💫 ; Sunwoo

423 45 7
                                    

⌗ requested by @/SUN_SAVAGE00 ❤️

[ thank you for your request !
i'm sorry if short story ni tidak seperti yang diharapkan :(
enjoy reading ! you're allow to do request again ✨ ]

[ thank you for your request !i'm sorry if short story ni tidak seperti yang diharapkan :(enjoy reading ! you're allow to do request again ✨ ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(n.) kim sunwoo,
as your cold-hearted crush.

feat.
you as lee haneul.

side characters :
lee jaehyun (hyunjae)

genre : fluff.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

author’s

“ Sunwoo! Kim Sunwoo! ”

Satu kawasan padang itu, hanya boleh dengar suara dia saja. Bersorak tidak ingat dunia, rasanya dia saja paling menyerlah dekat situ. Pada kala orang lain duduk, dia seorang saja yang sanggup berdiri di tepi padang. Hanya semata-mata untuk raih perhatian si dia yang tengah berpeluh di padang bola.

Tch, dia ni lagi. ”

Sunwoo tayang wajah cemberut, menyampah melihat gadis itu yang membuat kecoh lagi hari ini. Hampir setiap petang ketika sesi latihan bola sepak berlangsung, gadis itu pasti ada di situ. Di tepi padang bola, bersorak penuh semangat tanpa peduli langsung penonton yang sedang memerhati. Sunwoo menghela nafas kasar, terpaksa menanggung malu buat sekian kalinya.

Gadis itu hanya tersenyum penuh teruja, terlalu gembira bila Sunwoo perasan kehadirannya di situ. Walaupun lelaki itu sekadar menjelingnya, itu sudah memadai. At least, dia masih perasan dirinya ada di situ.

“ Haneul. ”

Haneul memalingkan wajah, kini memandang susuk tubuh lelaki yang dikenalinya semakin menghampiri. Dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir, Haneul menyapa secara spontan, “ Hyunjae oppa! ” Hyunjae merenung adiknya sekilas sebelum membuang pandangan ke kawasan padang.

“ Kau buat lagi, Haneul? Walaupun dia tak pernah nak ambil tahu pasal kau? ” Suara Hyunjae perlahan menyoal, tidak mahu Haneul terasa dengan ayatnya. Senyuman Haneul yang tadinya lebar, kini mula mati dan diganti dengan senyuman terpaksa. Senyuman sayu yang menanggung rasa sakit dalam hati.

Gwenchana. Mungkin dia tak nak layan aku sekarang. Satu hari nanti mesti dia akan sedar juga. ” Haneul tersengih ke arah Hyunjae, tidak peduli langsung rasa sedih dalam hatinya yang kian terasa dek kerana Hyunjae tegurnya tadi.

Sudah berminggu-minggu Haneul meluahkan rasa cintanya pada Sunwoo dengan menghadiri semua sesi latihan bola sepak. Tak cukup dengan itu, dia tolong bekalkan air untuk Sunwoo. Bersorak untuk Sunwoo. Dan ada satu hari itu, Haneul bertindak gila meluahkan semua perasaannya pada Sunwoo di hadapan rakan-rakannya yang lain.

like a dream. theboyzWhere stories live. Discover now