❝ 스타는 연인을 넘어 ❞
┌ 12th June 2020 ┘
♡ 전장국 ♡🌟
*╔═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╗*
🌟 CHAPTER THIRTY FOUR🌟
❛ Heart to Heart ❜
*╚═══❖•ೋ° °ೋ•❖═══╝*
Biarpun bukan dia yang sedang berdoa ketika ini, tetapi Jungkook dapat merasakan bahunya jadi ringan. Fikirannya jadi lapang dan dadanya rasa begitu luas.Pelik apabila seorang pendosa sepertinya mampu menerima nikmat sebegini lagi.
Namun, itulah realiti.
Dia duduk di barisan tengah antara semua kerusi panjang yang ada di dalam tempat ibadat itu. Posisinya selesa. Tenang.
Dan dia tidak dapat menafikan bahawa dia suka dengan perasaan yang menyelubungi diri saat ini. Hanya dengan melihat Ella Audrey dari belakang sedang khusyuk berdoa, dia...dia semakin jatuh cinta pada gadis itu. Bidadari yang dipinjamkan cuma buat sementara waktu untuk dia yang serba tidak lengkap ini.
Lama juga Jungkook duduk memerhati, namun kebas di punggung tidak dipeduli. Dia sangat menggemari pemandangan yang tenang di hadapan.
Apabila Ella sudah selesai, beg yang diletakkan di atas permukaan kerusi bahagian paling depan disangkutkan talinya ke bahu. Jungkook sekadar menunggu gadis itu keluar terlebih dahulu, nanti barulah dia akan mengekori di belakang.
Ya, dia sedar mereka masih belum berbaik. Oleh itu, dia tidak perlu mengada-ngada nak jalan bersebelahan. Padan muka, Jungkook. Padan muka kau!
Namun, alangkah terkejutnya apabila Ella duduk di sebelah. Selamba riak gadis itu meletakkan beg yang dipakai tadi di tengah-tengah mereka.
YOU ARE READING
❪ COMPLETED ❫ 🌟 ─ ❝ 스타는 연인을 넘어 ❞ | 蝴蝶 Healer Killer : Star Crossed Lover ♡
Fanfic© lastsarang | April 2020 ❝ The right one will make you fall in love with yourself, too. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 1 Part I All Rights Reserved Sebuah kisah tragedi pertemuan di antara seorang penari balet dan seorang penjenayah tidak ber...