☁️ ; New

673 90 9
                                    

(n

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(n.) choi chanhee,
a cute, nice barista
that comfort you
after a sudden breakup

feat.
you as lee heesun

genre : fluff

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

11:00 a.m.

Gadis itu melangkah masuk ke dalam kafe. Langkahnya perlahan menghampiri aku yang berdiri di kaunter. Senyumannya terukir indah, manis sungguh. Aku membalas senyumannya kembali.

Welcome, miss! May i help you? ”

Gadis ini terdiam seketika sebelum menyebut pesanannya. Selesai urusan pembayaran, aku memintanya untuk menunggu dan terus menyerahkan kertas pesanan pada Changmin.

Tidak sampai 5 minit, pesanannya sudah siap. Aku membawa minuman yang dipesan padanya.

Your order is done! Please enjoy— ” Aku berhenti seketika, terpandang ke arah nametag yang tertera pada blaus hitamnya.

Lee Heesun.

Aku senyum kembali, “ —Miss Heesun. ” Gadis bernama Heesun itu mengangguk perlahan, tersenyum.

12:30 p.m.

Gadis itu masih di sini- hampir sejam dia menunggu. Dia mungkin ada temujanji dengan sesiapa. Sejak tadi Heesun membelek jam tangannya, puas agaknya menunggu kelibat seseorang yang tidak kunjung tiba.

1:45 p.m.

Ada seorang lelaki masuk ke dalam kafe dalam keadaan tergesa-gesa. Matanya mula melilau sekeliling sebelum menghampiri Heesun. Oh, mungkin ini agaknya orang yang ditunggu-tunggu.

Dan, dia lelaki. Okay, sejujurnya aku agak kecewa :(

Heesun perasan kehadiran lelaki itu, serta-merta bibirnya tersenyum lebar. Dapat aku agak lelaki itu pasti seseorang yang rapat atau istimewa padanya.

Masakan tidak, Heesun sanggup menunggu sejak pagi tadi.

2:00 p.m.

“ Kita putus. ”

Satu ayat yang cukup jelas kedengaran menampar gegendang telinga aku. Aku mendongak serta-merta, mencari dari mana datangnya suara tersebut—

Ah, lelaki itu. Lelaki yang bersama Heesun itu.

Dia bingkas bangun, keluar dari kawasan kafe tanpa menoleh lagi. Langkahnya juga laju semacam. Aku mencuri pandang ke arah Heesun. Dia menunduk ke bawah, rambut yang terurai di hadapan menutup sebahagian wajahnya.

Namun, dari sini aku boleh tahu dia sedang menangis. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Aku nak bantu, namun pelanggan yang berpusu-pusu masuk secara tiba-tiba membatalkan niat aku.

Dari sini, aku hanya berharap Heesun baik-baik sahaja.

5:00 p.m.

Hujan renyai yang membasahi bumi semakin lama semakin lebat. Pelanggan juga mula berkurangan dan bergerak pulang. Jam sudah menunjukkan tepat jam 5 petang- operasi kedai sudah sampai ke penghujungnya.

Hey, Chanhee. ”

Aku yang sibuk mengira hasil keuntungan pada hari itu terus menoleh ke arah Changmin, “ Apa? ”

“ Perempuan itu— dia masih dekat sini. Hampir separuh hari dia di sini. ” Jari telunjuk Changmin menunjuk ke arah seseorang. Aku terdiam.

Heesun. Dia masih di situ, tidak berganjak langsung. Memang seharian dia duduk tanpa berbuat apa-apa. Aku mengetap bibir- aku perlu buat sesuatu.

“ Chanhee, kau nak buat apa dengan coklat tu? Kau nak bancuh untuk siapa? ”

Changmin berkerut muka pada mulanya. Namun tidak sampai beberapa saat, dia mula memahami mengapa aku tiba-tiba berbuat demikian. Hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit, aku berjaya siapkan satu minuman.

Kaki kini diatur penuh berhati-hati menghampiri Heesun yang sudah pucat wajahnya. Suhu dingin dalam kafe bergabung dengan suhu sejuk di luar mungkin membuatkan dia berada dalam keadaan tidak selesa.

“ Heesun. ”

Heesun tersedar kembali, “ C-Chanhee? Ah, maaf! A–awak dah nak tutup kedai? Saya patut pulang sekarang. ”

No, just stay. Duduk dulu, Heesun. Habiskan minuman ni barulah awak pulang. Lagipun hujan masih lebat di luar. Minum saja, Heesun. Saya belanja. ”

Aku letakkan cawan berisi hot chocolate itu di hadapannya. Heesun termenung lama, tidak memberi sebarang respon. Aku keluarkan sticky note daripada poket seluar. Aku tulis sesuatu di atasnya sebelum diserahkan kepada Heesun.

Hey, Heesun. Saya tahu saya tak patut masuk campur tapi, saya cuma nak bagitahu awak sesuatu. You're deserve to be happy. Please smile again.

Aku berinya sekeping lagi.

i hope this hot chocolate will bring some happiness for you :) Please smile again to let me know that you're fine

Heesun membacanya sebelum mengalihkan pandangan ke arah aku. Sekali lagi, aku dapat lihat senyumannya.

Thank you, Chanhee. ”

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

like a dream. theboyzWhere stories live. Discover now