💫 ; Juyeon

404 43 10
                                    

⌗ requested by @/krystalize- ❤️

[ thank you for your request !
i'm sorry if short story ni tidak seperti yang diharapkan :(
enjoy reading ! you're allow to do request again ✨ ]

[ thank you for your request !i'm sorry if short story ni tidak seperti yang diharapkan :(enjoy reading ! you're allow to do request again ✨ ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(n.) lee juyeon
a boy that appeared in
your dream and your
patient in your reality.

feat.
you as kim soo-ah

side characters :
ji changmin

genre : fantasy, sweet.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

soo-ah’s

— 2:30 p.m.

“ Terima kasih, doctor. ”

Saban hari ayat itu didengari, ringkas tetapi cukup buat aku rasa sangat dihargai. Senyuman diukir pada bibir selebar mungkin, turut menumpang gembira melihat pesakit yang aku rawat sudah sembuh sepenuhnya. Tugasan hari itu selesai buat masa ini, maka dengan waktu singkat yang masih ada aku memutuskan untuk melawat ke wad yang lain pula. Melintasi setiap wad, ada seseorang tiba-tiba menegur.

“ Soo-ah. Kerja kau dah selesai? ”

Mata aku kini memandang ke arah lelaki berlesung pipit di hadapan aku, sedang tersenyum manis— Ji Changmin, rakan sekerja aku yang juga memegang profesion sebagai doktor di hospital swasta ini. Bidang yang berlainan, namun dulu kami pernah tempuhi zaman remaja di kolej yang sama.

“ Baru je selesai, tapi aku nak sambung kerja lain. Wae? ”

“ Rehatlah, Soo-ah. Kau nampak penat sangat tu. Lelapkan diri sekejap. Tentang kerja kau tu, pass pada aku. Aku cuba tolong apa yang patut. ” Aku menggeleng, tidak mahu. Aku memang rasa penat tapi, lebih baik aku selesaikan dulu apa yang patut. Namun, Changmin berterusan menyuruh aku rehatkan diri buat sementara.

“ Dah hampir 24 hours kau bekerja tanpa rehat, so you better go rest, Soo-ah. ”

Mengeluh pasrah, akhirnya aku akur juga. Langkah kaki kini diatur menuju ke pejabat dengan niat yang lain. Bukan untuk selesaikan tugasan, tetapi kepala ini sudah membayangkan sofa empuk yang tersedia khas dalam pejabat aku. Mungkin betul aku patut lelapkan mata, badan dah mula tunjuk symptoms kehabisan tenaga.

Tombol pintu pejabat dipulas, menolak penuh rasa malas sebelum ditutup semula. Badan dihempas kasar ke atas sofa dan sebaik saja mata ditutup, diri aku serta-merta dibawa hanyut oleh mimpi.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Thank you. ’

like a dream. theboyzWhere stories live. Discover now