☁️ ; Sunwoo

620 77 23
                                    

(n

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(n.) kim sunwoo,
give you some moral supports

feat.
you as choi haeryu

genre : idk what genre
is this lmao

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

━━  school.

“ Aku benci diri aku. ”

“ Aku ni suka susahkan hidup orang. ”

“ Aku ni pembawa malang. Bodoh pula tu. ”

“ Jadi, aku rasa aku tak patut hidup dekat dunia ni. I should die— ”

Dum!

Meja diketuk kuat, menarik perhatian isi bilik. Suasana sunyi mengambil alih tidak sampai 3 saat, kemudian kembali bingit. Si dia merenung tanpa perasaan, namun aku tahu terselit rasa geram.

“ Cakap macam tu sekali lagi, aku tampar kau. ”

“ Tapi, Sunwoo— ”

“ Nak try penampar aku? Ha, cakap lah lagi. Cepat. Tangan aku ni dah kebas semacam, rasa nak tampar orang. Lagi-lagi orang macam kau. ”

Tangan diangkat, selari dengan wajah datarnya. Aku diam, tidak mahu membalas lagi. Aku rasa aku patut beralah dengannya kali ini. Sunwoo mengangkat kening, tersenyum mengejek pada aku.

“ Penampar aku pun kau takut nak hadap, ada hati nak bunuh diri— ”

Dasar takguna.

“ —but, for sure memang aku bagi kau penampar kalau kau masih ulang benda yang sama. Aku tak suka. Got it?

Ceh, suka sangat main ugut dia ni. Tapi, jujur aku cakap aku agak takut sebenarnya. Kadang-kadang ugutan dia tu boleh jadi kenyataan.

“ Sunwoo. ”

“ Apa? ”

“ Macam mana nak jadi kuat— tak, maksud aku, macam mana aku nak hadap semua ni? Aku tak kuat. Aku tak mampu. ”

Sunwoo pandang aku sekilas, sebelum menumpukan perhatian pada phonenya. Lama dia berdiam diri, sengaja buat aku jadi tertunggu. Hampir beberapa minit menanti, aku buka mulut.

“ Tak ada guna bercakap dengan kau ini— ”

“ Kau kuat. ”

Aku mengerutkan dahi, tidak mengerti. Apa maksud dia? Punyalah lama dia membisu, tiba-tiba sepatah itu saja dia balas, “ Apa? Aku tak faham. ”

“ Kau kuat. Sebab tu kau masih ada depan aku sekarang. Kalau betul kau tak kuat, kau mungkin dah buat cubaan bunuh diri sebelum ni. Kau mungkin tak akan bercakap dengan aku sekarang ni. Kau kuat untuk hadap semua masalah kau, Haeryu. Cuma kau saja yang tak tahu. Aku percayakan kau yang kau kuat, tak boleh ke kau percayakan diri sendiri juga? So, Haeryu— ”

“ —janji dengan aku jangan cakap benda ni lagi. Kau kuat. Kau boleh hadap semua masalah.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

like a dream. theboyzWhere stories live. Discover now