Chapter 4

775 82 43
                                    

"Cikgu!"

Andrya mengangkat tangan seraya berkata,

"Valerie nak jawab soalan tu cikgu." tangannya ditundingkan ke arah soalan yang berada di papan whiteboard hadapan kelas.

Cikgu Nilly yang perasan akan Valerie yang tidak fokus apabila dia mengajar terus memanggilnya untuk menjawab soalan yang diberikannya.

Andrya sudah tersenyum sinis memandangnya. Dia menjangkakan Valerie tidak akan dapat menjawab soalan tersebut. Ini kerana soalan yang di berikan merupakan soalan kbat dan perlu berfikir lama sebelum menjawab.

"Weyh bukan ke tadi Valerie tak fokus? Macam mana dia nak jawab?" soal Kris sambil memandang ke arah Valerie yang hanya beriak biasa.

Mereka dari tadi lagi memerhati Valerie yang seakan-akan mengelamun itu.

"Kan, soalan kbat pulak tu. Ray, kau rasa kau boleh terus jawab ke?" soal Len pula.

"Tak, aku kena fikir dulu sekejap sebelum tulis." balas Ray yang masih lagi mencuba menjawab soalan di bukunya.

"Kau tengok, Ray yang bijak ni pun kena fikir dulu. Aku tak rasa dia dapat jawab sedangkan dia tak fokus langsung." balas Ervin yakin.

"Betul jugak kan. So nanti bolehla kita gelakkan dia puas-puas, HAHAHAHA." Len mula ketawa.

"Kau kalau nak ketawa pun jangan jadi macam beruk boleh tak?" ujar Flex selamba.

"Entah, aku tak nak mengaku kau kawan aku. Dah, nyah kau! Shuh-shuh." Kris menghalau Len seraya berkata.

"Ishh! Koran-...." belum sempat Len ingin membalas Ervin sudah memotong percakapnya.

"Weh korang tengok tu." jari telunjuknya ditunding ke arah hadapan kelas.

Semua orang yang menyaksikan perkara tersebut tercegang. TS group juga turut terkejut melihat perkara tersebut. Mereka semua kemudian memandng ke arah Ray.

"Perfect."

Ray berkata dengan serious. Matanya tak lepas dari memandang ke arah Valerie.

TS group terkedu. Jika Ray sendiri yang mempunyai IQ tertinggi mengakui kebolehan seseorang, mereka tidak boleh memandang sebelah mata sahaja gerangan tersebut.

"Valerie....she's different."

Ray berkata perlahan seraya memandang mereke semua.

Senyuman sinis milik Andrya mula pudar. Dia tidak percaya akan apa yang baru terjadi.

'Macam mana dia boleh tulis jawapan tu dengan selamba dan tak perlu berfikir panajang untuk jawab soalan tu sedangkan tu soalan kbat?!'

Cikgu Nilly terkedu melihat perkara tersebut. Jawapan yang ditulis Valerie sangat tepat. Cikgu Nilly berasa kagum kerana walaupun Valerie tidak fokus, dia masih boleh menjawab soalan yang baru diajarinya.

"Bagus Valerie, jawapan kamu sangat tepat. Kamu boleh kembali ke tempat kamu." cikgu Nilly berkata seraya membenarkan Valerie kembali ke tempat duduknya.

Valerie melangkah menuju ke tempatnya namun apabila dia berjalan di sebelah meja Andrya, dia sempat mengukirkan senyuman sinis lalu berlalu pergi.

Andrya yang perasan akan hal itu merengus geram.

You don't know who I am yet. When the time comes, you'll know who I am.
__________

Kringggg.......

Loceng sekolah berbunyi menandakan habisnya waktu persekolahan pada hari ini.

Valerie mula menuju ke arah bus stop. Dia hanya memerhati pelajar lain yang sudah pulang. Hanya dia sahaja yang belum pulang.

S E C R E T : Story that was untold?Where stories live. Discover now