Chapter 11

723 71 53
                                    

"Kau rasa ni bilik apa?" soal Valerie semula. Dia memandang Ervin dengan pandangan yang susah ditafsirkan.

"Bilik ni nampak macam bilik ejen rahsia bagi aku." balas Ervin pula. Dia memandang sekilas seluruh sudut bilik itu.

Ray, Len, Kris, Flex dan Carina sudah pun berkumpul bersama Ervin dan Valerie apabila mendengar perbualan yang dibual mereka.

"Bilik ni... lebih berbahaya dari bilik ejen rahsia." Valerie berkata serious. Wajahnya juga menunjukkan bahawa dia tidak main-main dengan apa yang dikatakannya.

"Ap..a..apa maksud kau?" Len pula menyoal. Nada suaranya juga sudah terketar-ketar.

"Ini... bilik MAFIA." balas Valerie dengan nada serious. Dia memandang setiap wajah yang berada di hadapannya kini dengan pandangan serious.

"Carina dan aku ialah mafia, tapi aku... leader mafia." sambung Valerie lagi.

Ervin, Ray, Len, Kris dan Flex jelas sekali terkejut dengan kenyataan itu. Bulu roma mereka juga sudah meremang mendengar pengakuan Valerie itu.

Raut wajah mereka juga turut berubah. Riak wajah resah dan terkejut mula dipamerkan.

Terkejut kerana mereka langsung tidak menyangkakan selama ini mereka berkawan dengan dua orang mafia.

Mereka juga berasa resah kerana di dalam fikiran mereka sudah terbayang mereka akan mati di tangan Valerie dan Carina kerana mereka berdua ialah mafia.

Ini kerana kebanyakan orang akan berfikiran mafia ialah seorang pembunuh termasuk mereka. Pelbagai kemungkinan negatif difikirkan mereka saat ini.

Adakah mereka akan mati?

Mereka masih lagi kaku sambil cuba mencerna kenyataan yang baru didengar tadi. Ervin juga seperti sudah mati kata ketika itu.

"Jadi kau pembunuh?" Flex menguatkan hatinya untuk bertanya. Dia cuba beriak bersahaja dan menyembunyikan perasaan takutnya.

"Yes. Kenapa?" balas Valerie. Dia tersenyum senget seketika apabila dia melihat Flex seperti terdiam dengan balasannya.

"Kau.... akan bunuh kitorang ke?" Ray pula menyoal. Dia menyoal dengan penuh berhati-hati.

Ray tidak mahu mengambil sebarang kemungkinan yang akan terjadi jika soalannya mengundang bahaya kepada mereka yang lain.

Valerie dan Carina serentak memandang antara satu sama lain sebelum terletus tawa yang tidak dapat ditahan. Mereka tidak menyangka yang TS group akan berfikiran negatif seperti itu.

"Tak la, kenapa kitorang nak bunuh korang pulak? Nonsense." Carina yang masih dengan sisa tawanya menjawab.

TS group menghela nafas lega seketika.

"But, aku nak mintak pertolongan korang." Valerie pula bersuara. Namun kali ini nada suaranya bertukar serious kembali.

"Kau nak mintak tolong apa?" Kris pula menyoal.

Valerie memandang Carina sekilas kemudian mereka berdua mengangguk perlahan. Valerie kemudian memandang ke arah TS group yang berada di hadapannya beberapa saat sebelum berkata,

"Join group mafia aku."

Tercegang TS group mendengar permintaan Valerie itu. Diorang... jadi mafia!?

"KAU BIAR BETUL?!!" Len sudah menjerit tidak percaya. Mana mungkin pada usianya 17 tahun itu dia perlu menjadi mafia! Dia tidak mahu dimasukkan ke dalam penjara atas kes pembunuhan!

Ervin pula gelisah memikirkan tawaran yang diberikan Valerie itu. Dia.... jadi pembunuh?

TS group menggeleng serentak. Jika seseorang itu ialah mafia, kerjanya pasti membunuh! Mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan terlibat dalam segala aktiviti pembunuhan itu.

S E C R E T : Story that was untold?Where stories live. Discover now