국 ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 12th June 2020 ┘
♡ 전장국 ♡

🌟















*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*🌟 CHAPTER THIRTY FIVE🌟❛ Jeon Mansion ❜*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER THIRTY FIVE🌟
❛ Jeon Mansion ❜
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*

"Kami tak ada masa untuk berkenalan. Pergi dulu," tanpa membuang masa lagi Jungkook terus menggapai beg Ella yang berada di atas kerusi tadi dan diserahkan segera kepada gadis itu. Lalu dengan langkah pantas tetapi tenang, dia mengheret si gadis keluar. Lelaki yang menegur mereka tadi sekadar tersenyum dan membiarkan mereka berjalan sehingga ke pintu hadapan gereja.

"Boleh tak berhenti sekejap...encik?"

Benar Jungkook mematikan langkahnya, tapi dia nampak tidak rela dengan tingkah sendiri. Kepala ditoleh melepasi bahu.

"Kalau aku berhenti, aku dapat apa?"

"Simpanlah pistol tu dulu. Aku bukan datang sini untuk berlawan."

Jungkook memiringkan kepala ke sisi, memerhatikan lelaki ini dari atas ke bawah sebelum pistol yang masih berada di dalam genggaman kiri diseluk masuk ke poket belakang. Pegangan tangan Ella Audrey dilepaskan perlahan-lahan.

Si lelaki itu sekali lagi tersenyum. Mesra wajahnya pada pandangan Ella. Namun hakikat bahawa dia baru sahaja muncul secara tiba-tiba di belakang tadi agak menyeramkan. Jadi memang perlu pun berhati-hati.

"Aku Hanwol."

Tangan dihulurkan untuk bersalam. Jungkook tidak menyambut.

"Aku tak tanya pun?" Kening Jungkook terangkat ke atas. Tetapi Hanwol tidak berputus asa. Disorongkan lagi tangannya ke hadapan.

"Bagi tangan kau sekejap pada aku."

"Itupun kalau kau rela tangan kau patah. Sanggup?"

Disebabkan oleh Jungkook, keadaan menjadi tegang. Ella tidak merasakan lelaki bernama Hanwol ini jahat. Lihat sahaja baju yang dipakainya. Serba putih. Muka pun nampak suci.

❪ COMPLETED ❫  🌟 ─  ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡Where stories live. Discover now