Chapter 7

769 80 25
                                    

"Please forgive me master."

"Go die bitch."

BANG!

Satu tembakan dilepaskan ke arah seorang lelaki berbangsa China. Darah pekat mula mengalir membasahi lantai.

Sepasang mata hanya memandang kosong ke arah mayat lelaki berbangsa China itu.

Kelihatan seorang gadis baru sahaja keluar dari sebuah gudang lama. Pistol ditangan di simpan di dalam jacket yang dipakai.

Dia memakai topeng muka jadi tiada siapa dapat mengenalinya. Dia kemudian memasuki sebuah kereta lalu kereta tersebut terus meluncur laju meninggalkan kawasan gudang lama tersebut.
_______________

Valerie's Mansion

Valerie keluar dari biliknya lalu menuju ke arah ruang tamu. Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan bersama Carina.

"Dah jumpa belum?" tanya Valerie kepada Carina. Dia melabuhkan duduk di sofa bersebelahan dengan Carina.

Carina yang tadinya sibuk dengan komputer mula memandang ke arah Valerie.

"Belum lagi. Aku tak jumpa sebarang jejak pun." Carina mengeluh perlahan. Badan disandarkan di sofa sambil mata tertancap pada komputer.

"Tak apa. Kita ada banyak masa lagi." Tenang sahaja riak wajah yang dipamerkan Valerie.

Carina tersenyum senget lalu mula menyambung pencariannya. Valerie mula tersenyum sinis.

'Want to play hide and seek, huh?'
_______________

Valca Highschool

7:00 pagi

Valerie dan Carina mula melangkah masuk ke dalam kelas Andrene. Hanya ada beberapa orang sahaja yang baru datang ke sekolah.

Valerie dan Carina mula mengambil tempat duduk mereka. Valerie meletakkan kepala di atas lengan lalu memejamkan matanya. Masih banyak masa lagi sebelum pelajaran pertama bermula.

Carina pula hanya membaca novel yang dibawa bersama. Mereka langsung tidak berminat untuk bertegur sapa dengan orang disekeliling.

Setelah beberapa minit, kedengaran jeritan dari para pelajar di luar kelas. TS group melangkah masuk ke dalam kelas tanpa menghiraukan Valerie dan Carina.

Mereka hanya beriak biasa seperti tiada apa yang berlaku di antara mereka.

TS group mula melabuhkan duduk di tempat masing-masing.

"Fuhhh, aku nak tengok Valerie pun tak berani." kata Len lalu mengeluh perlahan.

"Gila kau nak tengok dia. Memang tempah maut la." balas Kris kemudian.

"Asal tak tengok dia? Hari tu kau bukan main nak masuk ICU bagai." Flex bertanya seraya menyilangkan tangangnya.

"Shut up." Len menjeling Flex sekilas. Memang nak dia mati awal ke apa?

"Kau okay tak ni Ervin?" tanya Ray. Dia perasan yang Ervin langsung tak bercakap dari tadi.

Semua mata mula memandang ke arah Ervin.

"Nothing." balas Ervin. Matanya hanya tertumpu ke arah Valerie.

"Kenapa kau asyik tengok Valerie je?" soal Ray. Dia turut melihat ke arah Valerie yang sedang tidur berlapikkan tangan.

"Korang tak rasa pelik ke dengan dia? I mean like macam mana dia boleh jadi kuat sangat?" Ervin masih lagi merenung ke arah Valerie.

"Dia terlebih zat tu." balas Len bersahaja.

S E C R E T : Story that was untold?Where stories live. Discover now