[WARNING!]
contain mental disorder that might harm you.
Hello.
Nama aku Jungwoo.
Aku tak tahu kalau sesiapa boleh nampak ni, tapi aku terperangkap di dalam rumah ini.
Aku terjaga dan memang aku berada di dalam rumah ini. Memori aku kosong. Tak tahu siapa diri aku, dimanakah aku, bagaimana aku boleh berada di sini.
Aku hanya tahu beberapa perkara je:
Nama aku ialah Jungwoo,
dan aku rasa ini adalah rumah ibubapa aku.Aku membuka pintu. Ianya bilik bawah tanah.
Aku tak dapat keluar dari rumah, semua pintu terkunci kecuali bilik tingkat atas dan bilik bawah tanah. Aku cuba untuk pecahkan tingkap, tetapi tak berhasil.
Aku tak faham dengan apa yang dah berlaku.
Kat luar rumah memang tak ada sesiapa. Macam ada hutan je...
Aku terjumpa kamera dan aku akan merakam segalanya untuk memastikan aku sentiasa sibuk.
Maaf, aku tak dedahkan seluruh wajah aku. Aku seorang pemalu.
Komputer masih boleh guna. Tak ada guna kalau post apa-apa sebab followers twitter pun kosong. Memang aku alone lah kat internet ni.
Aku tak tahu kalau ada orang kat luar atau tak.
Hello?
Aku tak tahu apa nak buat.
Aku kena keluar dari sini.
Waktu siang, tak ada apa-apa yang berlaku. Hanya sunyi sepi. Tetapi pada waktu malam, keadaan adalah berbeza.
Lampu rumah tak dapat dibuka. Aku hanya bergantung kepada lampu kamera.
Kamera aku terus menjadi glitch apabila aku terakam sesuatu.
Dia seorang wanita...
Aku tak rasa aku bersendirian di sini.
Ada sesiapa tak kat luar sana?
YOU ARE READING
[C] Home➣Jungwoo
HorrorTerperangkap di sebuah rumah yang telah pun terkunci. Amat tenang pada waktu siang tetapi amat seksa pada waktu malam. Pelbagai gangguan dia hadapi di dalam rumah itu. Bagaimana hendak keluar dari rumah itu? ↷ [warning!] contain mental disorder that...