Chapter 2

838 84 190
                                    

Bukk!!

Valerie hampir saja terjatuh namun dia sempat mengimbangkan badannya.

Valerie mendongak untuk melihat siapa yang melanggarnya. Dapat dia melihat seorang pelajar lelaki tersenyum sinis memandangnya dan dibelakang lelaki tersebut terdapat 4 orang lagi lelaki yang tidak dikenalinya.

"Opss, sorry aku sengaja langgar kau." Lelaki tersebut tergelak mengejek. 4 orang lelaki yang berada dibelakangnya turut tergelak kuat.

Valerie hanya menjeling sekilas nama yang berada di nametag lelaki tersebut.

'Ervin. Kau cari pasal dengan orang yang salah.' bisik Valerie didalam hati.

Valerie hanya mengendahkan mereka lalu dia berpusing untuk berlalu pergi. Sempat dia menayangkan muka poker facenya sebelum tersenyum sinis.

"Weyh korang tengok tu, Ervin kena palau siot. HAHAHHA." Len terus sahaja tergelak kuat mengejek ketuanya itu.

"Kan, kesian. First time kena reject pfft-" sambung Kris pula lalu turut mentertawakan Ervin.

Muka Ervin mula memerah menahan amarah.

"Kau dua orang memang nak mati awal ke apa?" soal Ervin sambil merenung tajam mereka berdua.

Len dan Kris menenguk liur. Mereka menggeleng laju lalu tersengih.

"Childish." ucap Flex dengan muka tiada perasaannya.

"Cehh, biarla. Kau jeles la tu dengan kecomelan aku ni." ujar Len lalu tersenyum bangga.

"Sudah². Sebelum aku kerat kau, lebih baik kau diam." Ray berkata tegas. Len memuncungkan mulutnya.

"Mulut kau tu nak suruh aku gantung baju ke apa?" soal Flex selamba.

"Sampai hati kauuu." Len mencebik lalu terus melangkah ke arah Kris. Dipeluknya lengan jejaka tersebut.

"Kau ni dah kenapa? Gay ke? Maaf la tapi aku straight lagi." ujar Kris lalu menjauhkan diri daripada Len. Len memasamkan mukanya.

"Dah habis dah drama tak berbayar ni?" soal Ervin dalam nada memerli. Yang lain hanya menggangguk.

"Okay kejap lagi dekat kantin ikut plan yang kita dah rancang." ujar Ervin dengan senyuman penuh makna.

Yang lain hanya tersenyum mengingatkan plan yang mereka rancangkan di dalam kelas tadi bagi mengenakan Valerie.

Ray hanya mengeluh perlahan. Haih apa boleh buat, terpaksa la ikut.
_______________

Valerie beratur untuk membeli makanan. Setelah selesai membeli, dia mula melangkah untuk duduk di meja yang berada di kantin tersebut.

Sedang dia melangkah,

Splashh!!

Habis bajunya basah lenjun dek terkena air tembikai yang dibawa oleh seseorang. Akibat perlanggaran itu, dia jatuh terduduk dan makanan yang dibelinya juga turut jatuh menyembah bumi.

Di sudut kantin yang lain,

"Andrya dah cari pasal dengan dia dulu la." ujar Len lalu meuncungkan mulutnya apabila tidak dapat mengenakan Valerie.

"Tu la." Kris turut merungut sambil dihentak sedikit kakinya.

"So sekarang ni macam mana?" tanya Ray buntu.

"Tak pe, kita tengok dulu. Kita batalkan plan kita sekarang. Aku nak tengok jugak dia nangis ke tak." ujar Ervin lalu tersenyum sinis.

Mereka semua menggangguk faham.

S E C R E T : Story that was untold?Where stories live. Discover now